" Okay , pelajar semua saya perkenalkan ini Jeon Jungkook . CEO Jeon's Holding . Pasti kalian sudah mengenali kerana Encik Jungkook terkenal orangnya . Beliau datang kesini untuk project taman mini di sekolah kita "
Habis sahaja percakapan pengetua sekolah , para pelajar mula bersorak terutamanya pelajar perempuan . Jungkook naik keatas pentas untuk memberikan ucapan . Ketampanannya benar-benar memukau para pelajar perempuan ." Aish— handsome betul lah Encik Jungkook tu . . terpukau aku dibuatnya "
" Betul tu .
Dahlah kaya .
Handsome pula tu "Jihyo memutar bebola mata apabila mendengar soseh-soseh suara pelajar perempuan berhampirannya yang memuji Jungkook. Diorang tak tahu ke orang yang dorang tengah borak tu suami Song Jihyo ni . Geram Jihyo dibuatnya .
Tapi memang betul pun .
Manalah pelajar lain tahu Jungkook suami kepada Jihyo . Hanya San sahaja yang tahu tentang itu .Jihyo tunduk sahaja tidak tengok ke pentas . Hanya memasang telinga sahaja dengar ucapan Jungkook . Sesekali telinga yang dipasang dengar pelajar lain tidak henti-henti memuji Jungkook . Dah macam angau gayanya . Dengan gaya gedik pula tu .
Jungkook diatas pentas sesekali melihat kebawah cari Jihyo . Pelajar ramai dan semuanya berdiri , itu yang membuatkan dia susah nak nampak Jihyo . Kadangkala Jungkook tersenyum apabila pelajar perempuan melambai dan tersengih-sengih kepadanya .
Selesai memberikan ucapan , Jungkook tidak terus keluar dari dewan . Hal ini kerana , dia turun sahaja dari pentas . . pelajar perempuan terus meluru kearahnya untuk bergambar . Dah serupa artis gayanya.
Jihyo yang belum keluar melihat kearah mereka . Raut wajah Jihyo jelas tidak suka dengan keadaan itu . Dahlah mengedik dan sengaja nak rapat dengan Jungkook . Jihyo ketap gigi geram .
" Aish— "
Jihyo mendecit geram .
Dia angkat kaki dan melangkah keluar dari dewan . Kebetulan Jungkook toleh dan lihat Jihyo keluar dari dewan . Tak fokus dia nak layan peminat dibuatnya apabila sudah nampak kelibat kesayangan ." Ish— gedik "
Jihyo duduk di tangga padang dengan muka tak puas hati .
San yang kebetulan berada di padang berlari anak kearah Jihyo .
" Dah habis ke ? "
Tanya San . Hanya di balas anggukkan oleh Jihyo dan dehaman ." Kenapa pula ni ?
ada benda tak kena ke ? "" Dorang tulah sibuk nak mengatal dengan Jungkook .
Jungkook tu pun sama duk melayan "
Jawapan Jihyo membuatkan San tersenyum dan terangguk faham .
" Laa , kes jealous lah ni ? "
Amboi , makan hati berulam jantung pula Puan Song Jihyo kita ni . Tergelak San dibuatnya . Ingatkan tak pandai nak jealous ." Gelak-gelak .
Eiii . . "
Jihyo berpeluk tubuh .
Pamerkan raut wajah geram ." Ala , Jihyo relax la .
Tak luak punlah Jungkook tu kalau dorang mengatal pun . Yang nyata Jungkook tu kau punya. Dorang je tak tahu "
Tersengih-sengih San tengok wajah cemberut Jihyo . Muncung tu boleh tarik buat sangkut baju dah gayanya .++
" Okeylah , kau tunggu aku dekat rumah .
Aku kena balik pejabat .
Ada orang nak jumpa , dia tunggu aku dekat sana "
Ujar Jungkook sambil menyising lengan baju kemejanya itu hingga ke paras siku . Jihyo diam sahaja tidak membalas membuatkan Jungkook merasa pelik . Tambahan pula , dari tadi isterinya itu senyap tanpa bicara ." Hey! kenapa ni ?
Apa yang tak kena "
Jungkook menumpukan perhatian kepada Jihyo . Lengan di letak atas penyandar tempat duduk Jihyo . Mata tidak lepas dari memandang isterinya itu .
![](https://img.wattpad.com/cover/238114938-288-k24005.jpg)
YOU ARE READING
𝘿𝙖𝙙𝙙𝙮 | 𝙅𝙐𝙉𝙂𝙆𝙊𝙊𝙆 ✔︎
Fanfictionshot your hearteu - daddy jeon . Jeon Jungkook seorang daddy muda berusia 25 tahun mempunyai seorang anak kecil bernama Jeon Dasha . Anak kecil yang berusia 9 tahun itu kehilangan mummy nya diusia yang sangat kecil . Mendiang isteri Jungkook iaitu J...