Luth, Iqmal dan Dinie yang tiada selera untuk menjamu di kantin itu bergerak ke bilik pengawas yang tidak terletak jauh dari kawasan kantin sekolah.
Namun, sebaik sahaja dia sampai di hadapan muka pintu bilik itu, dia ternampak Adelyn sudah mengangkat tangan mahu menampar Shamila.
"Adelyn !" Luth terus sahaja menjerit memanggil nama Adelyn apabila dia melihat pipi Shamila ditampar oleh gadis beku itu.
"What ?" Tanya Adelyn dengan nada menengking apabila Luth memanggil namanya. Matanya memandang wajah Luth dengan tajam namun itu tidak sama sekali mampu mengentarkan Luth.
"Yang kau tampar dia kenapa ?" Tanya Luth apabila dia sudah berada di hadapan Adelyn.
"Sebab dia tampar aku." Jawab Adelyn dengan matanya dijulingkan ke atas.
"Aku tak nampak pun yang Shamila tampar kau ? Yang aku nampak kau yang tampar dia." Balas Luth walaupun dia melihat keadaan Adelyn lebih kusut berbanding Shamila.
"Kau, kalau tak tahu pangkal cerita tak payahlah nak menyibuk." Amarah Adelyn sebelum bergerak keluar dari bilik pengawas itu. Panas.
"Adelyn, dimerit 10." Ujar Luth. Pengawas tak pengawas, buat salah tindakan tetap kena ambil.
" Luth ! Kau tak boleh buat keputusan melulu." Marah Iqmal dan Dinie yang berdiri di sisi Luth sedari tadi.
"What ? Sepuluh ?" Jerit Adelyn terkejut apabila mendengar kata-kata Luth. Langkahnya juga turut terhenti.
"Luth, kau terlalu melulu." Tegur Zulaika yang berada di dalam bilik itu dengan suara perlahan.
Dia bimbang Adelyn akan menjadi lebih badmood dengan tindakan Luth Ismael itu.
"Senyap Zulaika. Kau ada dalam bilik ni tapi kau tak hentikan Adelyn pun." Luth menyerang Zulaika pula.
"Kenapa, kau nak dimerit aku juga ? Go on Luth. Dasar orang gila. Buat keputusan melulu." Bentak Zulaika sebelum menarik lengan Adelyn keluar dari bilik itu.
Kita tegur dia, kita pula yang disalahkan. Dasar egois.
Kerja yang sepatutnya dibuat oleh Adelyn menjadi tertangguh sehingga menyebabkan Adelyn mengeluh.
"Aih, kerja aku tertangguh pula." Keluh Adelyn sambil mengemaskan rambutnya yang kusut-masai itu.
Tunggulah perempuan tu. Aku buang dia !
"Argh kau ni, kerja tu buat dekat rumah je. Nanti balik kita ambil." Zulaika menjawab sambil mendudukkan Adelyn di salah satu bangku sekolah.
"Kau tunggu sini, aku pergi bilik rawatan." Ujar Zulaika sebelum berlari menuju ke bilik rawatan untuk mengambil ais.
Sementara itu, di bilik pengawas masih lagi berdirinya Shamila dan Luth.
"You, sakit pipi I." Adu Shamila sambil mendekatkan diri ke arah Luth.
"Nanti pergi bilik rawatan, tuam pipi tu. Aku keluar dulu." Luth terus keluar dari ruangan tersebut. Shamila terus menghentak kakinya sambil menuruti langkah Luth.
"Bukannya nak tolong." Bisik Shamila.
.
.
.
.
.Matapelajaran Bahasa Melayu merupakan subjek terakhir mereka pada hari itu, namun itu semua terjeda apabila terdapat satu pengumuman yang dibuat dari pejabat sekolah.
"Perhatian kepada Engku Luth Ismael, Wan Iqmal Tamrin, Tengku Dinie Azfar, Raja Shamila, Syarifah Adelyn Issabelle, Puteri Indah Zulaika dan Nik Diyana, sila berkumpul di bilik gerakan pada jam 2:50 petang."
YOU ARE READING
Ismael Isabelle
Romance✨ Karya Pertama : @Desyal_ ✨ Hasil Idea bersama : @AcikFairuz ___________________________________________ Perebutan kuasa VPO terbaik antara Kings dan Pheonix membuatkan dua kumpulan ini sering bergaduh setiap kali mereka bersemuka sehingga pening...