Awal pagi ibu bangunkan aku untuk bersarapan. Ayah sudah terjaga dan duduk menyandar tepi tiang sambil menghisap rokok tembakau jawanya. Aku pula terus ke bilik air mandi dan bersiap untuk ke bandar. Setelah itu, aku pun mengambil beberapa butir batu permata untuk dibawa ke bandar. Aku mengajak orang tua ku pergi untuk menjual batu permata tersebut.
Sampai kat suatu kedai barang kemas aku menunjuk kepada tokey kedai tersebut sebutir batu delima. Dia meneliti batu delima itu dengan teliti. "Wa tak mampu bayar lu olang cash ini batu delima, kuat mahal wo, mana lu lapat ini matu delima?" ujar tokey tu. "Ini wa punya moyang bagi tokey, ada ini satu biji saja, berapa harga dia tokey?" tanyaku ingin tahu dalam masa yang sama aku berbohong padanya. "Wa talak tipu munya, ini matu harga mau RM300k wo, kalau lu mahu jual sama wa, wa bayar lu RM30k cash, lagi RM270k wa tulis cek sama lu" jelas tokey kedai tu.
"Ok bolehla tokey, macam itu pun boleh la, tulis cek itu sama mak saya" ujarku. "Sikijap ah, wa tulis cek kasi lu" balas tokey itu. Tokey itu tidak teragak-agak mengambil cek dan menulis nilai RM270 pada cek tersebut dan dia mengira duit sebanyak RM30k. Dia menyerahkan duit itu pada ibuku. Ayah terkedu kerana tidak menyangka nilai batu delima itu sangat tinggi. Baru batu delima saja, belum lagi batu permata yang lain lagi.
Kami pergi ke kedai lain untuk menjual batu permata yang lain. "Tokey, berapa lu boleh angkat ini batu delima?" tanyaku pada pekedai tersebut. Dia pun meneliti batu tersebut. "Ini macam, wa tidak berani angkat, tiala lui mayak boleh bayar sama lu" jawabnya. "Berapa harga lu berani angkat?" tanyaku ingin tahu harga. Dia kelihatan tergaru-garu kepalanya matanya terus ke arah batu delima itu. "Haiya, boleh banklap wa kalau beli ini batu wo" ujarnya. "Ya la, berapa harga tokey?" aku menekan nak tau harga. "Ini jenis kalat manyak tinggi nilai wo, cincai kila, wa bagi lu cash RM25k, lebih wa bayar lu pakai akaun atau lu mau cek RM300k punya?" ujarnya. "Ok setuju tokey, lu tulis masuk akaun bapak wa la" balasku. Urusniaga selesai.
Aku maklum kepada ayah dan ibu, jika ingin menjual batu permata tersebut, pastikan tidak menjual di kedai yang sama. Kerana risau mereka akan ikut ke rumah. Sebab nilai yang di rumah itu masih banyak dan lebih besar nilainya. Aku sempat singgah di cybercafe menyemak harga batu permata itu sebenarnya. Patutlah mereka sanggup beli dan tidak teragak-agak, rupanya nilai ia adalah lebih tinggi, nilainya yang aku jumpa di internet adalah sebutir cecah RM1.4 hingga RM4 juta, bagi jenis yang kualiti tinggi kelas pertama yang tiada cacat cela bentuknya harganya lebih tinggi lagi. Tapi tak mengapalah, ayah dan ibu ada banyak lagi. Fuhhh, jutawan orang tuaku lepas ni.
Selepas itu kami bertiga makan dan beli beberapa keperluan rumah. Kalau pergi tadi naik bas, balik naik teksi pula. Sampai kat rumah, aku menyuruh ayah menyembunyikan selebihnya di kebun. Aku menyuruh ayah menanamnya ke dalam tanah. Keluarkan bila perlu. Ayah dan ibu memang tergamam dengan nilai tersebut. Tapi bayarannya adalah pemergianku.
Malam itu, kami bertiga makan mewah sedikit, aku sangat gembira melihat wajah ibu dan ayah yang ceria. Sebelum ini, mereka tidak pernah menikmati makanan yang seperti itu. Tapi dalam masa yang sama, aku yang keperitan memikirkan akan terpisah dengan mereka berdua. Malam ini aku akan mula melaksanakan misi atuk pula.
YOU ARE READING
Isteriku Siluman Ular II
RomanceIa merupakan sambungan kepada trilogi kisah Isteriku Siluman Ular I. Mengisahkan Sebuah kisah percintaan antara dua dunia. Dalamnya diselitkan unsur pengembaraan di dunia mistik dan misteri.