Part 3: Panca Indera

439 10 0
                                    

Bunyi burung dan serangga menjadikan suasana hutan tersebut sangat semulajadi. Tumbuhan renek berbunga pelbagai pula menghiasi hampir setiap batang pokok yang besar. Tempatnya jadi sangat menarik di pandang. Aku pula bagaikan seorang pelancong menikmati segala yang aku nampak.

"Sayang, jom kita teruskan perjalanan, tempat yang kita tuju ni agak jauh" ujarnya menukar istilah. Geli juga dengar, tapi untuk kami berdua, sedap juga bunyinya. Aku mengangguk saja. Dia terus memimpin tanganku.

Setelah beberapa ketika kami menembus ke jalan utama. Bukan jalan yang bertar la. Tapi jalan yang di tempek dengan batu-bata yang diratakan. Kalau di tempat kita macam jalan ladang, tapi kiri kanan laluannya di susun batu-bata yang agak besar lebih kurang sejengkal.

"Kalau sayang nak tahu, di sini bukan sahaja golongan kami yang ada, bermacam makhluk lain juga wujud" ujar isteriku. "Ye ke? Wajah mereka seram tak?" pertanyaanku membuatkan isteriku mentertawakan aku. "Awak ni penakut juga la sayang" ucapnya sambil mentertawakan aku. "Betul la, mana sayang tahu, rupa mereka macam mana" balasku dan mencubit pipinya.

"Sayang tahu? Manusia lagi banyak yang jahat dan pentingkan diri mereka, kat sini kita aman damai saja, masing-masing jaga hal tempat masing-masing" jelas isteriku yang aku tidak nafikannya. "Kat dunia awak ni ada makhluk yang jahat ke?" tanyaku lagi. "Kalau kat dunia awak ada yang jahat, kat sini pun ada juga" jelasnya lagi. Kami berdua baru menggunakan istilah mesra tersebut terkadang tersasul juga dengan istilah lama kami berdua.

Aku menyangkakan dunia mereka betul-betul aman, rupanya ada juga penjahat. Harap-harap tak kacau kehidupan kami la. Dan aku harap aku juga bukan penjahat kat dunia ni. Mana tahu, kata orang diri yang lebih.

"Kelebihan, kami di dunia ini, kami ada panca indera yang boleh mengetahui isi hati yang lain, makanya setiap makhluk yang ada di sini lebih berhati-hati dengan masing-masing" jelas isteriku. Kami berdua terus berjalan sambil bersembang. "Kira sayang tau isi hati saya lah?" tanyaku. "Lebih dari tahu, sebab tu sayang menyayangi sayang seadanya" ujarnya. Nampak gaya nya aku tak boleh nak kelentong bini aku la macam ni.

Isteriku Siluman Ular IIWhere stories live. Discover now