"Tuan Jordan, minum petang dah siap.Nak mak Non bawa ke atas ke?"
tanya pembantu rumahnya, Jordan tersenyum,
"Tak payah mak Non, nanti saya turun sendiri ke bawah. Terima kasih mak Non."
Mak Non mengangguk lalu keluar dari bilik Jordan. Jordan memandang laptopnya, wajah gadis yang terpapar disitu membuat hatinya berbunga. Dia sudah dilamun cinta.
Sedang Asya sibuk menusun barang, datang seorang lelaki menghampirinya.
"Hi." sapa lelaki itu. Asya bangun,
"Ada apa-apa yang boleh saya bantu encik?" tanya Asya,
"Ermmm... rasanya tak, tapi kalau awak nak bantu pun boleh jugak." kata lelaki itu.
Asya mengerutkan dahinya,
"Encik nak saya bantu apa ye?"
"Saya... nak awak bantu saya untuk temankan saya makan malam nanti boleh?"
tanya lelaki itu, Asya tertawa kecil,
"Itu bukan minta pertolongan, itu nak mengorat adalah. Mcam-macam lah Encik Harith ni."
kata Asya, mereka berdua tertawa, kemudian muncul Jasmine dari belakang,
"Asya, ni nak hantar kat mana esok?" tanya Jasmine, namun langkahnya terhenti saat melihat Asya sedang bersama Harith. Asya menoleh,
" Oh ya, Jas ni esok aku hantar kat rumah Miss Elva sendiri. " kata Asya,
"Okay, eh hmm... Encik Harith buat apa kat sini?" tanya Jasmine,
"Oh ya, saya nak minta izin untuk bawa kawan awak ni keluar makan malam dengan saya nanti, boleh tak Jasmine?"
tanya Harith,
"Eh, err boleh boleh. " jawab Jasmine,
"Kau tak apa-apa ke nanti kalau aku balik awal?" tanya Asya,
"Eh, tak lah, kau kan nak dating dengan jejaka idaman kau nanti." gurau Jasmine, Asya menyiku lengan Jasmine, takut perbualan mereka didengar oleh Harith.
"Terima kasih Jasmine." ucap Harith. Jasmine mengangguk.
Mata Jordan secara tak sengaja terpandang akan seseorang yang amat dikenalinya.
"Emm... dah berpunya rupanya. Melepas aku." katanya seorang diri, Elva yang baru keluar dari tandas itu memandang Jordan, dia memandang ke arah yang dipandang oleh Jordan, dia tersenyum, dia berjalan ke arah adiknya itu,
"amboi mata tu! akak cucuk nanti baru tahu." kata Elva, Jordan tertawa kecil,
"takda lah kak, cantik betul barang orang kat mata kita."
kata Jordan, Elva hanya menggelengkan kepalanya,
"dahlah tu pandang barang orang, dia dah milik orang dah pun." kata Elva,
"yerlah kak." jawab Jordan, mereka berdua kemudiannya pergi dari restoran itu selepas membayar bill.
"Terima kasih Harith sebab dah belanja saya tadi. Next time saya belanja awak pulak." kata Asya,
"Takde apa lah, anyhting for you." ucap Harith, Asya tersipul malu, Harith memegang tangan Asya, dia mengucupnya,
"Saya harap hubungan kita boleh jadi lebih jauh lagi. saya taknak jadi kawan awak selamanya, saya nak kita berkongsi hidup bersama." kata Harith,
"Kita kenal dulu 2 3 bulan lagi, lepastu kita kahwin, can we?" tanya Harith,
"biar saya fikirkan dahulu Harith, i'm not ready yet." jawab Asya,
"takpe, saya akan tunggu walaupun seribu tahun lagi." katnya, Asya tersenyum,
"Goodnight. " ucap Asya sebelum dia keluar dari kereta Harith,
"Goodnight too sweetheart." ucap Harith.
Jordan duduk di luar beranda biliknya, dia tersenyum,
"Semoga lelaki itu lelaki yang terbaik untuk dia Tuhan. Aku redha dia jodoh orang lain." katanya seorang diri, dia memetik gitarnya, yang mengalunkan lagu That Should Be Me.
YOU ARE READING
▪️Jordaniel Asya▪️[COMPLETED]
Roman d'amour"I will never get tired, I will still chase your shadow until the end." - Jordan Jonathan E.