Adrian Alexnder menoleh sekilas di sebelahnya. Bibirnya dari tadi tidak henti mengukir senyuman. Dia mengenit sebelah matanya pada Haura Raissa.
"Sayang, kita na..."
"Boleh tak, kau jangan panggil aku Sayang. Aku geli dengar." Balasnya dan dengus kasar.
"Okey Sayang! Ops sorry i mean Aura. Btw kita nak ke mana ni?." Soalnya dengan ketawa kecil.
"Mana aku tahu, kau yang paksa sangat aku ikut kau." Balasnya dengan kasar.
"Jangan marah, nanti cepat tua." Ujar Adrian Alexnder dengan sengaja mahu mengusik Haura Raissa.
Haura Raissa menjeling dan mengalih pandangan ke luar tingkap.
•••
Matanya terarah ke air pantai dengan dihiasi oleh ombak-ombak beralun itu. Dirinya terasa tenang dan damai apabila menarik nafas dan hembuskan dengan perlahan.
Dirinya bagaikan dihanyut oleh angin pantai membawa dirinya ke atas awan-awanan. Dia menoleh sekilas Haura Raissa yang sedang kuis pasir pantai. Dayyan Naufal ditinggalkan bersama Adam Khalish dan Zara Alya.
"Aura, Abang nak cakap something pada Aura boleh?"
"Hm, boleh"
"Abang nak Aura jadi isteri Abang." Ucap nya dan memegang tangan Haura Raissa.
Haura Raissa tersentak, dan memaling wajah ke lain.
"Abang betul-betul Sayangkan Aura, Abang harap kita dapat jadi sebuah keluarga." Ujar nya dan senyum.
"Beri aku masa. Aku tak boleh buat keputusan sekarang." Katanya dan terasa sesuatu di dalam hati.
"Ambillah berapa lama yang Aura nak. Janji Abang dapat jawapan yang tidak kecewa Abang." Adrian Alexnder menyentuh pipi Haura Raissa, namun Haura Raissa tepis tanganya dengan perlahan.
"Kau tak pernah rasa menyesal ke atas perbuatan kau selama ni?." Soalnya tanpa memandang Adrian Alexnder.
Adrian Alexnder tundukkan wajah dan anggukan kepala.
"Yes, Abang menyesal sangat-sangat buat semua tu dekat Aura. Masa tu Abang masuk ke dalam bilik Aura. Sebab nak mintak maaf atas tuduhan Abang pada Aura. Abang dah tahu siapa pembunuh Akak. Tapi malangnya, Aura dah pergi tinggalkan Abang selama 1 tahun 6 bulan"
"Abang tak pernah jemu tunggu kepulangan Aura. Abang cuba untuk lupakan Aura, namun tidak boleh. Cinta Abang pada Aura sangat kuat. Abang cintakan 2orang dalam satu masa. Aura dan akak." Ucap nya dengan panjang lebar.
"Kalau betul-betul Abang sayangkan, cintakan Aura, please buktikan pada Aura. Ni surat peninggalan Akak untuk Aura. Surat ni, Aura dapat masa nak pergi air port. Aura sempat singgah rumah Abang"
"Aura masuk ke dalam bilik Abang, sebab nak ambik gambar Akak, tapi Aura lihat surat ni dalam satu kotak. Surat ni tertulis nama Aura. Kalau Abang tak percaya it's sokey. Aura faham." Ujarnya dan menghulur surat yang diambil dalam handbegnya.
Surat tadi bertukar tangan. Adrian Alexnder membuka surat tersebut dan membaca setiap isi yang ditulis oleh Hairah Arisa.
'Assalamulaikum adik kesayangan akak. Apa khabar? Mesti Aura dapat surat ni, akak dah tak ada kan. Tujuan akak tulis surat ni untuk masa hadapan Aura. Akak nak Aura kahwin dengan Abang Ian, selepas Akak dah tak ada. Akak percaya Abang Ian boleh jaga Aura, boleh sayang Aura, boleh beri kasih sayang sepenuhnya pada Aura. Abang Ian dah janji dengan akak, dia akan jaga Aura seperti mana dia jaga akak. Akak harap, Aura dapat tunaikan hasrat akak ni. Jaga diri Aura baik-baik okey. Jaga makan minum Abang Ian kamu'
Lalu surat itu dilipat kembali. Dia melihat ke arah Haura Raissa.
"Abang janji, Abang akan jaga Aura seperti mana Abang janji dengan akak suatu dahulu. I promise for you Haura Raissa." Ucap nya dengan penuh yakin.
Haura Raissa hanya pandang kosong. Tiada anggukan mahupun menggeleng.
Hafiz Rayyan mengerutkan dahinya bila melihat Adrian Alexnder, dari tadi tak habis-habis mengukir senyuman.
"Ada apa-apa yang aku tak tahu ke?." Soalnya sambil senyum senget.
"Aura, dia bagi aku peluang untuk aku buktikan yang aku betul-betul cintakan,sayangkan dia." Balas Adrian Alexnder dengan senyuman.
"Weh seriuslah? Tak sangka aku. Btw kau kena jaga peluang tu baik-baik. Jangan sampai Aura dah hilang percaya dekat kau, aku rasa kau boleh bayangkan apa yang akan berlaku?." Ujarnya sambil hembuskan nafas lega.
Akhirnya Adrian Alexnder sudah menemukan kebahagiaan.
"Oh aku lupa nak tanya kau. Anak kau lelaki or perempuan?." Soalnya kembali.
"Lelaki. Dayyan Naufal." Balasnya sambil menghulur telefon miliknya kepada Hafiz Rayyan.
Telefon tadi bertukar tangan. Hafiz Rayyan kecilkan matanya untuk lihat gambar anak Adrian Alexnder, Dayyan Naufal. Tidak lama kemudian, dia menarik senyuman manisnya.
"Weh!!! Cute gila anak kau. Nama pun nak sama dengan aku dah. Rayyan dan Dayyan. Kan! Apa kata aku je yang kahwin dengan Aura." Hafiz Rayyan mengusik Adrian Alexnder dan pecah gelak bila Adrian Alexnder merenung tajam ke arahnya.
"Boleh, boleh langkah mayat aku dulu." Katanya sambil menjeling maut buat Hafiz Rayyan yang sudah menekan perutnya itu. Kerana terlalu ketawakan dirinya.
"Sorry bro, gurau je, takkan tak boleh kut." Ujarnya dengan sisa ketawa.
Tahu cemburu.
YOU ARE READING
Tuan Adrian Alexander |COMPLETED✓
Romance2 0 2 0 [KARYA 2] Adrian Alexnder × Haura Raissa T A M A T Know as 'Dark World' *Abaikan typo/grammar #Ditulis ketika newbie TUAN ADRIAN ALEXNDER sebaris nama yang agak unik. Dia tidak gila,obses,psycho but dia hanya mahukan gadis itu supaya menjadi...