Part 35: Gossip

160 7 0
                                    

Setelah beberapa ketika menunggu depan gerbang pasar bunian tersebut, akhirnya kelibat atuk dan Nima akhirnya kelihatan. Memberi peluang mereka berehat seketika. Sejurus itu atuk mengajak kami berangkat semula. Kami pun menyambung semula perjalanan.

Nasib baik isteriku ada menyediakan buatku minuman akar herba, aku kembali bertenaga menyambung perjalanan. Isteriku seronok bersembang dengan Nima. Aku mendengar saja apa yang mereka gosipkan. "Macamana akak Nia boleh kenal dengan abang Lana?" Nima memulakan bicara. "Kali pertama jumpa suami dulu, akak Nia terus jatuh hati padanya" balas isteriku. "Wah, kali pertama jumpa terus jatuh hati kak?" ulang Nima kagum. "Abang Lana kamu pun sama, akak dapat rasakan dia pun mempunyai perasaan yang sama masa tu" jelas isteriku lagi. "Hebatnya kisah pertemuan kamu berdua kak Nia, saya tak tahu ada jodoh ke tidak nanti" keluh Nima.

"Sampai masa nanti kamu akan ada jodoh kamu sendiri, jangan risau ia pasti akan hadir" pujuk isteriku pada Nima. "Nima minat pada sesorang kak, tapi Nima tidak berani nak luah la" Nima mula berani meluahkan hatinya kerana dia mula selesa dengan isteriku. "Tiko tu pun hensem juga orangnya" aku sengaja menyakat Nima. "Ye ke bang, macamana abang tahu dia suka, dia ada cakap ke bang?" tanya Nima. "Abang nampak cara Tiko pandang awak dik, pandangannya membawa makna, dan adik Nima pun rasa benda yang sama juga tu" usikku memang perasaan gelagat Tiko apabila nampak si comel Nima tu.

"Nima, macamana boleh jadi famili atuk?" tanya isteriku menukar topik. "Owh, Nima dulu nakal dan terdesak untuk hidup, dan masih tercari-cari identiti diri, masa tu Nima mencuri barangan atuk, perbuatan itu dilihat oleh Miki dan Fanni, Nima kena belasah dengan mereka, tetapi atuk ampunkan Nima dan ajak tinggal bersama mereka" cerita Nima panjang lebar. Aku sudah tahu kisah tersebut sebab Tiko yang ceritakan.

Bermacam yang mereka berdua gosipkan sepanjang perjalanan. Terhibur juga mendengarnya. Aku kadang-kadang menyampuk sekali sekala. Atuk pun sama. Perjalananan kami tidak terasa mendengar celoteh dua gadis bunian ini. Akhirnya kami sampai di perkampungan isteriku.

Sampai saja kat rumah kami di sambut oleh mertuaku yang kebetulan sedang duduk di ruang beranda. Memang jelas atukku mengenali ayah mertuaku. Mereka terus bersembang di ruang beranda itu. Isteriku menunjukkan bilik tetamu buat Nima, dan seterusnya mereka menyediakan sesuatu untuk makan malam nanti.

Berdasarkan perancangan atuk, aku perlu bertolak malam tu juga balik ke dunia manusia. Tapi lepas makan malam la. Arahan atuk perlu aku patuhi sesuai dengan rancangannya. Aku pergi bersiap menyusun apa keperluan yang perluku bawa. Dalam kepalaku berharap misiku yang tersendiri tidak terkantoi dengan atuk. 

Isteriku Siluman Ular IIWhere stories live. Discover now