-BAB 17-

7 1 2
                                    

Perkarangan sekolah yang damai pada pagi itu menyenangkan hati Adelyn yang sudah pun melaporkan diri pada hari semalam.

"Ya Allah, kalau hari-hari macam ini, aku rela datang sekolah." Bisik Adelyn sambil bergerak keluar dari pintu keretannya.

"Eh, Adel. Morning." Tegur Iqmal yang berada di sebelah parkir kereta Adelyn.

"Morning. Mana member kau yang lain ?" Tanya Adelyn apabila dia tidak melihat kereta Luth mahupun kereta milik Dinie.

"Diorang naik motor. Aku je yang bawa kereta." Jawab Iqmal sambil mengambil beg galasnya yang diletakkan di kerusi belakang.

Vroom... vroom...

"Panjang umur diorang." Ujar Iqmal kepada Adelyn yang sedang membetulkan rambutnya.

"Mana cewek lagi dua orang tu ?" Iqmal bertanya apabila kelibat sahabat Adelyn tiada di ruangan parkir.

"Diorang ada tournament dekat Beijing. Tinggal aku seorang je." Jawab Adelyn. Beg galas hitamnya diletakkan diatas bahu sebelum kereta dikunci.

"By the way, congrats sebab dapat halau Hakim and the gang dari sekolah." Ucap Iqmal sambil berjalan beriringan dengan Adelyn.

"Bukan dapat halau je, dapat saman juga." Sambung Adelyn sambil disambut oleh ketawa.

"Ye do."

"Amboi, pagi-pagi dah ketawa." Luth menyampuk perbualan Adelyn dan Iqmal.

"Sibuk sajalah kau ni." Iqmal menjeling sebelum bersalam acah brotherhood dengan Luth dan juga Dinie.

"Eh kau. Elok girlfriend kau balik, aku report." Ugut Dinie sambil meletakkan helmet di atas cermin.

"Argh kau, jealous je kerja."

"Eh eh, bila official ?" Tanya Adelyn yang masih lagi benggong apabila mendengar perkataan girlfriend.

Ni mesti lama sangat aku cuti sekolah ni.

"By the way, bila kawan-kawan kau balik ?" Luth bertanya sebaik sahaja beg sekolah disangkut di atas bahu lebarnya.

"Tournament dia esok, maybe minggu depanlah kut diorang masuk sekolah. Cuti lebih."

Adelyn menjawab sebelum melangkah menuju ke dewan di mana perhimpunan pagi akan berlangsung.

Luth hanya mengangkat bahu sebelum mengekori langkah Adelyn.

.
.
.
.
.

"Eh eh."

Daya tarikan dari arah kiri Adelyn menyebabkan gadis itu terkejut sebelum berpaling ke arah insan yang menariknya.

"Sharmila." Bisik Adelyn perlahan.

"Hye, lama tak jumpa." Sapa Sharmila ramah dengan senyuman sinis yang terukir di wajahnya.

"Astu, awak nak kita buat apa." Jawab Adelyn sambil memeluk tubuh.

Tak kuasalah nak melayan dia punya sinis. Aku ada banyak lagi kerja.

"Kau."

"Cow, cow, nantilah aku minta bonda belikan lembu untuk kau. Bosan tahu tak dengan kamu sebut cow." Sampuk Adelyn sebelum sempat Shamila menghabiskan ayatnya.

"Kau ni lepas kena dengan geng Hakim terus jadi biul eh."

"Kau nak apa ? Aku nak masuk kelas ni. Nak belajar."

Ismael Isabelle Where stories live. Discover now