Sebuah persidangan telah diadakan pada malam yang sejuk kerana hujan yang lebat. Disebabkan semua orang suka melepak di rumah penulis bersama-sama kerja masing-masing di dalam sebuah bilik khas. Maka, semuanya terperangkap di sini. Terdapat juga isu berbangkit yang perlu diselesaikan. Jadi, inilah masa yang sesuai untuk bermesyuarat.
Perkataan 'ISU' ditulis besar-besar pada papan putih dan sengaja digunakan pen maker berwarna merah. Pada perkataan tersebut ditindih dengan perkataan lain menggunakan pen maker berwarna hitam, iaitu 'MENYEMAK'. Kemudian, si penulis itu duduk di tempatnya.
"Seperti biasa. Benda ni selalu berlaku dalam mana-mana cerita. Dan A.K.U paling banyak terjadi. Aron ..."
"Aik? Aku pula kena? Aku dah insaf la. KERANA AKU CINTA KAMU pun tak siap lagi. Buat apa aku nak menyemak dekat cerita orang lain?" Dia membangkang walhal ayat belum habis.
Si penulis mengeluh. "Aku belum habis cakap lagi la. Aron dikecualikan sebab dia dah ada kerja dia. Aku dapat aduan Prince kacau A.K.U : ALTER yang Hairie handle. Macam tak ada tempat lain je. Kerja remake cerita fantasi kau punya dah siap ke?"
Prince garu kepala dan menguap."Half. Bosan la. Apa salahnya. Bukan kacau bab seterusnya pun."
Zyhairie tenung Prince. "Kau tak faham perasaan aku. Malu la. Kau beritahu readers aku minta tolong Ana push rank macam aku gamer tak pro." Kritiknya.
"Realiti." Jawab Prince sepatah.
Sekali lagi si penulis berdiri dan padam papan putih. Sebaris ayat ditulis olehnya, iaitu 'A.K.U : MINI EPISODE'. "Ni cara terbaik untuk orang bosan selesaikan masalah. Kalau sesiapa bosan dan nak buat cerpen atau apa-apa pasal A.K.U. Sumbat je semua dalam ni. Hairie. Macam biasa buat cover. Dan buang bab tak penting dalam ALTER. Part Bray main game yang berlambak dalam tu. Kau masuk dalam ni. QnA A.K.U pun boleh masuk sini. Ada komen aku baca hari tu ada fan rindu RaSIS. Boleh la sesiapa rajin nak buat part dia."
Prince angkat tangan kanannya ke atas."Apa kata suruh Nameless tolong jawab soalan dari peminat RaSIS."
Zyhairie berbicara dalam nada perlahan. "Dia tu faham tulisan biasa ke? Aku tak pernah tengok dia tulis ABC. Nota dia tulis pun aku tak faham. Bahasa apa tah dia tulis."
"Aku baca faham je." Kata Prince.
"Sebab kau pun pelik macam dia." Kata Aron sambil makan coklat bar Cadbury tanpa melihat ke arah mereka berdua. Pandangannya tertumpu kepada Kage yang asyik mengemas bilik sejak hujan mula turun tadi. Mulutnya juga membebel seiring dengan tangannya yang sedang mengemas barang-barang.
"Dia ni tak penat membebel ke? Aku dengar dia bebel pun dah penat. Aku letak buku tu atas lantai jap je. Dia dah kutip. Lepas meeting ni aku simpan la. Alahai." Bicara hati Aron.
"Ada bantahan untuk penyelesaian ni?" Soal si penulis kepada mereka bertiga.
"Tak ada. Aku setuju." Kata Prince.
"Setuju." Sahut Aron dan Zyhairie.
"Bagus. Mesyuarat bersurai." Kata si penulis sebelum dia menuju ke arah komputer tibanya di atas meja kerjanya.
"Ana. Lain kali tak nak guna laptop tu tutup la bazir elektrik." Tiba-tiba dibebel oleh Kage sebaik sahaja dia tiba di meja kerjanya.
"10 minit je tinggal."
Kage memberi pandangan dingin kepada si penulis. "10 minit? Macam lebih je. Kau keluar bilik tadi pun aku tengok tak off laptop tu. Dah 30 minit."
Si penulis terdiam. "Aku lupa pula dia ni teliti dengan semua benda."
"Tadi aku dah kemas bilik kau. Buku-buku semua bersepah dalam bilik. Kemas la kalau tak nak guna. Tak akan aku nak tolong kemas hari-hari."
