Selepas selesai majlis hari jadi Haidi, Adelyn terus pulang ke rumah sewanya kerana esok sudah mula bersekolah.
"... okay itu sahaja daripada saya. Semua pelajar sila bergerak ke kelas masing-masing."
Tepukan pada paha Adelyn yang dibuat oleh Diyana mengejutkan Adelyn yang sedang termenung sepanjang perucapan Hajah Mazmai.
Cakap saja 'sila sampaikan dua tiga patah' tapi bila dapat microphone, beribu patah dia sembur.
"Kenapa wei ?" Tanya Adelyn kepada Diyana yang berada disebelahnya. Kelihatan Zulaika sudah tiada, mungkin dia pergi mengawal pergerakan pelajar untuk masuk ke kelas.
"Jomlah masuk kelas, kau nak bertapa dalam dewan ni berapa lama." Ajak Diyana sebelum dia bergerak keluar dari dewan itu. Adelyn terus mengibas kainnya sebelum mengikuti langkah Diyana.
"Kenapa kau termenung tadi ?" Tanya Diyana apabila Adelyn sudah berjalan seiring dengannya. Bukan dia tidak perasan, pulang sahaja daripada rumah keluarga Adelyn, Adelyn terus berubah menjadi pendiam.
"Tak ada apalah." Balas Adelyn perlahan. Kelas mereka dihampiri. Sebaik sahaja Adelyn dan Diyana masuk ke dalam kelas, kelihatan Zulaika sudah pun sampai.
"Ehem. Adel." Panggil suara dari arah depan meja Adelyn. Adelyn terus mengangkat kepala untuk melihat gerangan yang memanggilnya.
Kelihatan Luth sudah pun menongkah dagu di atas meja Adelyn. Mujur Shamila masih menjalani hukuman gantung sekolah, tak adalah minah itu mahu membuang tantrum dia.
"Apa." Tanya Adelyn sepatah tanpa perasaan itu.
"I just want to say sorry." Ujar Luth sambil memandang mata kuyu Adelyn.
"Why ? Did you made a mistake ?" Tanya Adelyn kehairanan.
"That day, dekat volley ball. Aku yang servis bola sampai terkena kau." Jujur Luth.
"Tak apalah, tak sengaja. Lagipun salah aku sebab aku ada dekat situ." Balas Adelyn sambil matanya cuba memerhati keadaan kelas.
"No. Benda tu sengaja. Aku sengaja serve bola kuat, supaya kau akan terkejut. Tapi tak sangka pula sampai terkena badan kau." Bantah Luth apabila mendengar balasan Adelyn.
"It's okaylah Luth, aku tak kisah pun." Jawab Adelyn perlahan.
Dia malas mahu membesarkan perkara kecil kerana ada lagi masalah besar yang perlu dia selesaikan.
Hakim.
Lelaki yang sering membuat masalah kepada sekolah dengan masalah ponteng kelas dan merokok.
"Wei Zu, Diyana, Adelyn, kita bertugas berenamkan hari ini ?" Tanya Iqmal yang sudah meletakkan tangannya di atas meja Zulaika.
Zulaika terus menolak lengan Iqmal dengan menggunakan buku tebal kimianya. Jangan masuk kawasan aku.
"Ha'ah. Aku dengan Dinie akan ronda kawasan sukan." Jawab Diyana yang sudah pun bersedia untuk belajar.
"Kau dengan aku dekat bangunan tingkatan empatkan ?" Iqmal bertanya kepada Zulaika. Zulaika hanya mengganggukkan kepalanya.
Nak tidur, semalam tak cukup tidur.
"Err... korang berdua kena jaga bangunan lama. Sebab Hakim and gang selalu melepak dekat situ." Ujar Iqmal dengan teragak-agak.
"Hakim ? Okay." Ujar Adelyn bersemangat.
Siaplah kau Hakim.
"Kau jangan nak buat benda pelik Adel." Zulaika menegur Adelyn dengan suara tegas.

YOU ARE READING
Ismael Isabelle
Romance✨ Karya Pertama : @Desyal_ ✨ Hasil Idea bersama : @AcikFairuz ___________________________________________ Perebutan kuasa VPO terbaik antara Kings dan Pheonix membuatkan dua kumpulan ini sering bergaduh setiap kali mereka bersemuka sehingga pening...