Pagar utama yang tertutup rapat itu dibuka dengan menggunakan alat kawalan jauh sebelum kereta Adelyn memasuki ke dalam perkarangan rumah ibu bapanya.
Lamanya tak balik.
Sebaik sahaja dia membuka pintu kereta, Adelyn mendengar suara jeritan yang memanggil namanya.
"Kak Adel !"
"Hud hud !" Jerit Adelyn sambil berlari dengan tangan yang terdepa seakan mahu memeluk gadis berusia lima tahun itu, namun itu hanyalah gimik kerana Adelyn memeluk ibunya yang berada di muka pintu.
Syarifah Haidi Annabelle yang sudah terhenti lariannya memandang tajam ke arah Adelyn yang sedang memeluk Puan Mariam.
Sekejap lagi mulalah mulut kecil itu akan berbunyi mengalahkan burung.
"Apa Kak Adel ni ! Hud nak peluk dulu, bukan mommy." Bentak Haidi sambil melangkah mendekati Adelyn dengan berjalan menghentak kaki.
Benci ! Selalu kena tipu !
Adelyn yang baru mencabut kasut Nike yang dipakainya itu hanya ketawa kecil melihat telatah adik bongsu. Entah apa apa, nak kata kurang kasih sayang dah banyak dah dapat.
"Yela, meh sini nak peluk." Adelyn melutut sambil mendepakan tangannya buat sekian kalinya apabila Haidi sudah berdiri di hadapannya.
Sebaik sahaja Haidi mendekat, terus sahaja Adelyn membuka pintu rak kasut yang sememangnya berada di belakang Haidi.
"Sorry Hud. Lambat lagi aku nak peluk kau." Ujar Adelyn sebelum melangkah masuk ke dalam rumah dengan ketawa terbahak-bahak.
Puan Mariam yang melihat telatah dua beradik itu hanya tertawa kecil sebelum turut melangkah ke dapur.
"Apa ni ? Mommy ! Hud taknak kawan Kak Adel lagi." Haidi menghentak-hentak kakinya di lantai sambil melangkah masuk ke dalam rumah dengan mulut yang tak terhenti berkicau, eh membebel entah apa.
Kebetulan itu, Ezekiel sedang berjalan menuruni tangga melihat adik bongsunya membebel entah tahu butir perkataan itu menegur.
"Kenapa ni Hud ?" Tanya Ezekiel prihatin. Kesian melihat adik bongsunya yang bercakap sendirian itu. Kepala adiknya digosok lembut.
"Kak Adel tu, Hud nak peluk dia tapi dia peluk mommy lepastu bila Hud lari nak peluk dia lagi dia pergi simpan kasut lepastu dia lari masuk rumah." Adu Haidi sambil mendekati Ezekiel. Kaki panjang Ezekiel dipeluknya dari arah depan.
"Hoi, aku tak lari tau. Suka hati je cakap aku lari. Aku berjalan je tau." Sampuk Adelyn yang sedang berehat di atas sofa yang terdapat di ruangan tamu utama.
Penat.
"Suka hati Hudlah nak cakap lari ke nak cakap jalan ke nak cakap merangkak ke."
"Woi sister, bila balik." Ezekiel terus menolak kepala adiknya dan meninggalkan Haidi yang masih berleter itu.
"Ouh my another sister tak jadi, baru tadi sampai." Balas Adelyn sambil membalas pelukan abangnya.
Haidi yang ditinggalkan itu terus berhenti bercakap sebelum bergerak menghampiri abang dan kakaknya.
"Mana boleh ! Ni abang Hud ! Abang Ez pun sama suka tinggalkan Hud." Haidi menolak kaki abang dan kakaknya supaya menjauh antara satu sama lain.
"Bosanlah kau ni Hud." Ujar Adelyn sambil menjulingkan mata sebelum mengangkat Haidi dan memeluk kanak-kanak perempuan itu.
Selagi tak dipeluknya, selagi tulah dia memekak mengalah katak dalam tandas.

YOU ARE READING
Ismael Isabelle
Romance✨ Karya Pertama : @Desyal_ ✨ Hasil Idea bersama : @AcikFairuz ___________________________________________ Perebutan kuasa VPO terbaik antara Kings dan Pheonix membuatkan dua kumpulan ini sering bergaduh setiap kali mereka bersemuka sehingga pening...