Emir Ziqri meletakkan badan Haura Raissa ke atas katil dengan berhati-hati. Dia melabuhkan dirinya di tepi Haura Raissa. Tanganya membelai pipi mulus itu dengan lembut. Rambut yang terjuntai itu dipinta olehnya.
"Baby, akhirnya kau jadi milik aku jugak malam ni. Kenapalah aku tak pernah kenal kau sebelum aku kenal Hairah? Kalau aku kenal kau dulu, mesti sekarang kita dah hidup bahagia kan? HAHAHA i love you Baby." Ucap nya dan mencium sekilas dahi Haura Raissa.
Dia bangun dari duduk dan menuju ke arah pintu bilik.
"Nanti esok kita buat sesi perkenalan okey? Gudnight sweet dream." Katanya dan terus keluar dari bilik. Pintu dikunci serapat boleh.
•••
"Macam mana sekarang ni? Mana Aura!." Soalnya setelah lama berdiam diri.
"Sabar Ian. Kita tak boleh panik macam ni." Balas Hafiz Rayyan sambil memenangkan Adrian Alexnder.
"Kita report polis!." Katanya lagi dan memegang kedua bahu Hafiz Rayyan.
"No! Kes ni tak sampai 24jam lagi. Kita kena guna cara lain." Balas Danish Aiman dan menongkat dagu.
Adrian Alexnder mengeluh lalu menghempas ke atas sofa. Tanganya naik memicit kepalanya terasa pening.
TOK!
TOK!
TOK!
Masing-masing memaling ke arah pintu utama dan pandang satu sama lain.
"Siapa?." Soal Danish Aiman.
"Aku rasa Adam kut." Balas Hafiz Rayyan.
"What? Asal kau ajak dia datang sini? Tak pasal-pasal nanti dia serang Ian pulak." Gumam Danish Aiman dan bulatkan mata ke arah Hafiz Rayyan.
Adrian Alexnder hanya diam dan tundukkan kepala. Dia tahu apa yang akan terjadi jikalau Adam Khalish berdiri di depannya.
"Biar aku lah bagi tahu pun. Dia kawan Aura okey. Dia berhak tahu." Balas Hafiz Rayyan dan menjeling. Dia bangun dari duduknya dan mengatur langkah ke arah pintu.
Daun pintu dibuka dengan luas dan jemput Hafiz Rayyan kepada Adam Khalish dan Zara Alya.
"Adam, jemputlah mas..."
Belum sempat dia habis bicara. Adam Khalish sudah meluru masuk ke dalam rumahnya.
"Adrian!!!! Kau memang tak guna kan! Macam mana Aura boleh hilang? Kau jaga dia macam mana hah bodoh!!!." Tengking Adam Khalish sambil mencengkam kolar baju milik Adrian Alexnder.
BUK!
"Aku bagi kau peluang untuk tawan hati dia dah cukup baiklah bodoh!!!"
BUK!
"Aku rela lupakan dia demi nak tengok dia dan kau bahagia! Tapi ini yang buat!!!"
BUK!
"Jangan sampai aku rampas dia dari kau gila!!!"
Adam Khalish menumbuk pipi Adrian Alexnder bertubi-tubi dan tendang ke atas perut Adrian Alexnder.
"Pukul lagi Adam! Pukul! Aku tak kisah! Salah aku sebab tak pandai jaga dia!." Kata Adrian Alexnder sambil memegang kedua kaki Adam Khalish.
"Adam! Ian! Korang boleh tak jangan gaduh dekat sini? Weiii jangan jadi macam budak-budak kecik boleh tak!!!?." Tengking Hafiz Rayyan dan pandang tajam ke arah mereka berdua.
"Masalah tak akan selesai kalau korang berdua gaduh macam ni." Ujar Danish Aiman sambil membantu Adrian Alexnder bangun dari jatuhnya.
Zara Alya hanya diam dan tidak masuk campur. Dia menggosok belakang Adam Khalish agar bertenang terlebih dahulu.
"Dah memang salah jantan tak guna ni!." Jari ditunding ke arah Adrian Alexnder.
"Diam! Kita duduk dulu, lepas tu baru bincang. Aku suruh datang sini bukan nak gaduh tapi nak bincang mana Aura hilang!." Marah Hafiz Rayyan lagi.
Selepas 30 minit mereka semua diam dan Danish Aiman memulakan bicaranya bila Hafiz Rayyan anggukan kepalanya. Adam Khalish dari tadi tidak habis merenung tajam ke arah Adrian Alexnder. Hatinya masih lagi tak puas dengan lelaki itu.
"Ian, kau cerita dari awal sampai akhir. Macam mana Aura boleh hilang." Ujar Danish Aiman dan mengambil tumpuan sepenuhnya kepada Adrian Alexnder yang sedang mula bercerita itu.
"Macam ni, aku keluar dari restoran. Aku tertinggal kunci kereta dalam restoren. Aku suruh dia tunggu aku dekat parking kereta, lepas tu aku datang balik, dia dah tak ada." Cerita Adrian Alexnder dengan tenang.
"Oh ya, i see, aku tahu siapa dalang semua ni." Kata Danish Aiman sambil senyum senget. Dia memaling wajah ke arah Hafiz Rayyan dan mengangkat kening sebelah.
"Emir." Jawab Hafiz Rayyan dan turut senyum senget.
Siapa lagi kalau bukan Emir Ziqri. Dia mahukan gadis itu sudah lama.
Pantas Adrian Alexnder angkat kepalanya dan terkebil-kebil pandang kedua wajah sahabat baiknya itu.
"Macam mana kalau kita salah?." Soalnya dengan keraguan.
"Aku rasa betul jugak kau cakap Rayyan. Masa aku kena culik dengan dia. Dia ada cakap Aura milik dia. Ian, kau kena selamatkan Aura sebelum dia buat apa-apa dekat Aura." Balas Adam Khalish.
"Aku janji Adam. Aku akan tanggungjawab semua ni. Aku pastikan Emir tak akan dapat buat apa-apa dekat Aura. Aura milik aku, dia akan jadi isteri aku nanti." Ujarnya dan menarik lemah.
"Aku nak pergi rumah dia." Kata Adrian Alexnder dan ingin berura-ura mahu pergi. Namun di halang oleh Danish Aiman.
"Dia tak ada dekat rumah tu. Aku pasti dia bawak jauh Aura. Jangan risau, aku boleh dapatkan bantuan dari Asy." Halang Danish Aiman dan arah supaya Adrian Alexnder tenang terlebih dahulu.
Dia mengeluarkan telefon dan mendail nombor Danisha Aisya.
YOU ARE READING
Tuan Adrian Alexander |COMPLETED✓
Romance2 0 2 0 [KARYA 2] Adrian Alexnder × Haura Raissa T A M A T Know as 'Dark World' *Abaikan typo/grammar #Ditulis ketika newbie TUAN ADRIAN ALEXNDER sebaris nama yang agak unik. Dia tidak gila,obses,psycho but dia hanya mahukan gadis itu supaya menjadi...