Si penulis tepuk dahi. "Dia masuk bilik aku lagi. Aku rasa aku dah lock tadi."
Nameless tiba-tiba sahaja merangkul leher Kage. "Buli Ana lagi la ni? Dah berapa kali abang pesan. Jangan suka hati masuk bilik perempuan. Kau ni nak jadi mama dia pula ke? Aku je boleh masuk bilik dia. Because I'm her future husband."
Kage ternganga. Pada masa yang sama bunyi buku terhempas di atas lantai. Masing-masing melihat ke arah Aron. Si adiknya pula melihat ke arah buku yang baru sahaja diserahkan kepada abangnya itu. Aron terkejut mendengar kata-kata Nameless tadi.
"Aaa... Sudah. Perang lagi." Kata Zyhairie sambil minum milo suam di meja yang sama mereka bermesyuarat tadi sambil melihat kejadian tersebut.
"Perang tiga segi." Kata Prince yang meletakkan kepalanya di atas meja sambil melihat ke arah mereka.
"Tolak Kage. Dia bukan berani pun gaduh dengan abang dia tu." kata seorang manusia yang tiba-tiba sahaja muncul di sebelah Prince .
Zyhairie melihat ke arah manusia berhud hitam itu. "Sejak bila kau ada dekat dalam bilik ni?"
"Dah lama ada. Aku baru je keluar dari bilik sebelah tu." Ditujuknya ke arah rak buku pada dinding.
"Langsung tak dengar bunyi. Dah macam mambang. Kalau la dia ni assassin macam Natalia dalam ML tu. Sah seram. Sedar-sedar je dah masuk neraka." Kritik Zyhairie dalam hati terhadap rakannya, Rahsiw.
"Hujan dah stop. Aku balik dulu." Kata Aron secara tiba-tiba sebelum keluar dari bilik tersebut.
Zack pula mengutip buku yang jatuh tadi. "Eh? Tunggu la." Kemudian, dia mengekor kembarnya itu.
Nameless pula tersengih. "Abang hensem dah lari. Merajuk la tu." Dia ketawa.
"Nameless. Menangis lagi anak orang tu kau buli." Kata Prince bersahaja. Hanya Prince yang berani bicara sesuka hati dengan Nameless berbanding orang lain selain si penulis.
"Tak apa. Esok aku pujuk. Bagi coklat." rangkulan dilepaskan.
"Ingat. Jangan masuk bilik dia sesuka hati lagi. Selama ni aku diam je. Tapi diam tak bermakna aku tak peduli." Bisiknya kepada telinga kiri Kage.
Prince hanya memerhati dan bagaikan mampu mendengar bicara mereka kerana dia mampu membaca gerak mulut seseorang walaupun dia si pemalas."Aku dah terbayang RaSIS berebut Enes dengan Erzen." Kata hati Prince.
Si penulis geleng kepala dan tutup komputer ribanya. "Hujan dah berhenti. Baliklah sebelum lebat lagi. Aku pun dah mengantuk. Rehsiw. Nanti tolong lock semua pintu. Aku masuk bilik dulu." Kata si penulis sebelum keluar dari bilik kerja.
Masing-masing melihat ke arah Rehsiw. "Macam mana Ana perasan dia sedangkan dia tak pandang Rehsiw langsung." Fikir mereka.
"Apa pandang-pandang? Tengok dengan mata hati la."
"Dia baca fikiran aku ke?" Reaksi mereka selepas mendengar kata-katanya.
Rehsiw bukan co-writer sebaliknya dia ialah pemberi idea untuk cerita seram. Sekaligus menjadi pengawal mistik tetapi itu bukan tugas dia. Tugas dia ialah untuk menjaga keamanan dalam bilik kerja ini jika sesuatu berlaku antara Nameless dan sesiapa sahaja jika Kage tidak dapat meredakan keadaan.
Itulah kisahnya kenapa wujud buku ini. Pada malam yang bosan dan penuh dengan perasan mengantuk ini, saya mulakan penulisan saya dahulu sebelum orang lain mulakan.
[Prince Sleepy Ash]
YOU ARE READING
A.K.U : MINI EPISOD
Mystery / ThrillerA.K.U : MINI EPISOD akan menjadi satu platform yang menarik peminat para pembaca untuk mengetahui kisah-kisah tambahan yang tiada dalam siri A.K.U yang lain. Para pembaca juga boleh mengajukan soalan kepada para watak yang terlibat dalam aku melalui...