- BAB 6 -

14 3 2
                                    

Hari ini merupakan Hari Isnin dimana perhimpunan rasmi diadakan. Kelihatan semua pelajar dam guru sedang bersiap untuk kembali ke kelas kerana perhimpunan sudah pun tamat sebaik sahaja pengetua mengakhiri ucapan beliau.

Namun, belum sempat semua pelajar bangun, terdapat satu pengumuman yang dibuat oleh pengetua sendiri.

"Kepada Engku Luth Ismael, Wan Iqmal Tamrin, Tengku Dinie Azfar, Puteri Indah Zulaika, Nik Diyana dan Syarifah Adelyn Issabelle, sila berkumpul di bilik gerakan selepas perhimpunan ini."

Mendengar sahaja pengumuman itu, hati Luth sudah berdebar mengalahkan baru diconfess cintanya.

Pheonix dan Kings mula bergerak ke bilik gerakan dengan senyap.

Sebaik sahaja mereka berenam tiba di bilik gerakan, kelibat pengetua yang diturut serta oleh Encik Fazlee dan juga Encik Azimie itu menambahkan lagi debar di hati Luth.

"Okay duduk. Saya ada dua perkara untuk diberitahu kepada kamu berenam." Pengetua bersuara sebaik sahaja mereka berenam sudah melabuhkan duduknya.

"Yang pertama, tentang jawatan Engku Luth Ismael. Cadangan untuk memecat awak daripada Ketua Pengawas ditolak atas sebab-sebab tertentu. Jadi, awak akan kembali bertugas dengan serta-merta."

Ujaran pengetua itu tadi telah menghilangkan segala debar di hati Luth. Dengan penuh bangga, Luth memberikan senyuman sinis kepada Adelyn atas usahanya yang gagal untuk menjatuhkan dia.

Namun, itu semua sia-sia kerana Adelyn tidak sedikit pun menghiraukan tingkah laku Luth malah Adelyn lagi membalas senyuman sinis Luth dengan senyuman sinis yang lagi tajam.

"Perkara kedua pengetua ?" Tanya Zulaika dengan pen yang sudah berada ditangannya.

"Ha, yang kedua adalah tentang perkhemahan sekolah kita. Saya mencadangkan agar kamu berenam bekerjasama untuk menguruskan acara ini dari A-Z sepenuhnya bersama." Arah pengetua sambil menekankan perkataan hujung ayatnya.

"Sebagai contoh pengetua ? Atau kami perlu uruskan hal ini seperti tahun-tahun lalu ?" Tanya Zulaika kembali.

"Yes. Kamu semua akan uruskan semuanya seperti tahun-tahun lalu. Jadi saya tidak rasa yang kumpulan perempuan akan mempunyai sebarang masalah, kerana mereka sudah terbiasa menguruskan acara ini.

Tapi bagi kaum lelaki, saya cadangkan kamu turut sumbangkan idea kamu supaya perkhemahan kita tahun ini akan lebih lancar dan lebih ceria." Jawab pengetua sambil tersenyum manis.

"Amboi pengetua, macam kami sebelum ini uruskan perkhemahan dengan masam je." Usik Diyana yang sudah pun tertawa kecil.

"Sebelum ini, perkhemahan kita lebih kepada masam manis sahaja, tambahan lagi dengan mulut kamu Diyana." Balas pengetua yang juga menyelitkan sedikit gurauan kepada Diyana.

Diyana dan pengetua sudah pun ketawa bersama sedangkan mereka yang lain hanya tersenyum tipis.

Siaplah pengetua, aku suruh dia joget malam kebudayaan nanti.

"Okaylah itu sahaja saya rasa, jadi kamu semua boleh kembali ke kelas dan silalah berbincang ya. Saya putuskan agar perkhemahan kita dapat dilakukan sebelum peperiksaan percubaan." Pengetua sudah pun berdiri untuk kembali ke biliknya.

"Baik pengetua." Jawab mereka serentak sebelum melangkah keluar dari bilik itu.

"Huh, aku fikirkan kuasa perempuan tu lagi besar sampai boleh singkirkan aku, rupanya hampeh. Tak ada apa pun." Ejek Luth sebaik sahaja mereka berenam sudah berada di luar bilik gerakan.

Ismael Isabelle Where stories live. Discover now