Part 27: Perempuan Lain

238 8 0
                                    

Saat itu begitu indah, masa pun tidak berasa berjalan. Pukul berapa waktu pun sudah tidak tahu. Asyik bermanja dan bermesra dengan yang tersayang. Bunyi cengkerik menghiasi malam itu bagaikan geseran viola sedang dimainkan walaupun aturan kordnya tidak keruan. Ia tetap suatu keindahan dan kebahagian yang kami berdua lalui.

"Sayang tidak menyesal memilih manusia berumur pendek ni?" tanyaku lagi-lagi sengaja memainkan emosinya. "Kalau sayang menyesal, sayang takkan mempersuamikan awak" balasnya. "Mengapa awak boleh jatuh hati dengan sayang?" tanyaku lagi, biarpun soalan itu pernah ku tanya dulu. "Pertama kali terserempak dulu, hati sayang sudah berdebar, rasa rindu dan ingin bersama dengan awak membuak-buak masa tu" balasnya. Situasi yang sama aku lalui masa tersebut. Perasaan kami jelas mempunyai persamaan.

"Boleh sayang jelaskan lagi, apa perasaan ketika itu?" tanyaku lagi. "Sayang pun tidak tahu, dari mana datangnya perasaan itu, ia hadir dengan sendirinya, dan sayang rasa cemas bila tidak dapat melihat diri awak masa tu" ucapnya lagi. "Sebenarnya kita melalui suatu perasaan yang sama dengan apa yang awak rasa, sebab itu sayang sengaja berpatah balik semata-mata mengharapkan dapat bertemu awak semula" ujarku menjelaskan peristiwa kali pertama kami bertemu.

"Pelik juga kan? Rasa itu tidak pernah hadir dengan mana-mana lelaki lain" ujarnya. Mungkinkah itu namanya ditakdirkan jatuh cinta? "Sayang pun tidak pernah ada perasaan sebegitu dengan mana-mana perempuan, mereka yang goda sayang ada la" ucapku sedikit nakal sengaja menimbulkan rasa cemburunya.

"Awak pernah layan perempuan lain selain sayang ke sebelum ni?" ucapnya termakan umpananku. "Pernah" balas ku ringkas. "Perempuan tu cantik tak?" tanya si dia jelas cemburunya hadir. "Cantik la juga" balasku. "Lebih cantik dari sayang la?" tanya dia kegeraman. "Lebih cantik sikit jer" balasku sengaja menambah rasa cemburunya. "Habis tu kenapa awak tak kahwin saja dengannya" balasnya jelas hatinya sakit kerana dek perasaan cemburu itu.

"Awak cemburu ke sayang?" soalan bonus ku sengaja cari pasal. Nafas isteriku laju, jantungnya pun sama. Dia diam tidak berkata. Aku tahu dia pasti merajuk. "Awak cemburu ye?" aku nakal sengaja mengenakannya. Sebenarnya aku tidak pernah jatuh hati dengan mana-mana perempuan pun selain dirinya. Dia tidak menjawab pertanyaanku.

"Sayang boleh bagitau sayang siapa perempuan tersebut, nak tahu tak?" tanyaku. Dia mendongak memandang ke arahku. Mukanya serius. Merajuk sungguh rupanya. Ku lihat airmatanya gugur mula menitis membasahi pipinya. Sampai macam tu sekali cemburunya. "Perempuan itu adalah ibuku la sayang, dulu kan dah pernah bagitahu yang sayang ni tidak pernah jatuh hati dengan sesiapa, ibu mesti la sayang sebagai anak kena layan dengan baik" jelasku tidak berani menyakatnya lagi. Dia terus memelukku dan sempat jemarinya mencubit pinggangku. 

Isteriku Siluman Ular IIWhere stories live. Discover now