Part 30: Terbukti

185 7 0
                                    

Jantungku berdebar-debar menantikan keputusan lambungan syiling tersebut. Aku yakin isteriku turut merasakan suatu yang sama. Atuk pula belum mahu membuka tapak tangannya. Masih mahu menyeksa perasaan kami berdua.

"Lana, Nia, apa sahaja keputusannya kamu berdua perlu akur" ujar atuk. Airmata isteriku sememangnya berlinangan dari tadi. Sangat takut dengan keputusan tidak memihak kepada kami berdua. Atuk mengangkat tapak tangannya dengan perlahan. Syiling itu kelihatan sedikit demi sedikit. Sangat mendebarkan. Sebelum syiling itu kelihatan, atuk menutup semula dengan tapak tangannya.

Kemudian atuk menggenggam syiling tersebut. Aku dan isteriku terpinga-pinga dengan apa yang atuk buat. Atuk kemudian melambungkan syiling itu padaku. Dan aku menangkap syiling tersebut. Aku membelek-belek syiling tersebut. Ku lihat syiling itu dengan teliti. Aku menyerahkan syiling tersebut kepada isteriku. Dengan perlahan dia mengambilnya tanpa sebarang kata-kata.

Setelah isteriku meneliti syiling tersebut, dia tersenyum. Aku pun sama juga. Isteriku terus memelukku kegembiraan. Atuk hanya tersengih memerhati gelagat kami berdua.

"Atuk hanya mahu tahu sejauhmana kamu berdua saling menyintai" ujar atuk. Aku dan isteri diam tidak mampu berkata-kata. Apa yang pasti, kami berdua sangat lega. "Ya tuk, saya sangat menyintai dan menyayangi Nia, terbukti kan tuk?" balasku. "Ya tuk Nia pun sama tuk, malah Nia lebih menyintai Lana daripada dia menyintai Nia tuk" usik isteriku sambil tersenyum ceria kembali dan mengesat airmatanya tadi.

"Atuk doakan kamu berdua bahagia selamanya, jagalah masing-masing sesungguhnya, atuk juga merestui hubungan cinta sejati kamu berdua" ujar atuk juga menunjukkan senyumannya. "Terima kasih tuk, atuk sudah mengajar kami erti hampir kehilangan, Nia hilang arah jika keputusan adalah sebaliknya tadi" ucap isteriku. Aku terus mengenggam erat tangan isteriku.

Berbalik kepada syiling tersebut, kedua-dua muka syiling tersebut menunjukkan kepala. Maknanya, keputusan itu pasti. Sebab itu atuk sangat yakin melambungnya. Ia juga menunjukkan atuk sebenarnya menyokong hubungan kami berdua. Dia cuma menguji sejauh mana perasaan kami terhadap masing-masing.

Isteriku Siluman Ular IIWhere stories live. Discover now