Part 6: Larangan

302 12 0
                                    

Di dunia ini dilarang sama sekali mewujudkan teknologi yang canggih. Sebabnya ia akan mengganggu suatu sistem ekologi yang sepatutnya lebih mesra alam dan semula jadi. Sebab itulah di tempat ini nampak primitif. Segalanya bersifat semula jadi. Maknanya, dari alam kembali kepada alam jika kita ditakdirkan mati.

Di sini, kehidupan tiada siapa yang bergelar ketua. Di dunia ini hanya pengamalan hidup secara semula jadi yang harus diamalkan agar keindahan semulajadi terpelihara. Kehidupan adalah masing-masing namun hubungannya tetap terjaga. Situasinya adalah seperti destinasi Yang kami berdua kunjungi tidak lama lagi.

Adapun senjata ia digunakan untuk kebaikan dan kemudahan. Tapi itu tidak digalakkan. Kalau bangsa mereka menggunakan racun, ia tetap ada penawarnya. Terkadangnya segala sesuatu diciptapun ia adalah hanya untuk tujuan kebaikan. Manusia mencipta segala adalah untuk kepentingan diri mereka. Begitulah akhirnya isteriku menamatkan ceritanya.

"Saya ni kira jahat la awak? Saya ni kan manusia?" tanyaku terkilan mendengar kisah tadi. "Awak berbeza la sayang" balasnya menyedapkan hatiku. "Beza macam mana?" tanyaku lagi. "Nurani awak lebih suka hidup dengan alam semula jadi, gaya hidup sayang jauh lebih menyayangi alam" jelasnya. Sememangnya aku sangat menyukai keindahan semula jadi, sebab itulah aku suka berada di sungai. Dengan cara itu aku merasa lebih tenang, malah suka dengan cara hidup jadi nelayan.

"Setakat ini ramai tak manusia yang tembus ke alam ini?" tanyaku ingin tahu. "Menurut ayah, ramai juga sebenarnya dan mereka kebanyakannya tidak mahu balik ke dunia manusia, mereka akan menetap terus menjalani kehidupan di sini" jelas isteriku. Kalau dah kehidupan di sini lebih indah, mana mungkin orang menolaknya kecuali yang tidak mengerti.

Tidak berasa berjalan mendengar apa yang diceritakan oleh isteriku. Sangat melekakan. Tapi memang ada benarnya juga. Manusia memang seperti yang diceritakannya. Aku tidak dapat nafikan semua itu.

Kami sepertinya sudah sampai ke destinasi. Ada sebuah tembok putih seperti sebuah kota di hadapan kami berdua. Tiangnya dililit oleh akar pokok. Di sana juga kelihatan ramai orang yang berjalan sana-sini. Apakah tempat itu? 

Isteriku Siluman Ular IIWhere stories live. Discover now