Putera Daniel Izaril duduk menghadap bondanya Y.A.M Permaisuri Sofia. "Ada apa bonda panggil?".
"Izaril dah fikir macam mana nak cari calon isteri? "soal bonda Izaril. Izaril diam sambil membuat muka tak berminat.
"Huh... Izaril kalau anakanda tak cari calon anakanda takkan mewarisi takhta Inderapura. Takkan anakanda nak biarkan Putera Fawwaz Izzuddin memiliki takhta ?!"
"Apa salahnya memang sepatutnya Putera Fawwaz yang dapat", jawab Putera Daniel Izaril tak berminat.
"Tu dulu anakanda selepas ayahanda Putera Fawwaz mangkat pemerintahan beralih kepada ayahanda kamu dan menjadikan kamu pewaris yang seterusnya."
"Tapi nenda kamu nak sangat suruh kamu berdua berebut takhta, takkan nak mengalah"
" Em ye la nanti anakanda fikirkan." jawab Putera Daniel Izaril.
******
"Ella mana air aku lembap betul" jerit Puan Sri Salina yang baru balik dari pejabat lalu melabuhkan punggung di sofa.
" Ye kejap aunty!" jerit Ella dari dapur. Tergopoh-gopoh Ella membawa air fresh orange untuk ibu tirinya.
"Ahh!!! Oh My God! Apa yang kau buat ni?!" jerit Alice. Ella yang tergopoh-gopoh membawa air terlanggar Allice yang baru turun.
"Kenapa sayang ?", kelam kabut Puan Sri Salina mendapatkan anak kesayangannya.
"Mummy tengok budak ni habis baju Alice kena air ni! Alice dah lah lambat nak pergi shooting..."rungut Alice. Dia adalah seorang model yang terkenal.
"Habis tu pergilah tukar cepat" kata Mellissa yang baru turun.
Allice menghentakkan kakinya dan melanggar bahu Ella. 'Aku dah la lambat kau melambatkan aku lagi ish!' rungutnya dalam hati.
"Kau kemas semua ni sebelum aku turun faham!" Puan Sri Salina menolak kasar kepala Ella." Terbantut aku nak minum ish"
"Kau ni pun satu yang kau ni malang sangat kenapa? ish macam mak kau"sinis kata-kata Mel.
" Mama Ella rindu mama... Papa tolong Ella", air mata mengalir deras meratapi nasib malangnya.
YOU ARE READING
Another Cinderella Story
Teen FictionPutera Daniel Izaril diberi pilihan untuk memilih salah seorang dari rakyat jelata untuk dijadikan isteri. Putera Daniel Izaril ingin mencari gadis yang pernah berjaya mendebarkan hatinya 10 tahun lalu. Tetapi campur tangan kerabatnya telah menyukar...