Part 11: Diekori

228 10 0
                                    

Hatiku sangat girang. Girang dengan batu permata sebanyak itu. Sapa tak seronok dapat batu permata banyak tu. Sudahla begitu banyak pelbagai pulak. Aku kaya, aku kaya bisikku dalam hati. Kegiranganku hanya diperhatikan sang isteriku yang turut ceria melihat keterujaanku.

Kami meneruskan perjalanan melihat apa yang ada di sekitar pasar itu. Kelibat seseorang tadi terus mengekori langkah kami berdua. Aku tidak pasti sama ada isteriku sedar ataupun tidak? Aku tidak mempunyai sebarang idea macam mana untuk mengelak. AKu juga terfikirkan apakah niat si pengekor tersebut. Apakah dia berniat jahat atau sebaliknya. Aku hanya menggunakan apa yang isteriku ingatkan padaku, iaitu bersikap bersahaja dan jangan menimbulkan perasaan syak yang tidak baik.

Kami berdua teruskan perjalanan juga, melihat apa yang ada di sekitar pasar. Tetapi rasa tidak selesa itu terus mengganggu aku.

Apabila diekori begitu, mana mungkin perasaan tu dapat bersahaja. Akhirnya aku meluahkan pada isteriku. "Sayang, macam ada yang mengekori kita dari tadi la" bisikku pada isteri. "Sayang tahu, kita biar dia ekori ke suatu tempat yang tiada orang" balas isteriku yang dia sememangnya sedar diekori. Kami berdua mencari idea untuk menangkap orang itu. Idea sudah dapat.

Kami berdua meneruskan perjalanan menuju ke tempat tiada orang. Menuju ke belakang tembok. Orang yang mengenakan jubah berwarna coklat itu terus mengekori.

Kami berdua bersembunyi. Dia nampaknya masih mengekori dan melimpasi kami berdua. Apalagi, aku menangkap orang tersebut dari belakang dengan menyerkup orang itu dengan guni. Dia meronta. Kami berdua heret dia ke suatu tempat yang memang pastinya tiada orang.

"Lepaskan aku, aku bukan berniat jahat" pinta lelaki tersebut sambil dia meronta-ronta dalam karung guni. "Tolong lepaskan aku, aku bukan orang jahat" pintanya lagi. Suara yang semacam pernah aku dengar. Aku jadi keliru. Tapi tak mungkin lah bisik hatiku. Isteriku hanya diam. Siapakah lelaki tersebut?

Isteriku Siluman Ular IIWhere stories live. Discover now