Dia bangun, dia memerhatikan sekelilingnya, dia mencari kelibat Harith, malangnya lelaki itu tiada disitu. Assya bangun, kakinya terasa lemah, celah pahanya terasa sakit. Dia mengatur langkahnya dengan perlahan menuju ke bilik mandi, dia membuka pili air lalu membersihkan dirinya.
Assya turun ke dapur, dia memanggil nama Harith, namun tiada sahutan. Dia mengambil telefonnya, dia mendial nombor Harith, beberapa lama kemudian masih juga tiada sahutan. Assya mengeluh, dia hanya berfikiran positif sahaja. Dia mulai mengemas rumah mereka, bermula dari dapur hingga ke bilik tidur mereka berdua. Cdar tilam ditukarnya kerana terdapat kesan darah dan air mani mereka semalam.
"Tuan Jordan, ni fail yang tuan minta hari tu. " kata Yana, PA Jordan. Jordan mengangguk lalu dia menandatangani fail itu.
"Tuan okay ke ni?" tanya Yana, Jordan tersenyum,
"Saya okey, cuma tak berapa ada mood sikit hari ni." kata Jordan,
"Oh, kalau tuan perlukan apa-apa panggil je saya nanti. " kata Yana, Jordan mengangguk,
"Saya minta diri dulu tuan." pinta Yana, Jordan mengangguk.
Mata Jordan menatap wajah Assya di dalam laptopnya, dia tersenyum.
"I will never get tired, i will always chasing your shadow until the end." katanya.
Assya tertidur di ruang tamu rumah mereka setelah menyelesaikan makan malam, Harith yang baru pulang dari kerja itu menghampiri Assya. Dia mengucup dahi isterinya itu, dia kemudiannya naik ke atas untuk membersihkan diri.
Assya terjaga apabila dia mendengar bunyi ketukan pinggan makan, dia bangun dan melihat Harith baru saja menghabiskan makan malamnya. Assya menghampiri Harith,
"Kenapa tak kejut saya tadi? boleh saya panaskan lauk ni semula. " kata Assya,
"saya tak nak awak terganggu tadi. Lagipun lauk tadi masih panas. " kata Harith, Assya hanya tersenyum. Selesai saja menjamu seleranya, Harith membasuh pinggannya dan terus naik ke atas meninggalkan Assya seorang diri. Assya sedikit terasa dengan tindakan Harith itu, namun dia diamkan saja kerana dia yakin bahawa Harith kepenatan kerana kerja seharian. Dia mengemaskan semua lauk yang masih tersisa.
Harith tersenyum memandang telefonnya, Assya masuk ke bilik. Harith pura-pura tidur. Assya menghampiri Harith, dia mengucup dahi Harith. Dia kemudiannya baring disebelah Harith, dia memandang Harith yang sudah tidur itu.
Sudah berbulan mereka tinggal bersama. Sikap Harith kelihatan makin berubah berbanding dahulu. Kadang-kadang dia mengambil berat tentang Assya, kadang-kadang dia tidak mengendahkan Assya. Pagi itu, Assya bangun awal menyediakan sarapan untuk suaminya. Harith kemudiannya muncul,
"Abg nak air apa? Saya buatkan." kata Assya,
"Apa-apa je. Saya nak cepat ni, ada meeting." kata Harith, Assya mengangguk,
"Saya nak sambung kerja kat butik balik, duduk kat rumah bosan." kata Assya,
"Hmm, kalau kat rumah pun awak tak buat apa kan?Kerja lah kalau awak nak. Saya pergi dulu." kata Harith meninggalkan Assya.
Assya duduk termenung di sebuah kafe, dia mengenangkan rumah tangganya yang semakin suram. Tiba-tiba datang Jordan menghampirinya,
"Hi." sapa Jordan, Assya menoleh,
"Eh tuan Jordan, duduklah." pelawa Assya, Jordan mengambil tempat duduk dihadapan Asya,
"Awak buat apa kat sini? Harith ada ke?" tanya Jordan,
"Harith kerja, malam nanti dia pergi Penang ada outstation. " kata Assya, Jordan mengangguk,
"Awak okay ke? Nmpak macam tak sihat je..." kata Jordan,
"saya okay, cuma rasa macam penat sikit je." kata Assya,
"Ohh... " jawab Jordan, Assya menghirup kopinya, namun dia terasa mual, dia cepat-cepat bergegas ke tandas, Jordan memandangnya kehairanan, dia mengekori Assya, risau akan gadis itu.
"Uwerkk! uwerkkk! "
Assya mengelap mulutnya, dia mencuci mukanya, setelah memastikan dirinya stabil, Assya keluar, dia terkejut melihat Jordan berada disitu menantinya,
"Awak okay ke?" tanya Jordan sebaik saja melihat Assya, Assya menggangguk,
"Okay, cuma rasa mual sikit je." jawab Assya,
"Mual? Jom kita ke klinik." kata Jordan,
"Eh tak pe, saya okay." jawab Assya,
"Tak, jom pergi klinik." kata Jordan, dia memegang tangan Assya, Assya terkejut, namun dia hanya mengekori saja Jordan.
Di klinik, Jordan berjalan mundar-mandir menunggu Assya, beberapa lama kemudian doktor perempuan tadi keluar,
"Tahniah tuan Jordan, isteri tuan mengandung." kata doktor itu, Jordan tertawa kecil,
" tak dok, tu kawan Elva, saya temankan dia ke sini sebab tadi kereta mereka rosak." kata Jordan,
"Oh, minta maaf tuan Jordan, saya ingatkan tu isteri tuan tadi, nampak serasi." kata doktor itu.
"Tak dok, hehehe." jawab Jordan sambil tersenggih, hatinya melonjak gembira mendengar berita Assya megandung, dia mendapatkan Asya,
"So? Happy tak?" tanya Jordan,
"Mestilah happy tuan... saya dh jadi ibu." kata Assya,
"Congrats Assya! So, jom saya belanja awak makan. Anything you want!" kata Jordan,
"Saya yang mengandung, tuan pulak excited.Pelik..." kata Assya,
"Alaa, tu kan anak buah saya juga nanti. Awak kan kawan kakak saya." kata Jordan.
"Yerla tu tuan." jawab Assya sambil tersenyum.
YOU ARE READING
▪️Jordaniel Asya▪️[COMPLETED]
Romance"I will never get tired, I will still chase your shadow until the end." - Jordan Jonathan E.