Part 32: Balik

179 6 0
                                    

Seperti yang di rancang, selesai makan atuk, aku dan isteriku bersiap untuk balik ke rumah mertua. Atuk telah menyiapkan segala kelengkapannya. Atuk mengajak Nima sebagai pembantunya. Manakala Fanny, Miki dan Tiko akan menjaga rumah. Isteriku menyiapkan beberapa bekalan buat kami di perjalanan nanti.

Apabila semuanya sudah selesai, keempat kami pun mulakan perjalanan. Cuaca sangat cerah tidak menunjukkan ciri-ciri akan hujan. Atuk semacam seorang ahli sihir jer cara pemakaiannya, berjubah kelalu, berambut panjang memutih, bertongkatkan kayu gaharu yang nampak unik ukirannya.

Nima kelihatan seronok dan berseri wajahnya, mungkin ia suatu pengalaman pengembaraan baru baginya. Manakala, isteriku pula cuba menyembunyikan perasaannya dan nampak seperti resah. Biarpun begitu dia masih cuba menyajikan senyuman. Aku pula berdebar-debar menghadapi segalanya. Ia adalah antara hidup dan matiku.

Dalam minda ku jelas terbayang wajah ibu dan ayahku. Aku nekad memberikan segala batu permata itu kepada mereka berdua. Bagi tujuan ini aku perlu merahsiakannya dari diketahui atuk. Sekurang-kurangnya dengan batu permata itu, ibu dan ayah dapat hidup lebih selesa.

"Atuk, kita akan melalui pasar tak?" tanyaku pada atuk. "Kita memang akan ke pasar terlebih dahulu, ada barang penting yang atuk perlu cari di situ" jelas atuk. Oleh kerana atuk mendahului kami, diikuti Nima seterusnya isteriku Nia dan aku paling belakang. Aku cuba berbincang dengan isteriku secara senyap-senyap pasal sesuatu yang aku mahu lakukan.

"Sayang" aku memanggil isteriku secara berbisik supaya dia menjarakkan sikit jarak kami dengan atuk dan Nima. Isteriku tampak memahami dan mempelahankan langkahnya. "Ada apa sayang?" bisik isteriku. "Ada lagi ke herba akar hari tu?" tanyaku pada Nia isteriku. "Ada banyak lagi, sayang nak buat apa?" tanya isteriku sambil mengerut dahinya menunjukkan dia ingin tahu apa yang aku mahu lakukan dengan akar herba tu.

"Langkah biar laju sikit, sebolehnya kita perlu sampai awal supaya rencana tidak terganggu" ujar atuk di depan kerana perasan aku dan isteriku jauh ke belakang. "Baik tuk" itu saja yang ku mampu jawab. "Sayang nak tukar dengan batu permata hari tu, harap makcik tu ada di pasar hari ini" bisikku pada isteri menjelaskan niatku. "Sayang paham, awak nak bagi pada ibu dan ayah kan?" balas isteriku sambil memberikan senyuman manisnya padaku.

Isteriku Siluman Ular IIWhere stories live. Discover now