Sejurus mereka sekeluarga sampai ke rumah terus sahaja mereka berkumpul di ruang tamu sementara Adelyn menghantar Haidi ke bilik tidurnya dan Puan Mariam pula ke dapur untuk menghidangkan air bagi keluarganya.
Si cenonet tu taknak berenggang dengan Adelyn.
"Okay jom bincang tentang hari jadi Haidi pula." Puan Mariam berkata selepas menghidangkan air sejuk di atas meja.
Ezekiel yang mendengar arahan ibunya terus membuka memo untuk mencatat semua yang akan dibincangkan oleh mereka.
"Kek dengan manisan, Adel nak buat." Adelyn bersuara sebaik sahaja dia menyertai perbincangan keluarga itu.
"Makanan untuk tetamu,abang dah buat tempahan dengan catering yang selalu kita gunalah. Senang pun senang." Cadang Encik Adrian pula. Puan Mariam hanya menganggukkan kepalanya tanda bersetuju.
"Ez jemput tetamu. Mommy nak jemput berapa orang ?" Tanya Ezekiel pula.
"Dalam seribu pun dah cukup. Daddy kamu boleh jemput pekerja dia, kitakan buat makan-makan." Balas Puan Mariam pula.
"Okaylah kalau macam itu. Decoration esok Adel keluar pergi cari, abang kawan-kawan aku pun datang esok." Jawab Adelyn sambil sempat menyelitkan pesanan kepada Ezekiel.
Ezekiel terus mengangguk dan tangannya laju menaip apa yang perlu dibuat esok.
.
.
.
.
."Mommy, jam sepuluh nanti Adel nak keluar, nak beli barang untuk memasak dengan decoration." Adelyn memberitahu Puan Mariam tentang jadualnya pada hari itu.
"Okay." Jawab Puan Mariam pendek. Haidi yang sedang menikmati sarapan itu hanya memandang ke arah kakaknya yang sedari tadi menikmati nasi lemak yang dibuat Puan Mariam.
"Iyalah, kau ikut." Ujar Adelyn secara tiba-tiba. Bukan dia tidak perasan akan pandangan Haidi yang seperti mahu makan penampar dia.
Haidi yang mendengar kata-kata kakaknya terus tersenyum lebar. Dengan kadar segera dia membawa pinggan yang sudah bersih itu ke dapur sebelum berlari ke bilik untuk bersiap.
Jarang Adelyn nak bawa dia keluar.
"Kamu nak pergi dengan siapa ? Kereta kamu bukan dekat rumah sana ke ?" Tanya Encik Adrian kepada anaknya.
"Ha'ahlah, lupa pula. Nak ajak abang, abang ada kelas." Jawab Adelyn sambil tangannya naik menggaru kening.
"Nah." Encik Adrian menghulurkan sesuatu secara tiba-tiba.
"Apa ni daddy ?" Kunci yang diberi oleh Encik Adrian diambil sambil dibelek perlahan.
"Are you serious daddy ?" Tanya Adelyn teruja. Melihat anggukkan daripada sang ayah membuatkan dia terus berlari keluar rumah dan pergi ke tempat menyimpan kereta.
Ouh My God ! My baby Bentley is here !
Kereta yang berwarna hitam yang berada di bawah porch itu di dekati.
Bentayga V8 Design Series is here ! My baby, my baby, my baby !
Setelah Adelyn puas mencium kereta itu, terus sahaja dia berlari kembali ke dalam rumah.
"Dankeschön papa, Ich liebe es." Ujar Adelyn gembira sambil memeluk ayahnya. Pipi ayahnya dicium berkali-kali sebelum pinggan yang ditinggalkan di atas meja dibawa ke dapur sebelum dia berlari untuk bersiap.
"Haidi, faster !" Jerit Adelyn yang sudah keluar dari biliknya.
Adelyn hanya mengayakan crop tee putihnya dengan seluar jeans biru sebelum bergerak ke ruang tamu untuk menunggu Haidi bersiap.
YOU ARE READING
Ismael Isabelle
Romance✨ Karya Pertama : @Desyal_ ✨ Hasil Idea bersama : @AcikFairuz ___________________________________________ Perebutan kuasa VPO terbaik antara Kings dan Pheonix membuatkan dua kumpulan ini sering bergaduh setiap kali mereka bersemuka sehingga pening...