"Wey, aku dengar budak tiga orang tu akan wakilkan sekolah kita." Ujar Mawar, gadis yang berkaca mata bulat itu. Topik hangat itu memecahkan suasana sunyi antara mereka bertiga.
"Wakilkan sekolah? Untuk apa?" tanya Mila ataupun nama penuhnya Tengku Shamila, sambil menyedut minuman jenama Tealive miliknya.
"Wakilkan sekolah untuk sukan."
"Bila? Dekat mana? Berapa lama?" soal Hana pula. Dia yang sedari tadi khusyuk membelek iPhonenya. Maklumlah telefon baru, kalau lama dah lama dia menyampuk.
"Esok. Rasanya dekat German dalam tempoh tujuh bulan. And ada budak baru pindah." Kata Mawar, menarik tumpuan dua orang kawannya.
"Ada budak baru pindah? Lelaki ke perempuan?" tanya Mila, bersemangat.
Seharusnya semangat kerana kalau budak baru itu adalah perempuan, secara automatik budak itu akan menjadi rivalnya. Kalau lelaki pula, bolehlah dijadikan boyfriend.
"Lelaki!" jawab Mawar dengan teruja. Mujur suaranya masih mampu dikawal kalau tidak malu mereka.
"Yes!" sahut Mila dan Hana dalam suara tertahan. Nak menjerit malu.
Tak sabar rasanya nak berjumpa dengan pelajar lelaki baharu tu. Mesti handsome!
.
.
.Adelyn's House
"Adel, semua dah siap packing?" tanya Puan Mariam yang berdiri di tepi katil anak perempuannya itu.
"Dah mommy, tunggu terbang ke langit je ni." Jawab Adelyne bergurau sambil melukirkan senyuman kepada wanita yang lemah lembut itu.
"Mesti mommy akan rindukan anak dara mommy ni nanti." Ujar Puan Mariam sambil melabuhkan duduk disebelah Adelyn.
"Ala mommy ni, anak teruna mommykan ada."
Belum sempat Adelyn membalas, kedengaran suara sumbang yang sudah menjawab di hadapan muka pintu bilik gadis itu.
"Teruna ke kau bang." Usik Adelyn kepada abang sulungnya ataupun satu-satunya abang yang dia ada, Syed Ezekiel Haqime.
"Hey! I dara tau bukan teruna." Ezekiel berlakon seolah-olah dia merupakan seorang perempuan sambil berjalan lenggang-lenggok mendekati ibu dan adiknya.
"Eee... gelilah." Adelyn menolak bahu Ezekiel apabila Ezekiel semakin dekat dengannya.
Terus sahaja suasana bilik Adelyn yang sunyi tadi bertukar bising dengan ketawa daripada gabungan mereka bertiga.
"Amboi anak-beranak ni, dah lupa daddy ke?" tanya Syed Adrian di hadapan muka pintu.
"Mana boleh lupa daddy. Daddylah ATM bergerak Adel." Usik Adelyn sambil berlari memeluk ayahnya.
"Dasar anak mata duitan." Jerit Syed Adrian sebelum mengeletek anak keduanya.
Bilik itu bergema dengan gelak tawa anak-beranak itu. Lepas ini, Adelyn sudah pergi jauh selama 7 bulan tak dapat merasa kegembiraan begini.
.
.
.KLIA 2
"Bye mommy, daddy." Ujar Adelyn sambil memeluk ibu bapanya sebelum melangkah masuk.
"Bye. Hati-hati. Kalau ada apa-apa terus call mommy." Pesan Puan Mariam kepada anaknya.
"Baik mommy, kalau Adel tak ada duit mommy tolong mintakan dengan daddy." Jawab Adelyn dalam pada masa yang sama dia cuba mengusik ayahnya.
"Ish dia ni, daddy botaklah nanti dah tak handsome."
"Tak apa, mommy ada." Jawab Adelyn dalam ketawa kecil.
"Assalammualaikum, aunty," sapa Zulaika dan Diyana serentak sesudah mereka mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga masing-masing.
"Kamu pun jaga diri tau Zulaika, Diyana. Hati-hati dekat negara orang." Zulaika dan Diana turut terkena tempias pesanan suara secara langsung Puan Mariam.
"Baik aunty, kami masuk dulu ya. Sebab dah panggilan akhir ni." Zulaika meminta diri, lantas ketiga gadis itu mengucup salam tangan Puan Mariam. Lalu, mereka berlari anak masuk ke bahagian check-in.
Lambaian terakhir diberi sebelum mereka menghilang disebalik kerumunan orang yang ramai itu. Puan Mariam tiba-tiba berasa sebak, diseka air mata yang mengalir secara sengaja. Syed Adrian memeluk bahu isterinya, diusap lembut. Dia tahu yang isterinya sedih, dia pun begitu tapi Adelyn ada misi yang harus dijalankan.
YOU ARE READING
Ismael Isabelle
Romance✨ Karya Pertama : @Desyal_ ✨ Hasil Idea bersama : @AcikFairuz ___________________________________________ Perebutan kuasa VPO terbaik antara Kings dan Pheonix membuatkan dua kumpulan ini sering bergaduh setiap kali mereka bersemuka sehingga pening...