Part 5: Sejarah

324 7 0
                                    

Suatu ketika dahulu, manusia dan semua makhluk hidup bersama. Mereka hidup aman damai pada mulanya. Namun, manusia semakin hari semakin rakus, tamak, dan jiwa mereka sangat lemah kerana sikap semula jadi mereka sendiri. Penuh dengan kegilaan kuasa, tamak haloba dan hipokrit.

Manusia boleh membiak ramai tidak seperti makhluk lain. Setiap pasangan makhluk lain hanya boleh ada seorang anak. Populasi manusia semakin banyak dan mereka mula merebut kawasan yang lain untuk menampung populasi tersebut. Mereka semakin berkuasa. Tambahannya manusia mempunyai fikiran bijak dan licik. Mereka cepat membangun dengan merosakkan hutan Dan alam demi kepentingan mereka.

Setelah populasi mereka semakin kuat, mereka merasakan diri mereka berkuasa. Makhluk lain semuanya merasa tertindas oleh mereka. Akhirnya semua makhluk lain sepakat menentang kerakusan manusia. Maka wujudnya permusuhan Dan perselisihan antara manusia dengan makhluk-makhluk lain. Manusia disumpah berumur pendek.

Lalu manusia mencipta dimensi mereka sendiri dan persempadanan ini wujud hingga ke hari ini. Mereka memisahkan diri dari makhluk-makhluk lain menggunakan perbatasan ini kerana mereka memikirkan mereka mampu membina sendiri tamadunnya. Walaupun begitu, antara dua dunia ini boleh ditembusi oleh sesiapa yang tahu pintu masuk dan keluarnya. Manusia juga yang sebenarnya memutuskan hubungan dengan makhluk-makhluk lain.

Apabila umur manusia pendek, lama-kelamaan keturunan mereka semakin lupa tentang dunia lain. Dari satu generasi ke satu generasi, mereka terus egois dan lupa tentang alam lain. Akhirnya manusia kekal dengan dunia mereka sendiri. Sehingga akhirnya mereka seakan-akan tidak sedar kewujudan dimensi lain ini.

Kebenaran tentang manusia memang tidak dapat dinafikan. Mereka mampu berkembang maju dengan segala unsur yang mereka manipulasikan. Tetapi sikap tamak dan gila kuasa manusia menghancurkan sendiri nilai kemanusiaan. Dapat dilihat sekarang, mereka ada yang berperang, bermusuhan dan sebagainya. Semua itu adalah kerakusan manusia terhadap kuasa dan ketamakan.

Begitulah kehidupan manusia di dunia sebenarnya. Sebolehnya, mereka dari dimensi ini tidak membenarkan manusia menembusi alam ini. Sebab itulah mereka membuat penjelmaan yang menakutkan. Padahal sebenarnya, makhluk seperti mereka tidaklah seperti yang disangka.

Isteriku Siluman Ular IIWhere stories live. Discover now