Suasana petang Khamis itu bertukar huru-hara apabila jeritan Diyana bergema diserata ruang rumah.
"Kenapa ini Diyana !" Jerit Zulaika sambil mengetuk pintu bilik Diyana. Laju sahaja dia keluar dari biliknya apabila dia mendengar jeritan kawannya.
"Aku lupa, hari ini aku adalah latihan memanah !" Jerit Diyana sebaik sahaja dia membuka pintu biliknya.
"Dah tu pergi jelah." Zulaika berkata sambil melepaskan nafas leganya.
"Malas. Lagi pun hari ini cikgu tak turun. Budak-budak gedik tu je yang nak berlatih." Balas Diyana sambil ketawa kecil dengan tangan memeluk tubuh.
"Dah tu yang kau menjerit macam nak beranak tu kenapa syaitan !" Jerit Zulaika sambil menarik-narik rambut perang Diyana itu.
Dia tak tahu ke sakitnya dada dia tadi sebaik sahaja mendengar jeritan Diyana.
"Aku terlupa. Hehe bye." Ujar Diyana sebelum pintu biliknya ditutup.
"Dasar budak tak cukup inci." Kutuk Zulaika sebelum menegur Adelyn yang sudah bersiap untuk keluar.
"Kau nak pergi mana ?" Tanya Zulaika sebaik sahaja memandang Adelyn yang sudah memakai singlet yang disarung kemeja kotak berwarna merah di atasnya dan dipadankan dengan seluar jeans putih yang sama warna dengan singletnya.
"Keluar. Kenapa Diyana menjerit tadi ?" Tanya Adelyn yang berhenti betul-betul di hujung tangga.
"Budak gila memang macam itu." Kutuk Zulaika selamba sebelum dia membuntuti langkah Adelyn yang melangkah turun tangga itu.
"Okaylah, aku keluar dulu, dinner pun dekat luar rasanya." Inform Adelyn sebelum kasut sportnya disarungkan di kaki yang sudah dipakainya stokin pendek.
"Okey, hati-hati." Sempat Zulaika berpesan sebelum kakinya melangkah ke arah televisyen.
Bunyi hon dari luar rumah itu sedikit pun tidak menganggu Zulaika yang sudah menonton cerita cina klasik kegemarannya.
Nissan GTR warna kuning milik Japheth didekati sebelum tubuh Adelyn menghilang disebalik kereta tersebut.
"Nak cari hadiah dekat mana ?" Tanya Adelyn kepada Japheth iaitu sepupu rapatnya yang sedang memandu.
"Pavillionlah, boleh cuci mata terus." Jawab Japheth dalam matanya fokus ke arah jalan.
iPhone milik Japheth diletakkan di hadapan muka lelaki itu sebelum skrin telefon dimainkan.
Aplikasi Instagram dibuka sebelum gambar mereka berdua diambil dan diupload dengan menggunakan akaun milik Japheth itu.
Sesudah itu, terus sahaja Adelyn menyimpan iPhone sepupunya semula.
"Sedap nenek kau je guna Instagram aku." Tegur Japheth sebaik sahaja kereta mereka berhenti kerana lampu isyarat merah.
"Bukan selalu, kau tak kesian ke sepupu kau yang cantik ni tapi tak ada boyfriend." Jawab Adelyn sambil tangannya menekan button untuk membuka tingkap.
"Pergilah kau. Bukan tak ada, tapi jual mahal." Balas Japheth sambil memandang ke arah Adelyn yang sedang melihat ke arah luar.
Baru sahaja Adelyn mahu menutup tingkap, tiba-tiba satu kereta berwarna silver berhenti tepat di sebelah kirinya.
Luth Ismael.
Luth yang masih tidak perasankan tentang Adelyn itu terus memandang ke arah kanannya apabila dia merasakan ada yang merenung wajahnya.
Sebaik sahaja Luth memandang ke arah Adelyn, dengan laju Adelyn menekan button untuk menutup semula cermin kereta Japheth.
Namun, mata Luth masih sempat menangkap figura yang berada di sebelah Adelyn itu.

YOU ARE READING
Ismael Isabelle
Romance✨ Karya Pertama : @Desyal_ ✨ Hasil Idea bersama : @AcikFairuz ___________________________________________ Perebutan kuasa VPO terbaik antara Kings dan Pheonix membuatkan dua kumpulan ini sering bergaduh setiap kali mereka bersemuka sehingga pening...