Aku masuk ke dunia manusia semula. Sampai saja di rumah, aku disambut ceria ibu dan ayah. Wajah mereka sangat gembira melihat kehadiranku. Namun mereka tertanya-tanya, mengapa aku datang berseorangan tidak bersama isteriku. Aku memeluk ibu dan ayahku. Airmataku mengalir lagi biarpun mereka berdua hanya melihat ia sebagai airmata kerinduan, namun bagi aku ia adalah airmata kedukaan.
"Mana menantu mak? Kenapa dia tidak ikut sekali?" tanya ibu. "Lana balik sekejap je mak, sebab tu tak bawa dia sekali, mungkin Lana akan balik ke sana dua hari lagi" balasku. "Bukan apa, mak rindu dengan menantu" ujar ibu. Aku menutup semua pintu dan tingkap. "Ada apa ni?" tanya ayah melihat aku menutup semua pintu. "Ayah, mak, jangan terkejut ya, Lana bawa hadiah tidak ternilai untuk kamu berdua, tapi jangan sampai orang lain tahu" ujarku.
Aku membuka karung yang berisi penuh batu permata. Terbeliak wajah ibu. "Mana kamu dapat semua ni nak? Kamu mencuri ke?, pulangkan semula nak, jangan buat benda tak elok" ucap ibu. "Selama ini, mak pernah melihat saya mencuri ke? Tak pernah kan? Semua ini Lana dan isteri beli di pasar bunian, di sana ia murah mak, di sana mereka tak pandang benda ni" jelasku. Ayah pula memerhatikan satu persatu permata tersebut.
"Permata asli ke ni Lana?" tanya ayah. "Iya yah, asli maka mak dan ayah adalah jutawan sekarang, tak payah nak kerja susah dah, ayah boleh jual gantikan dengan duit, esok kita pergi ke bandar, bawa beberapa butir jer permata ni, kita jual kat kedai emas atau tempat pajakan" jelasku. Aku masih lagi rasa sedih sebenarnya, tapi berharap dengan apa yang aku berikan pada mereka berdua dapat menggantikan pemergianku.
Aku memesan pada ayah dan ibu, agar mereka menyembunyikan batu permata itu sebaiknya dan tidak kantoi dengan orang kampung. "Sebahagiannya Lana sudah gali di bawah pondok kebun kita, kalau ayah dan ibu perlukannya, boleh cari di sana juga" jelasku. Sebelum sampai ke rumah tadi aku singgah di kebun menyembunyikan sebahagian besarnya di kebun. Sebab aku tahu, ia mungkin lebih selamat di sana.
"Dengan ada semua ini, ayah dan ibu jangan kerja berat lagi, kalau boleh pindah dari rumah ini dan buat rumah lain, Lana mungkin tidak akan kembali ke sini lagi, sebab Lana akan menetap terus di sana" jelasku. "kalau ya pun, jenguk-jenguk la mak dan ayah juga, mak rindu menantu mak tu, orangnya dah la cantik lemah lembut dan sangat penyabar" ujar ibu. Seakan-akan mereka berdua belum sedar batu permata tersebut nilainya jutaan ringgit.
Oleh kerana kepenatan, aku minta diri berehat dan terus tertidur. Begitu juga orang tua ku tidur di sebelahku. Jelas mereka sangat sayang dan merindui aku. Walaupun kami keluarga miskin, tapi kasih sayang kami bertiga adalah terbaik. Maafkan aku wahi ayah, wahai ibu. Ia adalah satunya pilihan terbaik agar orang kampung tidak mengesyaki pemergianku. Kamu aku datang semula pun akan nampak sebagai hantu sahaja.
YOU ARE READING
Isteriku Siluman Ular II
RomanceIa merupakan sambungan kepada trilogi kisah Isteriku Siluman Ular I. Mengisahkan Sebuah kisah percintaan antara dua dunia. Dalamnya diselitkan unsur pengembaraan di dunia mistik dan misteri.