tap tap . .
Kedengaran derapan kecil bunyi yang terhasil dari kasut tumit yang di pakai oleh Xi Zhiang . Menuruni anak tangga ke tingkat bawah . Dari tangga dia melihat sang suami sedang berbual dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Tiger iaitu bodyguard sang suami . Suaminya itu baru semalam sampai dari Korea . Selalu berulang alik kesana .
" Tiger , ingat .
Kau kena perhatikan Johnny tu .
Kita tidak boleh terlalu percayakan dia .
Nanti kalau Song Jihyo kita tak dapat . Harta pun kita tak dapat "Terkejut besar Xi Zhiang apabila mendengar kata-kata itu . Laju dia turun menuju ke ruangtamu .
" Chris—
Apa yang awak cakapkan ni ? "
Terus Xi Zhiang sembur soalan itu membuatkan Chris kaget dan berdiri .
" Dear , ini bukan seperti yang awak sangkakan "
Tangan isterinya itu mahu di pegang tapi pantas Xi Zhiang melarikan tangannya itu.Tiger sudah bangun dan menyusup keluar dari rumah itu . Nanti dengan dia sekali kena .
" Habis tu apa ? "
" Dahlah , Chris .
Saya dah dengar semuanya .
Selama ni awak tak ikhlas kahwin dengan saya . Awak kahwin dengan saya sebab awak nak dapatkan adik saya , Song Jihyo .
Patutlah awak asyik ulangalik ke Korea .
Kenapa awak buat semua ni ? awak pun akan dapat hak juga sebab awak suami saya . Kenapa hak adik saya juga yang awak mahukan ? "
Nada suara Xi Zhiang kuatkan . Sungguh dia tidak menyangka ini rancangan Chris yang sebenarnya .Raut wajah Chris bertukar marah .
Fail diatas meja dia ambil dan tunjuk depan Xi Zhiang .
" Ini ! dalam fail ni semua harta di wasiatkan keatas nama SONG JIHYO .
Aku ulang SONG JIHYO . Jadi dekat mana letaknya hak aku kalau semuanya nama dia . Apa yang aku dapat kahwin dengan kau ? tak dapat apa-apa "
Fail tersebut dia balik keatas kerusi . Berkaca mata Xi Zhiang mendengar tiap butir bicara Chris ." Jadi awak kahwin dengan saya kerana harta ? "
Tanya Xi Zhiang dengan airmata mengalir perlahan di pipi ." Ya—
Memang aku kahwin dengan kau kerana harta . Aku dah muak hidup susahlah Xi Zhiang . Kenapa kau tak bagitahu aku yang kau dah tahu pasal Song Jihyo tu dari tahun lepas ? kenapa kau suruh pihak mahkamah wasiatkan semua harta kepada Song Jihyo sedangkan eomma kau dah wasiatkan keatas nama kau ? kau takut terlepas pada aku ? "
Tajam pandangan mata Chris tengok Xi Zhiang .Xi Zhiang gelengkan kepala .
" Sebab dia lebih berhak .
Saya dah dapat dan rasai semuanya termasuklah kasih sayang eomma . . "" Kau— "
" Argh— awak "
Menjerit Xi Zhiang apabila Chris tiba-tiba menolaknya ke dinding dengan kasar . Bawah dagu Xi Zhiang di cengkang kuat .
" Kau ingat kau buat macam ni adik kau bolehlah rasa kasih sayang eomma kau ? "" Awak— sakit "
Xi Zhiang menarik lengan Chris .
Tapi apalah sangat kudratnya nak dibandingkan dengan kudrat Chris .
" Kau dengar sini .
Apa jadi sekalipun aku akan dapatkan adik kau . Aku akan bawa dia ke London .
Seluruh harta dia akan jadi milik aku . Dan kau— dah tak ada gunanya bagi aku "
Dagu isteriny itu di lepas kasar . Chris menapak keluar dari rumah .Xi Zhiang meraung .
Airmata laju mengalir .
Tubuhnya jatuh melorot ke lantai .++
" Jihyo— "
Jihyo menoleh apabila seseorang memanggil namanya . San berlari anak dan jalan di sebelah Jihyo . Buku di tangan dia berikan kepada rakannya itu .
" Buku kau yang aku pinjam minggu lepas "
Jihyo menyambut buku tersebut ." San , aku rasa aku nak cari Gayoung unnie la "
Ujar Jihyo berhenti melangkah .
Begitu juga dengan San .
" Cari dia ?
Kenapa pula kau nak cari dia ?
Dia sendiri kan nak pergi .
