Asyik menikmati keindahan malam yang baru berlabuh. Sinaran bulan mengalahkan cahaya bintang yang sedang berkerdipan. Bunyi geseran serangga melibas sayapnya menambah keindahan suasana malam diluar rumah atuk.
Aku terus memeluk isteriku dari belakangnya. Kehangatan tubuhnya terasa sehebat cinta kami berdua. Terasa bahang kebahagiaan antara aku dan isteri tercinta. Isteriku terus memegang erat tanganku yang memeluknya seolah-olah tidak membenarkan pelukan itu dilepaskan. Kami berdua terus senyap berpelukkan sambil mengelamun menikmati saat Indah itu.
"Cu, masuk rumah, sejuk di luar itu" suara atuk menghentikan lamunan kami berdua. Aku melepaskan pelukan dan memimpin sang isteri masuk ke rumah.
Namun, isteriku menyentap tanganku dan aku memutar badan ke arahnya. Dia terus menyambar bibirku dengan bibirnya. Untuk beberapa ketika peristiwa itu berlangsung. Kami berdua jelas menyukai aksi tersebut. Dan akhirnya bibirnya melepaskan bibirku. Kali ini kami berdua benar-benar melangkah masuk.
Kelihatan atuk sudah duduk di ruang tamu dengan beberapa pekakas yang aku tidak kenali. Pasti ia suatu ramuan tertentu. Entah apa yang atuk cuba sampaikan kali ini? Perbuatan atuk menyebabkan aku rasa ingin tahu. Atuk terus menyediakan bahannya.
Sementara itu, isteriku mohon diri ke ruang dapur menyertai gadis-gadis lain untuk menyiapkan minum Malam. Tiko rasanya di bilik bacaan. Kerana Ada sinaran lampu dari biliknya.
Sesetengah ruang bilik atuk diterangi oleh kunang-kunang. Ada juga yang diterangi lilin buatan atuk. Atuk masih kelihatan sibuk menyediakan bahannya. Aku hanya memerhatikannya. Tidak berani mengganggu tumpuannya. Rasanya atuk akan memaklumkan suatu yang menarik nanti.
YOU ARE READING
Isteriku Siluman Ular II
RomanceIa merupakan sambungan kepada trilogi kisah Isteriku Siluman Ular I. Mengisahkan Sebuah kisah percintaan antara dua dunia. Dalamnya diselitkan unsur pengembaraan di dunia mistik dan misteri.