Part 12: Siapa Dia?

240 10 0
                                    

Lelaki tersebut terus meronta-ronta minta dilepaskan dari karung guni tersebut. Aku dan isteri saling berpandangan. Dan akhirnya kami melepaskan karung guni tersebut. Aku pula membuka terus serkupan jubah yang menutupi wajah lelaki tersebut.

Tenyata dia adalah seorang lelaki tua. Wajahnya sangat aku kenali dan aku rindui. Dialah atukku. Atuk sebelah bapa. Setahu aku atuk sudah lama meninggal semasa aku remaja lagi. Tapi macamana atuk boleh ada di sini? Siapa yang dikebumikan di sana?

"Ya Ampun, Atuk!, betul-betul atuk ke ni?" tanyaku pada lelaki tua itu. Dia memandang tepat ke wajah ku. Diamatinya wajahku. "Kau Lana anak Lamek?" tanya lelaki tua itu. "Ya, saya" jawabku ringkas. "Aku Leban ayah kepada Lamek, sudah besar panjang kau sekarang cu" ujarnya. Jelas dia adalah datuk ku. Aku terus memeluk tubuhnya dan ku dakap kemas. Isteriku terpinga-pinga.

"Inilah atuk ku yang ayah ceritakan dulu" jelasku pada isteriku. "Siapa gadis ni cu?" tanya atuk. "Dia adalah Nia anak Nathir, isteri saya tok" jelasku. Kedua-dua mereka mengangguk dan senyum sebagai salam hormat perkenalan. Memang pertemuan dengan atuk tidak di sangka-sangka. Atuk mengajak kami berdua ke rumahnya.

"Mari ke rumah atuk cu" pelawa atuk. "Rumah atuk jauh tak dari sini?" tanyaku. "Tak jauh mana, selang dua bukit je" balas atuk. "Macam mana sayang, kita pergi ke rumah atuk boleh ka? Ibu dan ayah tak cari kita ke kalau kita lewat?" tanyaku pada sang isteri. "Tiada masalah sayang, kat sini mereka takkan risau kalau kitak tak balik pun" balas isteriku yakin. "kalau macam tu baik kita bertolak sekarang" ujar atuk ku.

Sepanjang jalan itu, kami bersembang sebarang topik bagi menyingkatkan perjalanan. Aku bertanya tentang macamana atuk boleh berada di sini, dia juga bertanya benda yang sama. Aku menceritakan pengalaman aku dulu padanya mula dari perkenalan aku dan isteri di sungai sehingga terserempak dengan atuk hari ini. Atuk pula memulakan kisahnya.

Atuk memang sudah rapat dengan orang dari dunia ini. Jadi atuk memang tiada masalah di sini. Masa atuk disahkan meninggal masa tu, itu hanya batang pisang yang dijelmakan untuk memukau mata orang kampung. Sebab itu badan sejuk seperti orang telah meninggal, kerana ia adalah batang pisang. Macam mana atuk buat semua tu?

Isteriku Siluman Ular IIWhere stories live. Discover now