daddy . 03

608 88 47
                                    

|---------------------i want you---------------------|

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

|---------------------i want you---------------------|

" Jihyo , eomma minta maaf .
Eomma terpaksa bersetuju dengan wasiat tu . Tapi eomma . . "

Jihyo mengelengkan kepala beberapa kali memotong percakapan Puan Song . Tangan eomma nya itu di pegang . Keduanya duduk saling mengadap satu sama lain .

" Eomma janganlah minta maaf .
Eomma tak salah apa-apa pun "
Jihyo tidak mahu eomma nya itu merasa bersalah . Dalam hal ini tiada siapa yang bersalah . Jihyo tunduk , cuba mencari kekuatan .

" Jika itu sudah wasiat appa .
Jihyo terima eomma . Terlalu banyak pengorbanan appa pada kita eomma . Mungkin ini sahaja caranya untuk Jihyo balas segala jasa appa. Walaupun , Jihyo tidak mampu balas semuanya "
Jihyo akur dengan wasiat tersebut . Andai itulah yang telah diamanahkan kepadanya .

Walaupun , bukan kerelaan hatinya .

" Jihyo . . "
Puan Song membawa Jihyo kedalam pelukannya . Belakang tubuh anak bongsunya itu di tepuk perlahan-lahan .
" Bertuah sangat eomma punya anak yang baik dan kuat macam Jihyo .
Jihyo selalu ingin menyenangkan hati eomma , hati appa "

" Huh ! . . baik sampai hasut appa untuk serahkan semua harta dekat dia . . "

Puan Song dan Jihyo meleraikan pelukan .
Terkejut dengan kehadiran Song Gayoung bernada tidak menyenangkan .

" Gayoung , kenapa cakap macam tu ? "
Puan Song menegur manakala Jihyo tertunduk diam sahaja . Sudah lelah dia dengan kakaknya yang selalu sahaja tidak berpuas hati dengannya .

" Betul lah kan , eomma pun sama lah .
Gayoung siapa eomma ? tak ada hak langsung ke sampai budak tak guna ni dapat semua harta appa ! "
Gayoung menunding jari kearah Jihyo dengan perasaan geram .

" Appa , wariskan pada adik kamu mungkin sebab dulu appa tak mampu nak biayai pembedahan Jihyo ketika itu . Mungkin appa nak tebus rasa bersalah dia .
Gayoung tak payah lah nak tuduh Jihyo macam tu . Jihyo sendiri pun tak tahu appa nak wariskan dekat dia "
Puan Song menjelaskan .

Dulu Tuan Song baru sahaja bekerjasama dengan Tuan Jeon untuk membangunkan Jeon's Holding . Jadi kos untuk membuat pembedahan Jihyo ketika itu tidak mampu di tanggung oleh Tuan Song sehingga pembedahan ketika itu terpaksa ditangguhkan . Membuatkan Tuan Song menyesalinya . Sampai tahap melabelkan dirinya ayah yang tidak berguna .

Mungkin kerana itu Tuan Song mewariskan kepada Jihyo ingin menebus rasa kekesalan dan bersalahnya terhadap Jihyo . Dan untuk bahagiaan , Jihyo dan Jungkook berkahwin pula hal ini kerana Tuan Song dan Jungkook begitu rapat . Jungkook memperlakukan Tuan Song seperti ayah sendiri ketika Tuan Song berkunjung ke Jeon's Villa .

𝘿𝙖𝙙𝙙𝙮 | 𝙅𝙐𝙉𝙂𝙆𝙊𝙊𝙆  ✔︎Where stories live. Discover now