Di dunia ini, kita boleh buat apa saja yang kita suka dengan syarat kita tidak merosakkan keindahan alam dan mengganggu sesuatu yang boleh mengubah apa saja yang bersifat semulajadi.
Jika menebang pokok, kita harus menanam atau menyemai semula benihnya. Jika berburu, pastikan tidak membunuh semuanya. Jika membina sesuatu, perlu dikekalkan semula jadinya.
Tempat ini juga tiada penyakit, virus, wabak atau sebagainya yang boleh memudaratkan sesiapa. Kalau diperhatikan, nyamuk pun tiada di dunia ini. Tapi lalat wujud. Kenapa? Lalat akan membiakkan larva sebagai pengurai. Rantaian semulajadi seperti ini, tidak boleh dimusnahkan, kerana ia akan mengekalkan kesemulajadian alam di dunia ini.
Apa beza dengan alam manusia? Segala makhluk yang kelihatan seperti manusia adalah makhluk utama di dunia ini. Mempunyai rupa fizikal yang sama dengan manusia. Jika ia selain dari itu, konsepnya sama seperti di dunia manusia. Bergantung kepada puak-puak atau suku-suku yang wujud di sini, mereka ada pantang larangnya sendiri.
Contohnya siluman ular, mereka sangat pantang makan katak. Berdasarkan kepercayaan mereka katak adalah penjaga dusun dan kebun mereka. Begitu juga dengan siluman lain, mereka tetap ada pantang-larang tersendiri. Oleh itu, sebolehnya menjaga segala kesemulajadian alam supaya tidak terlanggar pantang-larang secara tidak sengaja.
Di dunia ini, jangan pernah cuba mengumpulkan harta, atau apa saja berbentuk kebendaan. Di sini kehidupan seboleh-bolehnya hidup secara primitif dan bersifat semula jadi. Makanlah untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Begitulah kehidupan yang perlu dilaksanakan di sini. Atuk mengakhiri perihal tentang pantang-larang di sini. Aku dan Tiko hanya mengangguk dan cuba mengingati apa yang diperihalkan atuk tadi.
Isteriku dan tiga gadis masuk semula ke dalam rumah. Wow, mereka berempat memperagakan hiasan bunga-bungaan di kepala masing-masing. Mataku terpaku memandang isteriku. Sangat menarik hiasan yang mereka berempat hasilkan. Menyerlahkan lagi keayuan mereka berempat. Lebih-lebih lagi isteriku yang sedia ada cantik bagai bidadari itu.
YOU ARE READING
Isteriku Siluman Ular II
RomanceIa merupakan sambungan kepada trilogi kisah Isteriku Siluman Ular I. Mengisahkan Sebuah kisah percintaan antara dua dunia. Dalamnya diselitkan unsur pengembaraan di dunia mistik dan misteri.