Selesai minum malam, Nima menunjukkan bilik tetamu untuk kami berdua. Bilik itu, diterangi beberapa lampu lilin yang dikemaskan menggunakan tanglung berwarna warni menyerikan suasananya. Namun aku belum berniat untuk tidur. Aku mengajak isteriku menikmati suasana di luar.
Kami berdua melangkah keluar. Mereka yang lain membuat aktiviti masing-masing. Aku dan isteri mengambil kesempatan berduaan di luar. Kami berdua duduk di bangku panjang yang disediakan di luar rumah itu. Isteriku menyandarkan kepalanya di bahuku. Aku pula memeluk erat tubuhnya sambil mengenggam erat tangan masing-masing.
"Sayang tidak pernah mengimpikan kehidupan begini, setahu sayang hanya menangkap ikan di sungai setiap hari" ujarku meluah pada isteriku. "Sayang pun sama, tidak pernah terfikir akan jatuh hati dengan seorang nelayan yang bongok ni" balas isteriku mempersendakanku dalam masa yang sama dia meluahkan apa dalam hatinya.
"Sayang janji akan jaga awak selamanya, tapi sayang akan tetap mendahului awak nanti kan" aku sengaja mengumpan emosinya. "Kalau awak pergi, sayang akan cari laki yang hensem dan umurnya lebih panjang dari awak la" ucapannya mengejutkan aku. "Sayang tak kesah, asalkan awak tetap bahagia" balasku memerlinya. "Betul awak tak kesah ke sayang?" duganya padaku. Aku sengaja melihat apa reaksinya.
"Awak sanggup biar orang lain mendampingi sayang ke?" tanya si dia lagi. "Kalau sayang dah pergi, mana sayang tahu awak buat apa" ucapku menambah garam di hatinya. Lelaki mana mahu isterinya mendampingi orang lain? Dayuslah namanya. "Sayang, dalam hati tu pedih dah kan? Sayang tahu awak takkan mahu melepaskan sayang pada orang lain masa tu" ucap sang isteri mengetahui isi hatiku.
"Dah tu tadi awak kata nak cari laki lain bila sayang dah pergi nanti?" ujarku geram dengannya. "Eee tak malu, awak cemburu ye sayang" balasnya mengenakan aku. "Cakap betul-betul sayang akan cari laki lain ke nanti?" tanya ku geram. "Tengok bulan tu, pandang bintang tu semua" balasnya sambil menunjuk ke arah bulan dan bintang-bintang yang sedang bersinar dan berkerdipan.
"Kenapa dengan bintang dan bulan tu?" tanyaku. "Mereka saksi perasaan sayang terhadap awak selamanya, dan tidak pernah akan ada yang lain lagi dah, biarpun sayang akan hidup untuk seribu tahun lagi" balasnya mengharukan perasaanku. Meremang bulu tengkukku mendengar ucapannya. Aku cuma diam dan memeluknya dengan lebih kemas.
YOU ARE READING
Isteriku Siluman Ular II
RomanceIa merupakan sambungan kepada trilogi kisah Isteriku Siluman Ular I. Mengisahkan Sebuah kisah percintaan antara dua dunia. Dalamnya diselitkan unsur pengembaraan di dunia mistik dan misteri.