Part 40: Perpisahan

295 11 3
                                    

Aku dan isteri ku telah pun sampai di rumah alam bunian. Aku masih membayangkan wajah ibu dan ayah di sana. Bagaimanakah keadaan ibu bila menyaksikan aku terbujur kaku di tempat tidurku? Aku sangat risau keadaan lebih-lebih lagi ibu, yang selalunya tidak dapat mengawal emosinya. Biarpun tampak garang, namun kasih sayangnya tidak pernah berbelah bagi tambahan pula aku hanya satu-satunya akan mereka.

Aku dan isteriku berbaring di bilik. Kesian pula aku lihat sang isteri, yang tidak ku layan. Aku masih melayan perasaan diriku. Dia tidak jauh dari ku, dia sentiasa mendampingiku. Terkadang aku lihat dia turut merasa sebak berempati dengan apa yang aku rasa. Malam itu sangat sukar untuk aku melelapkan mata. Rasa bersalah pada orang tua ku tak habis-habis membelenggu fikiranku.

"Sayang, memahami apa yang awak rasa, sayang juga rasa bersalah pada ayah dan ibu di sana, sayang mengambil keputusan ini demi saya" ujar isteriku meluahkan hatinya juga. Tatkala itu juga airmatanya menitis. "Tak mengapa sayang, ia sudah takdir kita, cuma sayang masih berduka tentang perpisahan dengan mereka" balasku. Bunyi cengkerik dan bunyi katak malam itu bagaikan turut sama menangis seperti kami berdua.

Malam tadi, aku tidak tahu bila masa mata aku terlelap dan tertidur. Aku terbangun, isteriku masih berada disebelahku membelai rambutku. Ditatapnya wajahku bersama senyuman manisnya. Namun, ia masih belum cukup untuk aku melupakan kesedihanku. Wajah ibu dan ayah masih segar di mindaku. Tidak berasa airmataku mengalir lagi di pagi itu. Isteriku memeluk dan mengusap belakangku untuk menenangkan kedukaan yang masih menguasaiku.

Apapun kesudahannya telah pun diputuskan. Aku sememangnya memilih untuk hidup bersama makhluk yang aku paling sayang dan aku cintai sepenuh hatiku. Dia adalah Nia, isteriku. Bukan bermakna aku tidak menyayangi orang tuaku. Lambat laun, pasti perpisahan ini akan terjadi jua. Lebih baik penyeksaan itu dirasakan sekarang. Biar perit, suatu keputusan harus dilakukan dan dilalui jua.

Aku cuba memesongkan mindaku. "Sayang lapar la" ujarku pada sang isteri. "Mari temankan sayang ke dapur, sayang sediakan sarapan" balas isteriku. Aku pun bingkas bangun dan mengosok gigiku. Kemudian aku ke ruang dapur. Aku memeluk isteriku dari belakang dia hanya membiarkan biarpun dia sedang menjirang air untuk kami berdua. "Mana ibu?" tanyaku kerana perasan ibu tiada di situ. "Ibu awal tadi dah ke kebunnya" balas isteriku.

Aku mendoakan diri ini terus bahagia di samping isteri tercinta. Mulai sekarang aku bukan lagi warga dunia manusia. Kerana di sana namaku hanya terpahat di kayu nisan. Aku telah meninggal di dunia sana, di sini adalah dunia baru bagiku. Makanya bermulah suatu episod baru dalam hidup ku bersama isteriku siluman ular.

Tamat...

Terima kasih kerana sudi membaca.

Kisah ini adalah rekaan semata-mata termasuklah nama wataknya. Ia tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Jika berlaku ia adalah suatu kebetulan semata-mata.

Isteriku Siluman Ular IIWhere stories live. Discover now