Part 2: Jalan Hutan Bunian

533 9 0
                                    

Aku lihat isteriku membawa beg kulit rusa dan diisikannya dengan akar-akar ramuan. Selesai mengemas semua itu, dia mengajakku keluar. Suasana di luar rumah seperti di mana-mana kampung, kanak-kanak bermain sana sini. Yang dewasa pula ada yang menjemur padi, pakaian dan sebagainya sepertimana aktiviti harian di dunia manusia.

Aku memang teruja dan ingin sangat tahu apa yang ada di dunia ini selain di perkampungan itu. "Nak pergi mana ni sebenarnya awak?" tanyaku memang ingin tahu sangat. "Sabarlah, ikut je la awak" balasnya sambil tersenyum.

Dia terus memimpin tanganku. Kami bermula dengan jalan denai. Mataku menikmati suasana sekitar jalan denai. Hutannya, lebih nampak tua dari dunia manusia. Pokok-pokoknya kelihatan jauh lebih besar dan tinggi. Berjalan menerusuri hutan itu menjadikan kita tidak memerlukan payung kecuali hujan, sinar matahari juga tidak mudah singgah di kepala.

"Awak, kita tukar istilah boleh ke?" tanya si dia yang terus memimpin tanganku. "Istilah apanya awak?" tanyaku keliru. "Kita ganti awak tu dengan sayang ke? Macam mana? Setuju?" pertanyaannya adalah cadangan. "Tak mau" balasku ringkas. "Kenapa awak?" dia terus menghentikan langkahnya dan memutarkan badannya ke arahku dan memandang tepat ke wajahku. "Saya dah ada gelaran yang sesuai untuk kita la awak" ujarku. Dia mengerutkan dahinya, tanda kurang jelas.

"Bunyi sayang tu kan manis juga la awak" ujarnya masih mempertahankan ideanya. "Saya nak panggil awak mak cik" balasku dan tersengih puas mengenakannya. "Tak mau la, tak romantik langsung bunyi" katanya dan membuat muka gedik merajuknya konon. "Saya nanti akan lekas tua, jadi bila panggil awak mak cik, bolehlah saya perasan sentiasa muda" jelasku padanya. Dia memegang kedua tanganku sambil merenung ke mataku dan jelas dia seperti geram denganku.

"Awak ingat saya kisah tentang rupa awak yang bakal menua nanti?" tanya si dia. "Saya akan tua, dan awak pula sentiasa muda, rupa pun sudah tidak sekacak yang awak nampak sekarang, mungkin saya juga akan pergi dulu" jelasku. Dia terus memelukku. "Jangan pernah ucap perkataan pergi tu, awak" balasnya. Aku diamkan diri. "Tidak kira macam mana sekalipun, perasaan saya hanya untuk awak, bukan paras rupa awak yang saya mahukan selama ini, tapi hati awak, perasaan sebenar awak terhadap saya yang menjadikan kita disatukan" ucapnya panjang.

"Bermaknanya aku ni tidak kacak la?" tanyaku sengaja mengusiknya. "Awak tetap kacak di hati saya tau" balasnya sambil mencubit pinggangku namun tetap dipeluknya kemas. Aku membiarkan dia menikmati suasana itu.

Isteriku Siluman Ular IIWhere stories live. Discover now