daddy . 11

529 76 62
                                    

SEBULAN KEMUDIAN

Sebulan berlalu , keadaan seperti biasa .
Hubungan Jihyo dan Jungkook masih belum kembali pulih . Walau , berkali-kali Jihyo minta maaf dan cuba memulihkan keadaan , Jungkook masih bersikap dingin dan acuh tak acuh sahaja melayannya . Kadangkala , isterinya itu bagaikan tidak wujud dalam rumah itu .

Jungkook sudah boleh berjalan seperti biasa dan sudah pun ke pejabat meneruskan rutinnya seperti biasa . Tetapi sarapan yang dibuat oleh Jihyo langsung tidak di jamah . Pandang pun tidak . Inikan pula mahu jamah sarapan tersebut . Balik kerja pula , Jungkook sengaja balik lambat kerana tidak mahu bertembung dengan Jihyo . Jika bertembung pun Jungkook akan terus masuk kedalam bilik tanpa pedulikan isterinya itu .

Jeon Dasha kini tinggal di rumah Puan Jeon diatas permintaan Puan Jeon sendiri kerana tidak mahu Jeon Dasha makin rapat dengan Jihyo . Bagi Puan Jeon , Jihyo tidak layak jadi ibu Jeon Dasha .

Jihyo keluar dari bilik apabila mendengar enjin kereta milik Jungkook . Keduanya tidur bilik asing diatas kehendak Jungkook sendiri . Jihyo menurut sahaja .

Jihyo menapak turun ketingkat bawah . Sengaja malam ini dia tidur lewat semata-mata mahu tunggu Jungkook . Makan malam sudah disiapkan , mahu makan bersama . Malam Pilmo sudah balik kerumah dan akan datang esok pagi pula .

Baru sahaja Jihyo mahu ke pintu , dari luar sudah dibuka . Jungkook sudah bawa kunci sendiri . Bertembung pandang sahaja dengan Jihyo , Jungkook melarikan pandangannya . Dia berjalan melintasi Jihyo tanpa pandang sedikit pun .

" Awak , saya . . dah masak makan malam .
Jom , makan . . "
Ujar Jihyo hati-hati . Tidak mahu walau sedikit kata-katanya menaikan kemarahan Jungkook walaupun sekarang ini , dia tak bersuara pun Jungkook dah bencikannya .

Jungkook berhenti , tangan naik memegang pemegang tangga .
" Aku tak lapar "
Balas Jungkook mendatar tanpa toleh kebelakang . Jarang dia dapat dengar suara Jihyo sejak akhir-akhir ini . Sesekali dengar buat hatinya terusik . Tapi perasaan marah masih membara .

" Tapi saya dah masak .
Saya tunggu awak dan sengaja tidur lewat untuk makan sama-sama . Dah lama kita tak makan sama-sama "
Serasa sudah berkurun lama dia dan Jungkook tidak makan bersama . Malam ini mahu merasainya sebagai isteri dan suami seperti orang lain .

Jungkook pejam mata sekejap .
Dia pusing kearah Jihyo . Isterinya itu sudah tersenyum . Fikirnya Jungkook bersetuju untuk makan bersama .

" Aku tak suruh kau masak dan aku tak suruh kau tunggu aku . Tak payah nak buat alasan sengaja tidur lewat semata-mata nak tunggu aku . Aku tak suruh . Dan tak payah nak buat-buat baik sebab nak pujuk hati aku . Sebab aku tak termakan sikit pun dengan pujukan kau tu "
Tanpa memikirkan perasaan Jihyo kata-kata itu diluah . Raut wajah Jihyo yang senyum terus berubah . Jungkook melangkah naik ketingkat atas .

Jihyo cuba menahan rasa .
Tetapi setitis airmatanya jatuh juga mengalir di pipi . Perlahan-lahan Jihyo menapak ke meja makan dan labuhkan duduk di situ . Makanan yang sudah terhidang atas meja di pandang kosong . Tangan naik mengesat airmata .

Salahkah seorang isteri ingin merasai saat-saat makan malam bersama sang suami ? kenapa sebegini nasibnya yang baru ingin mengecap bahagia ?

Jihyo tersandar kerusi . Laju airmata mengalir tanpa di seka . Butir bicara tidak keluar , hanya bunyi tangisan kecil yang berbicara betapa sedihnya rasa hati .

++

PAP !

Jungkook melempar briefcase nya dengan kasar keatas katil . Rambut diraup kasar . Nafasnya turun naik menahan amarah . Dia tidak mampu untuk menahan segala kata-kata menyakitkan setiap kali berhadapan dengan Jihyo . Perasaan tertipu kuat menjengah hatinya .

