" Appa— "
Jeon Dasha berlari kearah Jungkook dan memeluk tubuh itu . Jungkook membalas pelukan anaknya itu .
" Ermm . . "
Jeon Dasha meleraikan pelukan . Matanya meliar cari seseorang ." Kenapa sayang ? "
" Eomma mana ? "
Soalan Jeon Dasha membuatkan Jungkook diam seketika . Kemuadian dia senyum dan dukung anaknya itu .
" Eomma busy sayang .
Banyak kerja sekolah eomma kena siapkan "
Pipi Jeon Dasha dia kucup . Jeon Dasha dah sebek sedih . Baru nak jumpa eomma nya itu . Dah lama tak jumpa .Tatkala mahu menapak ke ruangtamu , langkah Jungkook terhenti apabila melihat Gayoung . Keduanya berpandangan . Puan Jeon turut ada di ruangtamu . Jungkook mengambil tempat di sofa muat untuk seorang . Jeon Dasha di duduk kan atas ribanya .
" Dasha . . naik atas dulu ya .
Ni perbincangan orang tua-tua "
Puan Jeon menyuruh lembut . Jeon Dasha angguk mengerti , turun dari riba Jungkook dan berjalan naik ke tingkat atas ." Nak bincang apa lagi eomma ? "
Tanya Jungkook seraya membetulkan duduk . " Dengar dulu apa yang Gayoung nak cakap "
Pinta Puan Jeon mahu Jungkook dengar apa yang akan Gayoung perjelaskan .Jungkook menanggapinya dengan raut wajah kosong . Dia melipat lengan kedada dan sandarkan badan .
" Ermm . . Saya datang ni bukan nak keruhkan lagi keadaan . Tapi saya perlu cakap benda ni . Sebab saya ambil berat kedua belah pihak . Adik saya , Jihyo dan juga Jungkook sendiri . Adik saya masih tak mampu nak lupakan San dan mengakhiri hubungan mereka . . "
Gayoung tunduk dan sengaja pamer raut wajah sedih .
" Saya minta maaf bagi pihak dia .
Sepatutnya hubungan itu diakhiri kerana dia sudah mempunyai suami . Tidak sanggup saya melihat adik saya sendiri dating dengan lelaki lain depan mata saya di sekolah sedangkan sudah ada suami di rumah . Perasaan bersalah saya menebal sebagai seorang kakak "
Gayoung menyambung lagi .Mendengarkan sahaja membuatkan hati Jungkook panas . Sedaya upaya menahan amarahnya .
" Kook , untuk apa lagi kamu mahu simpan dia ? dia sudah menduakan kamu . Eomma tahu kamu dah jatuh cinta dengan dia . Tapi apa kesudahannya kalau hanya kamu sorang yang cintakan dia ? eomma tak sanggup tengok anak eomma diperlakukan macam tu " Puan Jeon bersuara . Sebagai seorang ibu dia risau Jungkook semakin terluka .
" Habis tu eomma nak Kook buat apa ? "
" Ceraikan dia .
Itu sahaja jalan yang terbaik "Jungkook terdiam . Perkara yang paling susah dia nak buat . Walaupun marah , dia tetap susah mahu menceraikan Jihyo .
" Tapi eomma . . "
" Tapi apa lagi Kook ?
Dia dah curang dibelakang kamu . Nae , Kook dengan dia kahwin bukan diatas kehendak masing-masing . Tapi itu bukan alasan untuk dia ada hubungan dengan lelaki lain diluar sana . Kamu sendiri kata kamu cintakan dia . Apa hasilnya dari cinta kalau hanya dari pihak kamu sahaja ?
eomma tidak mahu kamu sakitkan hati sendiri simpan isteri seperti itu "
Puan Jeon memotong . Cukup tegas seperti selalu ." Lagipun , eomma tidak suka dia jadi eomma kepada Dasha . Dia tak mampu jadi isteri . Inikan pula nak jadi seorang eomma " Puan Jeon menyambung lagi . Cukup membuatkan Gayoung senang hati . Puan Jeon benar-benar termakan dengan setiap kata-kata nya .
++
Jihyo keluar dari sebuah kedai dan berhenti sekejap di kaki lima . Plastik berisi beberapa barang dapur dia letak sekejap . Walaupun marah akan dirinya , Jungkook tetap memberikan duit kepadanya untuk belanja termasuklah duit belanja sekolah .

YOU ARE READING
𝘿𝙖𝙙𝙙𝙮 | 𝙅𝙐𝙉𝙂𝙆𝙊𝙊𝙆 ✔︎
Фанфикshot your hearteu - daddy jeon . Jeon Jungkook seorang daddy muda berusia 25 tahun mempunyai seorang anak kecil bernama Jeon Dasha . Anak kecil yang berusia 9 tahun itu kehilangan mummy nya diusia yang sangat kecil . Mendiang isteri Jungkook iaitu J...