Part 29: Akur

185 7 0
                                    

Atuk tampak jelas juga mahu melambungkan duit syiling tersebut. Katanya syiling itu adalah syiling yang mampu melihat isihati kami berdua. Maka atuk nasihatkan kami berdua berdoa agar syiling itu memihak kepada kami berdua. Aku mengapai tangan isteriku dan ku genggam erat.

"Apapun keputusan yang syiling akan bagi nanti, kasih sayang dan cinta sayang pada awak tetap tidak berbelah bagi" ucapku pada isteriku. "Sayang pun sama, sayang akan mencintai dan tak akan melupakan awak sepanjang hayat" balas isteriku. "Kamu benar-benar sayangkan Lana?" tanya atuk. "Sepenuh hati Nia sayang padanya tuk" jawab isteriku cepat. "Kamu pula Lana?" tanya atuk. "Saya bersumpah tuk, hanya dia gadis pertama dan terakhir yang Lana cintai" ucapku.

"Maafkan atuk, atuk perlu lambung juga syiling ni" ujar atuk. Isteriku kelihatan cemas. Jiwanya terusik lagi. Airmatanya menitis lagi. Aku genggam erat tangan isteriku. "Tuk, saya dah kata saya akan tinggal terus kat dunia ni, tak perlu lambung syiling la tuk" ujarku tidak mahu atuk mempertaruhkan nasib kami. "Cu, kalau kamu yakin dengan hati masing-masing, syiling ini akan berpihak kepada kamu berdua" jelas atuk.

Isteriku jelas sangat takut keputusan lambungan syiling tidak berpihak kepada kami berdua. "Sayang baca, minda atuk" bisikku pada isteriku. "Tak boleh, sayang tidak dapat kawal emosi" balas isteriku. "Tuk, atuk nampak kan kami sememangnya saling menyintai, Lana risau keputusan sebaliknya buat kami" ujarku.

Atuk memukul meja. Atuk benar-benar serius. "Jika hubungan kamu berdua adalah cinta sejati, syiling ini akan memberikan jawapannya, apakah kamu berdua tidak yakin dengan perasaan masing-masing?" tegas atuk. Aduh atuk selalu membuatkan aku dilema. Siang tadi dia dah seksa aku. Malam ni dia seksa kami berdua pula. "Baiklah kami akur, atuk lambunglah nasib kami tuk" izinku dengan rasa tidak puas hati. Aku memandang wajah isteriku, dan dia mengangguk tanda akur dengan keputusan atuk.

Atuk pun melambung syiling tersebut. Syiling itu bergerak di awangan. Keenam-enam mata kami bertiga fokus pada lambungan syiling itu. Syiling itu berhenti seketika sebelum jatuh semula menerjah meja tersebut. Dan dengan cepat atuk menutup dengan tapak tangannya sebaik syiling tersebut jatuh menyentuh meja. Apakah keputusannya?

Kalau kepala keluar, ia memihak kepada kami berdua. Jika sebaliknya atuk mengatakan aku tidak boleh teragak-agak meninggalkan tempat itu esok dan pulang ke dunia manusia. Kejam sungguh. Tapi itulah perlu dihadapi.

Isteriku Siluman Ular IIWhere stories live. Discover now