🔰1🔰

20.2K 140 0
                                    

"Weii, kau kat mana? Lama dh aku tunggu ni!"

"Jap, aku dah dekat parking ni."
katanya.  Dia turun dari keretanya. Kakinya dilangkah menuju ke arah timur daripada tempat parking kereta itu.

"Sorry! sorry! Aku lambat. "
katanya, dia mengeluarkan kunci kedainya.

" Mesti kau ni terlajak tidur. "
kata sahabatnya.

" Taklah. kau ni pandai pandai je cakap aku terlajak tidur. "
ujarnya sambil membuka pintu kedai mereka.

"Kan kau memang selalu macam tu."
jawab kawannya lagi.

" Jom masuk. "
dia menolak pintu kedainya itu. Dia menukarkan papan tanda CLOSE kepada OPEN. Dia tersenyum sambil membersihkan debu diatas papan tanda kedainya yg tertulis Dream Boutique.

"Asya, hari ni kita ada tempahan tau daripada luar negara."
kata kawannya.

"Oh, okay. Takpe, nanti aku uruskan yamg tu."
jawabnya.

" Aku nak keluar kejap ni nak beli breakfast, kau ada nak pesan apa apa?"
tanya kawannya,

"Erm, kau belikan aku nasi lemak je nanti."
jawabnya,

"Okay. aku pergi dulu tau."
kata kawannya lalu berlalu pergi.

" Hati-hati Jas!"
jeritnya. Kawannya menoleh dan mengangguk. Dia kembali menyiapkan tugasnya menyusun pakaian pengantin disitu.

-----

" Morning."
sapa seorang jejaka yang tinggi lampai kepadanya. Dia menoleh,

" Morning sir. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"
tanya dia. Jejaka itu tersenyum,

" Saya nak jumpa dengan owner butik ni. "
jawab jejaka itu.

" Saya ownernya, ada apa ya?"
tanya dia sekali lagi,

"Saya datang ambil dress yg ditempah atas nama Elva Jonathan Edzhar. "
katanya,

"Oh ya, sekejap tuan. Saya ambilkan dahulu. "
katanya, jejaka itu mengangguk, dia berlalu pergi.

Dia melihat persekitaran di dalam butik itu, dia tersenyum.

" Erm, tuan? "
panggil Asya, dia menoleh, Asya menyerahkan bakul kepadanya. Dia tersenyum.

" Tuan kena isi nama tuan dekat sini. "
kata Asya, dia mengeluarkan pen lalu menandatangani namanya.

"Thank you. "
ucap Asya,

" Your welcome. Btw, butik ni cantik."
puji lelaki itu.

" Terima kasih atas pujian tuan. Saya amat menghargainya."
katanya,

" Saya minta diri dulu. Thanks."
ucap lelaki itu. Asya mengangguk sambil memberikan senyuman yang manis kepada lelaki itu.

----
" Your dress."
katanya lalu meletakkannya di atas meja.

" Thank you adik kesayanganku"
ucap Elva,

" Yerlah tu adik kesayangan. "
katanya sambil meneguk minuman sejuk itu.

" Orang cakap terima kasih tak nak."
kata Elva sambil membelek-belek dressnya.

" Cantik tak Dan?"
tanya Elva meminta pendapat daripada adiknya itu,

" hurm cantik."
jawab Jordan sepatah,

" Tak ikhlas sungguh!"
kata Elva seraya merajuk,

" Yerla yerla, cantik betul kakak kesayanganku pakai dress ni. Macam tuan puteri."
kata Jordan, Elva datang lalu menarik telinga Jordan,

" Over acting!"
marah Elva,

" Aduhh kak ampun ampun!"
rayu Jordan, telinganya kelihatan merah dek kerana kulitnya yg putih seperti mat salleh itu.

" Tahu pun! Lain kali tu puji la ikhlas sikit. Korang lelaki ni sama je tak tahu ambik hati perempuan! "
kata Elva,

" Aik, memang lah semua sama. Cuma yang tak sama tu, Dan ni lagi sweet dari Abg Mirzaq. Buerkk ! "
usik Jordan lalu cepat2 berlari dari situ.

" Eeeeee Jordanielll ! "
jerit kakaknya itu. Dia hanya ketawa terbahak bahak di tangga itu.

▪️Jordaniel Asya▪️[COMPLETED]Where stories live. Discover now