Bluwerkk!
Haura Raissa memuntahkan kembali, segala makanan di isi olehnya tadi ke dalam singki tandas. Dia memegang tekaknya kerana terasa perit sangat.
"Asal dengan aku ni?." Soalnya sendiri sambil menghadap cermin didepan.
Dia sendiri pun tidak tahu mengapa sejak akhir-akhir ini, dia selalu muntah dan mood bertukar-tukar.
Adrian Alexnder baru sahaja ingin memulas tombol pintu bilik Haura Raissa itu terkejut, bila mendengar Haura Raissa ingin muntah. Dia terus membuka daun pintu dan melihat Haura Raissa berlari masuk ke dalam bilik mandi sambil menekup mulutnya.
"Aura!! Aura macam mana? Sihat ke tak ni." Dia menggosok belakang Haura Raissa, hatinya diserbu penuh perasaan risau membuak-buak.
Bukan risau keadaan Haura Raissa, tapi risaukan anak yang dikandung oleh Haura Raissa.
"Lepaskanlah aku!! Aku tak suka kau sentuh aku, faham tak?." Dia melanggar tubuh Adrian Alexnder dan keluar dari bilik mandi.
Dia berjalan dengan longlai dan rebahkan dirinya ke atas katil. Tanganya pula memicit kepala.
"Biar aku picit kan kepala kau." Kata Adrian Alexnder lalu duduk di sebelah Haura Raissa. Kepala Haura Raissa diangkat lalu diletakkan dengan perlahan ke atas riba.
Tanganya naik memicit kepala Haura Raissa. Haura Raissa hanya biarkan kerana kepalanya terasa amat pening dan terlena di atas riba Adrian Alexnder.
Adrian Alexnder tersenyum dan ketawa kecil bila mendengar dengkuran halus dari Haura Raissa. Kemudian dia segera dinginkan wajahnya. Tidak mungkin dia mula menerima Haura Raissa.
•••
Emir Ziqri keluar dari keretanya dan pandang sebelahnya. Bila kereta Adam Khalish tiada.
"Mana kereta jantan tu? Jangan cakap dia..." Emir Ziqri berlari meluru masuk ke dalam bilik ditempatkan oleh Adam Khalish.
Matanya menangkap Danisha Aisya terbaring di atas lantai itu. Matanya pula teralih melihat kerusi kosong tiada penghuni yang tinggal cuma tali sahaja.
"Damn it!" Katanya sambil menghentak dinding disebelahnya.
•••
"So macam mana? Ian ada cakap apa-apa dekat kau?." Soal Hafiz Rayyan kepada Danish Aiman.
"Ian tak ada pulak cakap apa-apa dekat aku, cuma Emir ada bagi tahu aku something ni." Balas Danish Aiman.
"What? Cepatlah bagi tahu aku." Gesa Hafiz Rayyan.
"Dia yang buat semua ni"
"Maksud kau? Aku tak faham?"
"Emir yang bunuh Hairah, lepas tu, Aura yang kena tanggung semua ni. Kau faham tak lagi?"
"what the hell, syaiton apa yang masuk ke dalam badan dia erk? Sampai macam tu sekali dia berdendam dengan Ian? Aku ingat kisah ni dah lama pupus, rupanya masih lagi kekal?"
Hafiz Rayyan mengeluh lemah dan berfikir tentang nasib Adrian Alexnder, bagaimana Adrian Alexnder mahu meminta maaf kepada Haura Raissa? Jikalau dia mengetahui perkara sebenar nanti.
"Masalahnya tulah punca sahabat kita berpecah macam ni? Weiii aku rindukan persahabatan kita macam dulu." Ujar Danish Aiman.
"Tapi..."
Hafiz Rayyan menggantungkan ayatnya dan berpaling ke arah Danish Aiman. Perasaan bersalah mula muncul, kalau tidak beritahu kepada Danish Aiman, takut Danish Aiman kecewa. Namun dia tetap mahu memberi tahu juga hal itu.
"Tapi apa?"
Tanyanya dengan tidak sabar.
"Ian dah rogol Aura, dan sekarang ni Aura sedang mengandung anak dia"
"Ya Allah, ini lagi satu hal, apasal si Ian tu bodoh sangat hah? Gila ke apa rogol adik ipar sendiri?." Kata Aiman Danish dengan perasaan tidak puas hati dengan Adrian Alexnder.
"Oh ya, sebelum aku lupa, Emir ada cakap yang dia akan dapatkan Aura dengan segera, dia cakap, Aura adalah milik dia." Bagi tahu Danish Aiman pula.
"Aku rasa kita kena jujur dengan Ian." Ujar Hafiz Rayyan.
"Aku rasa macam tu jugak, tapi Emir ada ugut aku, dia cakap tahulah nasib aku nanti, kalau aku bagi tahu pada Ian pasal perkara ni." Balas Danish Aiman.
"Apa kata kita..."
Hafiz Rayyan senyum ke arah Danish Aiman dan anggukan kepalanya. Danish Aiman faham senyum Hafiz Rayyan disebaliknya dan anggukan kepalanya juga, tanda setuju.
YOU ARE READING
Tuan Adrian Alexander |COMPLETED✓
Romansa2 0 2 0 [KARYA 2] Adrian Alexnder × Haura Raissa T A M A T Know as 'Dark World' *Abaikan typo/grammar #Ditulis ketika newbie TUAN ADRIAN ALEXNDER sebaris nama yang agak unik. Dia tidak gila,obses,psycho but dia hanya mahukan gadis itu supaya menjadi...