-BAB 18-

7 1 3
                                    

Kini seminggu berlalu dan mereka sudah pun selesai menjawab exam mereka dan sudah tiba masanya untuk bercuti.

"Yeay ! Finally, aku boleh berehat." Jerit Zulaika yang sudah pun menyandar pada sisi keretanya.

"Nanti rindulah aku dengan pakwe aku." Bisik Diyana perlahan sambil memeluk beg sekolahnya.

Adelyn hanya menjulingkan mata ke atas sebelum membuka pintu kereta dan meletakkan segala beban di tubuhnya di atas seat itu.

"By the way guys, aku pergi dengan Japheth, so korang nak follow kitorang ke macam mana ?" Tanya Adelyn yang sudah duduk di kerusi penumpang dengan pintu yang terbuka.

"Eh, kau tak tahu lagi ke ? Japheth ajak Luth, Dinie dengan Iqmal." Tanya Zulaika yang sudah melabuhkan duduk di kerusi pemandu kereta yang diparkir bersebelahan dengan kereta Adelyn.

"What ?" Jerit Diyana dengan muka terkejut. Adelyn hanya memandang riak gadis itu dengan muka yang menyampah sebelum memalingkan muka memandang ke arah Zulaika.

"Seriouslah ? Aduh Japheth ni." Rengus Adelyn lalu menyandarkan tubuhnya.

Diyana yang sedari tadi murung kerana akan berjauhan dengan kekasih hatinya terus berubah menjadi ceria.

Manakala, Zulaika yang tadinya ceria terus bertukar riak wajah.

"Adakah aku sepatutnya jadikan ini sebuah rahsia ?" Tanya Zulaika perlahan. Adelyn terus mengelengkan kepalanya.

"Jomlah balik, aku nak kemas baju lagi ni. Eh berapa hari kita dekat rumah Opah ?" Tanya Diyana yang sudah pun teruja untuk pulang.

Teruja sebab boleh bercuti dengan kekasih hati.

"Japheth cakap dalam 3 hari 2 malam lepastu dia nak pergi singgah ke Terengganu sekejap, so total dalam 4 hari 3 malam kot." Adelyn menjawab tenang sebelum membetulkan skirtnya yang kedut sebelum bergerak ke ruangan pemandu.

"Balik rumahlah kita bincang. Aku lapar ni." Zulaika bersuara sebelum mereka bertiga berpisah dengan kereta masing-masing.

By the way, mereka bertiga membawa kereta masing-masing hari ini kerana Zulaika dan Diyana pulang tidur di rumah ibu bapa mereka semalam kerana ada perjumpaan keluarga katanya.

.
.
.

"Japheth." Adelyn terus menyeru nama Japheth sebaik sahaja panggilannya dijawab oleh jejaka itu.

"Ya Adel, kenapa ?" Tanya Japheth yang sedang lagi mengemas pakaiannya. Tapi nak kemas apa ? Empat hari je pergi sana.

"Kenapa kau ajak Luth, Iqmal dengan Dinie ? Kau kata nak ajak kawan-kawan kau je." Tanpa bersimpang-siur, terus sahaja Adelyn menyoal Japheth.

"Lah, diorangkan kawan aku juga. Sebab tulah aku ajak. Tapi tapi, siapa yang bagitahu kau ni ?" Tanya Japheth kepada Adelyn.

"Iqmal bagitahu Zu, Zu bagitahu aku." Jawab Adelyn sambil berfikir untuk mengemas barang apa lagi.

"Eei mamat ni, tunggulah dia." Rungut Japheth yang berada di talian.

"Nanti nak pergi Terengganu berapa hari ? Sebab aku cakap 2 hari saja pergi sana." Adelyn bertanyakan soalan lain apabila soalannya yang tadi sudah terjawab.

"Dua hari cukuplah kut. Sebab kita bukan nak pergi mana pun." Japheth menjawab dengan nada selamba.

"Tapi aku nak main pantai. Tapi tak apalah." Ujar Adelyn yang sudah pun bergerak untuk mencapai barangan miliknya.

Tok..tok..tok..

Wajah Zulaika terjengul di balik muka pintu apabila Adelyn menyahut dari dalam.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 14, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ismael Isabelle Where stories live. Discover now