Tidur Adelyn terganggu apabila bunyi ketukan di pintu biliknya.
"Aduh mommy ni, tuam jelah belakang. Tak payahlah ketuk-ketuk pintu." Rungut Adelyn sambil menarik duvet sehingga menutup kepalanya.
Pintu yang tidak di kunci oleh Japheth selepas meninggalkan gadis itu tidur semalam di buka Haidi secara perlahan-lahan.
"Kak Adel !" Haidi melompat ke atas belakang Adelyn yang berbalut duvet itu.
"Mommy !" Jeritan yang amat kuat diselangi dengan tangisan itu membuatkan semua yang bersarapan di meja makan berlari menuju ke bilik Adelyn.
Kelihatan Haidi masih lagi tidak turun daripada belakang Adelyn membuatkan tangisan Adelyn menjadi semakin kuat apabila berat adiknya semakin kian terasa.
"Ya Allah Haidi, kenapa duduk atas belakang kakak kamu." Marah Puan Mariam sambil menarik Haidi turun daripada Adelyn.
Japheth dan Ezekiel pula terus bergerak ke arah Adelyn yang sudah menangis teresak-esak itu.
"Aku bunuh kau kang !" Marah Adelyn sambil memandang Haidi yang sudah memeluk tubuh Puan Mariam.
Dahlah baru bangun tidur, tiba-tiba kena henyak pula tempat lebam aku. Memang cari nahas betul budak cenonet ni.
"Sorry Kak Adel." Ujar Haidi sambil mendekati tubuh Adelyn yang sudah merah menahan sakit. Sesekali air mata kakaknya itu mengalir di pipi merah Adelyn itu diseka.
"Dahlah Adel, pergi mandi kejap lagi kita nak keluar pula." Japheth memotong apabila melihat Adelyn mahu berbalas mulut dengan adiknya.
Terus duvet yang tebal itu diselak sebelum melangkah ke bilik air.
Sejurus itu, kesemua yang ada di situ turun semula ke ruangan makan keluarga apabila melihat Adelyn sudah menghilang di sebalik pintu bilik air tersebut.
"Kenapa lompat atas kakak ?" Marah Encik Adrian sebaik sahaja Haidi duduk di kerusinya.
"Hud nak kejutkan Kak Adel. Hud ketuk pintu akak tak bangun, Hud masuklah. Selama ini Hud buat macam tu kakak tak marah pun." Jawab Haidi sambil jarinya dimainkan di hujung baju.
"Itu sebab kakak tak sakit, kan semalam mommy dah pesan, kakak sakit belakang, yang kamu lompat atas belakang kakak tu kenapa ?" Puan Mariam menyampuk pula.
"Iya ke ? Mommy ada cakap ke ?" Tanya Haidi sambil kepalanya terteleng memandang ke arah ibunya.
Ezekiel dan Japheth yang mahu ketawa itu terpaksa menahan kerana situasi di meja makan itu semakin tegang.
Sesudah selesai membersihkan diri, Adelyn terus turun ke meja makan di mana keluarganya berada.
"Macam mana nak ingat kalau hari-hari makan semut." Sindir Adelyn sambil mengambil tempat duduk di sebelah Japheth.
"Mommy letak semut dalam makanan Hud ?" Tanya Haidi dengan mata yang terbuntang luas.
Yakss, makan semut. Sampai hati mommy.
Japheth dan Ezekiel yang sedari tadi menahan tawa akhirnya terhambur keluar semuanya. Perut mereka dipegang kerana lawak adiknya yang tidak pernah tak jadi itu.
Adelyn hanya menggelengkan kepala sebelum mengambil makanan yang terhidang di atas meja.
Biarkan diorang ketawa sampai mampus. Sebelum aku ikut sekali baik aku makan.
Encik Adrian dan Puan Mariam hanya menggelengkan kepala mereka sebelum menyambung makan. Soalan Haidi di biarkan sepi kerana malas mereka mahu menjawab.

YOU ARE READING
Ismael Isabelle
Romance✨ Karya Pertama : @Desyal_ ✨ Hasil Idea bersama : @AcikFairuz ___________________________________________ Perebutan kuasa VPO terbaik antara Kings dan Pheonix membuatkan dua kumpulan ini sering bergaduh setiap kali mereka bersemuka sehingga pening...