Aku minta kebenaran atuk untuk melihat di sekeliling rumahnya. Atuk menyuruh Si Tiko menemani, atuk pula nak berehat sebentar. Aku dan Tiko melangkah keluar. Tiko membawa aku melihat di sekitar bagai seorang pemandu pelancong.
Aku tertarik dengan apa yang ada sekitar rumah atuk, rumahnya dikelilingi pokok renek dan seperti sebuah taman yang menarik. Sangat berbeza dengan rumahku di kampung. Atuk di sini serba mewah dengan apa yang dia ada. Terfikir juga aku, mengapa atuk tidak mahu menolong kami di dunia sana. Sedangkan dia memiliki apa saja di dunia ini. Kalau dari dulu atuk kongsikan kami sudah jadi kaya raya.
Kebun atuk di rumahnya sahaja. Memang seperti taman, luas dan cantik di pandang. Terasa juga aku sebenarnya dengan atuk, walaupun aku menyayanginya, tapi mengapa dia seperti tidak memperdulikan kami di dunia sana. Apakah atuk seorang yang pentingkan dirinya?
Atuk hampir ada segalanya di sini, biarpun nenek sudah tiada, dia tetap kategori hidup serba mewah di alam ini. Aku akan mempersoalkan perkara ini kepada atuk nanti, aku mahu penjelasan daripadanya.
"Tiko berapa umur awak" tanyaku pada si Tiko. "Saya berumur 23 tahun, mereka bertiga semuanya 21, dan 25 tahun" jelas Tiko. "Macam mana kamu semua kenal atuk?" tanyaku lagi. "Orang yang atuk pertama kenal dan bawa tinggal dengannya adalah Miki dan Fanni, atuk menjumpai mereka di pasar" jelas Tiko. Tiko terus menceritakan perihal bagaimana mereka terus hidup bersama atuk.
Atuk sebenarnya kesunyian hidup di alam ini. Dia keseorangan. Setelah atuk tahu tentang kewujudan pasar tersebut. Atuk menjadi peniaga di pasar itu. Atuk penjual herba dan buah-buahan yang ditanamnya sendiri. Di pasar itu atuk tidak merasa keseorangan kerana kemeriahan pasar tersebut.
Pada suatu hari, atuk ke pasar dan dia melihat ada dua orang kanak-kanak sedang tidur di tempat atuk meniaga awal pagi itu. Sebab atuk nak mula berniaga, atuk bangunkan mereka. Mereka cuma berpindah duduk di sebelah atuk meniaga. Sampai tengahari masih juga mereka berdua tidak berganjak dari situ. Atuk jadi tertanya-tanya dalam hati apa masalah kanak-kanak tersebut.
YOU ARE READING
Isteriku Siluman Ular II
عاطفيةIa merupakan sambungan kepada trilogi kisah Isteriku Siluman Ular I. Mengisahkan Sebuah kisah percintaan antara dua dunia. Dalamnya diselitkan unsur pengembaraan di dunia mistik dan misteri.