Part 9: Gelak Sakan

245 9 0
                                    

Isteriku tidak memperdulikan ucapanku, dia terus mentertawakan aku. Wajahnya sangat gembira dan ceria. Kelembutannya nyaris hilang dek ketawa sakannya padaku. Lantak kau la sayang, asalkan kau gembira bisik hatiku yang sebenarnya puas menyaksikan dia sangat ceria.

Aku yang rasa geram ditertawakannya mencari helah menghentikannya. Aku pegang kedua bahunya menghadapku. Aku tatap matanya. Dia membalas renunganku. Tapi, dia tetap tersengih-sengih menahan gelaknya. Amboi seronok sakan pula isteriku eh. Aku kekal menatap wajahnya dengan muka seriusku. Dia diam. Kejap saja, dia terus menyambung balik gelak tawanya. Tak tau aku apakah yang mengelikan hatinya sangat. Last-last aku biar dia gelak sorang-sorang. Biar dia puas gelak.

"Sayang, pandang sini" ujarnya. Aku lihat dia masih menahan gelak. Aku diam saja. "Sayang, pandang sini la" pujuknya. Aku masih diamkan diri. "Ala sayang, pandang muka sayang jap" ujarnya lagi. "Awak gelak la puas-puas dulu" balasku. Dia memandangku dengan muka seriusnya. Jangan bertukar jadi ular menyeramkan sudah. Dia merenung tepat ke mataku. Ditatapnya dalam-dalam. Aku terkebil-kebil memerhatikan telatahnya. Akhirnya dia gelak lagi.

Aduh, dia baru lepas layan ganja ke apa? Gelak sakan dari tadi. Wahal peristiwa punca dia gelak tu tidaklah lucu sangat. Biarlah dia gelak dulu. "Sayang, tak mau gelak dah ya sayang" pujuknya. "Ermmm" balasku mengehem saja. "Ala sayang, merajuk ya" ujarnya. "Mana ada merajuk, tunggu sayang habis gelak la" balasku. Dia merapatkan dirinya padaku, dan menyandarkan kepalanya di bahuku. Tangan kiriku digenggam kemas tangan kanannya. Eleh nak manja-manja pula. Tapi aku suka gak. Dia diam seketika, tiada bunyi gelak kedengaran.

"Awak sayang saya tak?" tanya si dia tiba-tiba. "Pehal pula tanya? Awak bacalah minda sayang" ujarku. "Dalam minda sayang tu tau dah, tapi nak dengar awak ucap keluar kat bibirla" ujarnya lagi. Ni la perempuan, tau kita memang sayang, kadang sengaja tanya lagi. Aku diam. Dia genggam tanganku lagi kuat.

"Ye la, sayang" balasku ringkas. "Macam tak ikhlas jer" ujarnya pula. "Ye la, sayang sangat sangat" balasku lagi. "Yang itu mengajuk jer" balasnya pula. Aduh, macamana nak jawab pula. "Ye saya sayang awak seorang selama-lamanya sampai bila-bila sampai tak habis-habis keturunan" ujarku memang sengaja. "Yang itu melampau" balasnya. "Habis tu yang macam mana sayang nak?" tanyaku.

"Sayang mahu yang ikhlas saja" ujarnya. Aku angkat dagunya supaya kami saling bertatapan. Dia mengamati wajahku. Aku tunggu saat matanya memandang tepat ke mata ku. Cun, cantik, pipi dia kemerahan. Dia senyap. "Sayang sangat menyayangi dan mencintai awak seadanya" ucapku seikhlasnya. Dia terkebil-kebil dan pipinya jelas kemerahan. 

Isteriku Siluman Ular IIWhere stories live. Discover now