Part 24: Rumusan Atuk

211 9 0
                                    

Aku rasa serba salah. Tersepit dengan soalan atuk. Aku bukan kategori budak bodoh, cuma aku tidak sekolah tinggi-tinggi. Kalau sekolah tinggi-tinggi mungkin juga aku akan kerja di jabatan perikanan. Semua tentang ikan je aku nak tau. Ish atuk ni buat aku pening juga, bisik hatiku.

"Kamu pilih siapa Lana? Ibu atau Isteri?" atuk mendesak lagi dengan soalannya. Kalau aku jawab ibu mesti dia tanya kenapa aku tinggalkan ibuku, dan pilih bersama isteriku sekarang. Kalau aku jawab isteri, mau tidak aku digelarnya anak derhaka pula. Dilema aku dah atuk oi. Ke logik ke kalau aku pilih bapak atau atuk? Mau pula aku kena sekeh dengan orang tua ni kerana bagi jawapan tada kaitan.

Baiklah, aku tiada pilihan. Aku akan jawab dengan kata hati ku yang sebenarnya. Biarlah atuk nak kata apa nanti.

"Lana pilih isteri" jawabku ringkas. "Kenapa isteri? dan bukan ibumu" tanya atuk tidak terkejut dengan jawapanku. "Ibu masih ada ayahku yang mencintai dan menyayanginya lebih dari Lana tuk" balasku spontan.

Atuk diam seketika. Kemudiannya barulah atuk rumuskan perihal soalan tadi. Atuk sengaja menekan aku supaya aku mengikut kata hati yang sebenarnya. Supaya aku menyelesaikan dilema diri. Apa saja jawapan atau pilihan aku adalah tidak salah kata atuk. Apa Yang penting, atuk nak tahu hati sebenar aku memihak pada siapa? Dunia manusia atau dunia ini.

Atuk faham aku jelas memilih dunia ini dari dunia manusia. Maka atuk berhajat memutuskan hubungan aku dengan dunia manusia. Supaya aku tidak mengganggu Dan terganggu dengan kesinambungan antara dua dunia ini.

Makanya, atuk merancang aku perlu meninggal di dunia sana, supaya tiada alasan orang mencari aku lagi. Tapi bagaimana caranya?

Isteriku Siluman Ular IIWhere stories live. Discover now