" Arghh"
Jungkook henyah punggung dibirai katil .
" Kenapa kau muncul dalam hidup aku Jihyo ? kenapa aku tak boleh nak lepaskan kau ? "
Mukanya di tekup dan mendengus geram .

Jungkook rasa kadangkala dirinya lemah terhadap Jihyo . Walaupun , rasa marahnya begitu menebal , tetap rasa cinta itu ada .
Tetapi apabila mengingatkan tentang Jihyo yang mencintai lelaki lain dan menipunya itu yang membuatkan dia sentiasa ingin marahkan isterinya itu .

Malas mahu memikirkannya , Jungkook ambil tuala dan masuk kedalam bilik air mahu membersihkan diri .

Selesai mandi , Jungkook turun ketingkat bawah . Dia masuk kedapur mahu buat air , sekejap lagi dia akan sambung kerja pejabatnya . Sedang mengacau air , pandangannya sesekali menghala kearah meja makan . Makanan diatas meja makan bertutup dengan tudung saji .

Dengan secawan milo panas di tangan , Jungkook hampiri meja makan . Tudung saji dia buka dan terpamerlah semua masakan Jihyo . Masih tidak terusik sedikit pun . Ini bermakna Jihyo tidak jamah sedikit pun kerana mahu makan dengannya .

Jungkook mengeluh .
" Kenapa dia buat macam ni sedangkan dah terbukti dia ada orang lain ? "
Dia tanya sendiri .

" Atau dia sengaja nak mainkan perasaan aku sampai aku lepaskan dia ? "


++

" Unnie"
Jihyo menghampiri Gayoung yang sedang melepak di sebuah bangku sendirian . Gayoung tengok Jihyo sekilas tanpa menyapa kembali . Jihyo berdiri depan kakaknya itu .

" Haritu unnie datang rumah Jungkook kan . Apa yang unnie cakap dekat Jungkook ? "
Tanya Jihyo , dia baru sahaja tahu Gayoung datang kerumah sebulan lalu .
" Cakap apa?
Aku tak ada cakap apa-apa pun . Aku saja melawat . Salah ke ? "

" Jihyo tak kata pun salah unnie .
Tapi siapa yang bagitahu Jihyo ada hubungan dengan San ? sedangkan Jihyo dengan San kawan je unnie . Kitorang tak ada apa-apa hubungan pun unnie "

Gayoung berdiri dengan raut wajah marah .
" Habis tu kau nak tuduh akulah cakap macam tu . Aku tak kisahlah pasal kau dengan Jungkook tu . Nak jadi apa pun kau ingat aku kisah "

" Jihyo tak tuduh pun , unnie "
Jihyo geleng dengan bentakkan Gayoung itu .

" Aku ni lagi banyak benda lain aku nak buat dari kisahkan pasal kau . Dan aku ni tak heran walau sikit pun apa jadi dekat kau . Kau dengar sini . . aku ni tak ada rasa sikit pun yang kau ni adik aku . Sebab adik aku bukan mata duitan dan pentingkan diri sendiri macam kau "
Balas Gayoung dan menapak pergi .

++

" Hey !— "
San menyapa dan duduk depan Jihyo . Lengannya naik dan letak atas meja batu itu . Jihyo menanggapinya dengan wajah kosong . Dahi San berkerut .
" Jihyo , kenapa aku tengok kau ni macam tak ada mood aje . Dari haritu lagi kau macam ni . Aku tanya kau jawab penat je . Cuba kau bagitahu aku apa yang jadi sebenarnya ? "

" Tak ada apalah . . "
Jihyo menyangkal dan tongkat dagu .

San berdecit .
" Kau gaduh dengan Jungkook ? "
Jihyo geleng . Tapi San cepat menangkap . Setiap kali dia menyebut nama Jungkook pasti raut wajah Jihyo lain .

" Sampai bila kau nak tanggung semua masalah kau seorang diri , Jihyo .
Share dengan aku . Kalau boleh tolong aku tolong . Please lah , jangan pura-pura kuat kalau sebenarnya kau tak kuat pun . Jangan seksa diri kau . Aku tahu kau ada masalah . . " San jeda seketika .

" Aku janji aku tolong kau "

Jihyo pandang San .
Matanya berkaca .
" San . . aku cintakan dia "


...

BERSAMBUNG .

𝘿𝙖𝙙𝙙𝙮 | 𝙅𝙐𝙉𝙂𝙆𝙊𝙊𝙆  ✔︎Where stories live. Discover now