Adrian Alexnder masuk ke dalam bilik mandi dan keluar sambil membawa baldi yang dipenuhi oleh air.
BUSH!
Dia telah menyimbah air ke atas Haura Raissa.
Haura Raissa tersedar dari pengsannya, dia mengusap kepalanya sambil terbatuk kerana air masuk ke dalam rongga hidungnya.
"Bangun cepat! Pergi mandi lepas tu masak untuk aku." Arah Adrian Alexnder dengan tegas.
Haura Raissa ketawa dan menggelengkan kepalanya.
"Patut ke aku ikut arahan kau tu?." Kening dijongket sebelah dan sambung sisa ketawanya lagi.
"Oh ya, lagi satu, kau nak ke makan masakan pembunuh macam aku? Tak takut kalaulah aku letak racun dalam makanan kau"
Haura Raissa sengaja naikkan marah Adrian Alexnder. Dia sudah cemuh bila menjadi seorang perempuan lemah dimata lelaki tak guna seperti Adrian Alexnder, mulai sekarang dia tertekad mahu jadi gadis yang kuat dan tidak lemah lagi, itu janji kepada dirinya.
"Aku suruh kau ikut jelah! Tak perlu nak buat darah aku naik pagi-pagi macam ni." Dengus nya dan mencampakkan baldi tadi ke arah lain dengan kuat.
"Kalau aku tak nak ikut?" Soalnya lagi.
"Aku akan pastikan kau tak akan dapat sentuh makanan selama seminggu, biar mati kau." Balas Adrian Alexnder dan melangkah keluar dari bilik Haura Raissa.
•••
Sepasang mata milik Adrian Alexnder tajam merenung ke arah Haura Raissa, yang sedang sibuk memotong sayur.
Dia memandang muka dan tangan Haura Raissa, dipenuhi oleh kesan lebam, atas perbuatannya kepada Haura Raissa.
Fikirannya berlayar mengingati isterinya pernah berpesan kepada dirinya supaya menjaga Haura Raissa dengan baik dan juga menganggap seperti adik sendiri.
flashback
Adrian Alexnder mengusap perut Hairah Arisa dan merapatkan telinga di perut isterinya.
"Sayang! Baby tendang." Kata Adrian Alexnder dengan teruja.
"Anak Papa, duduk elok-elok dekat dalam tu tau, semoga membesar dengan sihat ye sayang." Katanya lagi kepada kandungan Hairah Arisa.
"Akak,Abang! Tengok sini! Comel je kan." Haura Raissa menunjukkan cengkerang diambil olehnya.
"Hah! Cantik macam kaulah! Sebijik macam kau! HAHAHA." Ujar Adrian Alexnder sambil ketawa bila melihat wajah masam milik Haura Raissa.
"Ishh... Apa Abang ni, selalu sangat mengusik si Aura tu, dah lah budak tu suka sangat merajuk." Hairah Arisa menepuk perlahan bahu Adrian Alexnder.
"Okey-okey, lepas ni Abang dah tak buat macam tu lagi"
Adrian Alexnder membelai pipi Hairah Arisa dan senyum.
"Abang kena janji dengan Sayang yang Abang akan jaga Aura dengan baik, dan anggap Aura macam adik Abang sendiri." Ujar Hairah Arisa.
"Mestilah Abang buat macam tu, sebab Abang dah anggap Aura macam adik Abang sendiri dah, tak mungkin Abang nak sakitkan dia pula. Aura tu budak baik." Adrian Alexnder membalas.
"Janji dengan Sayang dulu." Kata Hairah Arisa dan mengangkat jari kelingking.
"Janji." Adrian Alexnder menyahut jari kelingking Hairah Arisa.
"Abang,akak, Aura lapar lah." Rengek Haura Raissa sambil menggosok perutnya.
"Aishhh kau ni, kacau line betullah, yelah jom." Kata Adrian Alexnder dan mereka pun pergi menuju ke arah kereta.
Enflashback
Haura Raissa pandang sekilas Adrian Alexnder dan kembali memotong sayur.
"Dah kenapa dengan jantan keparat ni, tenung aku macam aku ni pembunuh, eh aku tak ingat, yang kau ni memang pembunuh isteri dia" Gumam Haura Raissa di dalam hati.
"Cepat sikit potong sayur tu, aku dah lapar ni!." Marah Adrian Alexnder.
"Sabarlah!." Haura Raissa menjeling tajam.
•••
Aiman Danish mengeluh lemah bila mendengar kata-kata dari sahabat baiknya, iaitu Emir Ziqri.
"Kau ni gila ke apa Emir? Kau bunuh Hairah demi dendam kau? Apa benda semua ni?." Soalnya dan menggelengkan kepala.
"Habis tu kau tengok aku sekarang ni, dah gila? Aku buat semua tu sebab aku tak boleh tengok diorang bahagia! Kau tak faham perasaan aku Aiman! Kalau kau ada tempat aku, baru kau faham apa yang aku rasa!." Balas Emir Ziqri.
"Masalahnya sekarang ni kau pembunuh Hairah, lepas tu adik ipar Ian, siapa nama dia, Aura kan? Hah, Dia kena tanggung semua ni"
"Kau tak rasa kesian ke dekat dia? Atas perbuatan kau, dia yang kena tanggung, tak akan kau tak kenal Ian macam mana"
Jarinya naik memicit kepalanya, penat dengan perangai sahabat-sahabat baiknya.
"Aku akan dapatkan Aura secepat mungkin, dia akan jadi milik aku sepenuhnya." Kata Emir Ziqri sambil senyum dengan penuh makna.
Danish Aiman mengangkat kepalanya dan pandang wajah Emir Ziqri tidak percaya.
"Lepas kakak, adik pula? Semua kau nak?"
"Aku tolong betulkan ayat kau, lepas aku tak dapat kakak , adik dia pulak yang akan aku miliki." Ujar Emir Ziqri.
"Tolonglah, aku tak suka tengok persahabatan kita jadi macam ni. Tolong ubah perangai kau tu Emir, aku tahu kau baik, tolong mengaku semua kesalahan kau dekat Ian. Kalau kau tak nak tolong aku pun, aku tak kisah, tapi tolonglah Aura." Kata Danish Aiman dengan harapan agar hati Emir Ziqri berlembut.
"Kau jangan nak memandai bagi tahu dekat Ian pasal ni semua. Kalau aku dapat tahu, sekelip mata, hidup kau akan lenyap dari muka bumi ni." Ucap Emir Ziqri dan beredar dari situ. Sempat cermin mata diambil dan memakai, kedua tanganya menyeluk ke dalam poket seluar.
"Tak habis-habis dengan ugutan kau Emir." Danish Aiman meraut mukanya.
YOU ARE READING
Tuan Adrian Alexander |COMPLETED✓
Romance2 0 2 0 [KARYA 2] Adrian Alexnder × Haura Raissa T A M A T Know as 'Dark World' *Abaikan typo/grammar #Ditulis ketika newbie TUAN ADRIAN ALEXNDER sebaris nama yang agak unik. Dia tidak gila,obses,psycho but dia hanya mahukan gadis itu supaya menjadi...