Ingat tak haritu apa yang dia cakap dekat kau ? "
San membalas . Tidak senang dengan permintaan Jihyo itu ." Entahlah , San .
Dua tiga hari ni aku rasa tak sedap hati pasal Gayoung unnie . Macam ada benda buruk jadi dekat unnie "
Jihyo melabuhkan duduk di sebuah bangku mengadap dataran sekolah itu . San duduk di sebelah ." Tapi kau nak cari dia macam mana ?
Dah berapa hari dah aku tak nampak dia datang sekolah .
Johnny pun sama "" Aku tak tahu , San .
Aku buntu . . "
Jihyo tunduk memandang jari jemarinya.
" Aku sayangkan Gayoung unnie , San .
Aku asyik fikirkan dia je "
Sedih sahaja kedengaran nada suara Jihyo di pendengaran San ." Jihyo , kau jangan risau .
Mungkin perasaan kau je .
Unnie kau tak apa-apa . Kau janganlah risau . Nanti kau stress . Aku tak suka tengok kawan aku sedih macam ni "
Bahu Jihyo di tepuk-tepuk perlahan oleh San bertujuan menenangkan Jihyo ." Aaaa— so handsome ! "
Drastik Jihyo dan San toleh apabila dengar sorakan pelajar terutamanya pelajar perempuan . Pelik kerana pelajar berkumpul dan ada seorang lelaki turun dari kereta . Jihyo dan San berdiri . Keduanya jelas terkejut melihat lelaki tersebut .
" Jihyo , bukan ke tu— Jungkook , suami kau ? "
" Apa dia buat dekat sini ? "
Soalan San tidak di jawab oleh Jihyo .
Matanya tidak berkelip melihat Jungkook .
Semua pelajar perempuan bersorak apabila melihat Jungkook . Tidak kurang juga yang mengedik . Jihyo tidak percaya apa yang dia lihat ." Dia tengok kau "
Ujar San apabila Jungkook berpaling melihat Jihyo . Sambil meraup rambut ke belakang Jungkook senyum kecil kearah Jihyo dan berjalan pergi ." Apa dia buat dekat sini ? "
Pandangan mata Jihyo mengekori Jungkook .++
" Apa dia buat dekat sini ya ? "
Sambil menyoal sendiri Jihyo berjalan untuk ke perpustakaan . Masih kebingungan kenapa Jungkook tiba-tiba muncul di sekolah. Apa urusan suaminya sampai datang ke sekolah ?Pagi tadi ketika menghantarnya datang sekolah , tidak ada pula Jungkook katakan apa-apa . Jihyo begitu tertanya-tanya sambil kaki terus melangkah .
" Argh— "
Terjerit kecil Jihyo apabila di tarik seseorang . Dia di tarik ke sebuah lorong untuk ke padang sekolah . Terbuntang mata Jihyo melihat Jungkook di depan mata . Jungkook pula tersenyum .
" Apa awak buat dekat sini ? "
Jihyo tanya dengan nada tidak puas hati." Aku rindu kau "
Ujar Jungkook dan letak tangannya di dinding sebelah kepala Jihyo . Raut wajah Jihyo berubah marah membuatkan Jungkook tergelak kecil ." Okay—okay—
Aku datang sini sebab pihak sekolah minta syarikat aku buatkan sebuah taman mini di sekolah ni "
Jawapan Jungkook menjawab segala tanda tanya Jihyo .
" Kenapa tak bagitahu saya ?
Ni tiba-tiba je ada dekat sekolah "
Ujar Jihyo geram ." Pihak sekolah bagitahu aku pun last minute . Janganlah merajuk .
Benda ni tak rancang . Tapi sekurangnya aku bolehlah jumpa dengan isteri aku ni "
Rambut yang sedikit menutup dahi Jihyo dia selak kebelakang ." Mengada ! "
" Mengada dengan awak je , sayang "
Pipi Jihyo dicium pantas membuatkan Jihyo geram dan tampar lengan Jungkook .
Jungkook tertawa .
Suka betul dia kenakan Jihyo ....
BERSAMBUNG .
YOU ARE READING
𝘿𝙖𝙙𝙙𝙮 | 𝙅𝙐𝙉𝙂𝙆𝙊𝙊𝙆 ✔︎
Fanfictionshot your hearteu - daddy jeon . Jeon Jungkook seorang daddy muda berusia 25 tahun mempunyai seorang anak kecil bernama Jeon Dasha . Anak kecil yang berusia 9 tahun itu kehilangan mummy nya diusia yang sangat kecil . Mendiang isteri Jungkook iaitu J...