Part 36: Pulang Ke Dunia Manusia

187 7 0
                                    

Petang itu aku termenung berdiri di depan beranda rumah sambil memandang ke ruang diluar. Fikiranku melayang-layang. Minda ku dipenuhi wajah ibu dan ayah. Apakah aku benar-benar mampu melakukan perpisahan itu? Sungguh dilema aku memikirkannya. Dalam masa yang sama aku mencintai isteriku seadaanya. Apakah orang tuaku bersedia dengan pemergiaan ku.

Alangkah bagusnya, kalau dua dunia ini bersatu kembali. Tapi ini memang tidak mungkin. Manusia terlalu rakus dengan kuasa dan harta. Sangat berbeza dengan dunia ini. Maafkanlah aku wahai ibu, wahai ayahku. Berat amat untukku melaksanakan semua ini. Apapun aku tetap menyayangi kamu berdua. Semoga kita akan bertemu lagi di alam kehidupan lain. Tidak terasa, air mataku menitis, kerana aku sedar perpisahan ini akan menjarakkan lagi jasadku dengan orang tua yang menjagaku dari kecil lagi.

Aku tahu, pilihan hidup di dunia ini jauh lebih baik. Tapi aku bagaikan orang yang pentingkan diri memisahkan diri yang sebenarnya belum mati. Berdosakah aku?

Tiba-tiba isteriku memeluku dari belakang. "Sayang mengerti perasaan yang awak lalui sekarang" ucapnya dari belakang. "Sayang serba salah, menyintai awak sepenuhnya, menyayangi orang tuaku seadanya, dilema sangat" balasku meluahkan isihatiku. "Sayang juga serba salah bagai pemisah awak dengan orang tua mu" ujar isteriku. "Apapun sayang perlu kekuatan untuk melakukan semua ni, harap sayang, atuk dan dan semua orang menyokong sayang ini seadanya" ujarku. "Semua akan menyokong apa yang sayang bakal lakukan, tabah dan kuatkan semangat sayang ya" balas isteriku cuba menenangkan aku. Aku tahu dia juga merasa perasaan serba salah.

"Sayang mari kita makan dulu, mereka semua ada di dapur dah" ajak isteriku. Aku benar-benar belum ada selera makan. Namun aku cuba tidak memperlihatkan emosiku. Isteriku memimpin lembut tanganku. Kami berdua menyertai mereka di dapur. Di sana, semua senyap, bagaikan tahu perasaan aku yang tengah bergolak itu. Tiada seorangpun berkata-kata. Aku menyuap makanan yang sudah dihidangkan, tapi hanya separuh sahaja yang ku jamah.

Selesai makan, atuk dan ayah mertuaku berbincang denganku apa yang perlu aku lakukan. Aku mendengar dengan teliti. Aku memberi aku beberapa ramuan magis. Aku dinasihatkan supaya mengikut apa yang mereka rancangkan supaya tiada sebarang kesilapan yang benar-benar akan melayangkan nyawaku sendiri.

Selepas itu, aku mengemas segala keperluan dan bersiap sedia untuk kembali ke dunia manusia dengan misi yang perlu aku lakukan. Isteriku yang turut membantuku, kulihat mengenangkan airmatanya. Apakah dia merasa berempati dengan perasaan yang sedang ku alami? Apapun aku sudah nekad memilih jalan pilihan bersama atuk. Aku tidak dapat berbelah bagi lagi. Isteriku menemani aku sehingga ke pokok besar tersebut. 

Isteriku Siluman Ular IIWhere stories live. Discover now