🔰19🔰

8.3K 98 0
                                    

Seperti yg dirancang, Assya sudah memulakan perniagaan butiknya. Kini nama butik baharunya dinamakan atas nama J'daniel A'sya Boutique .

"Kenapa awak pilih nama ni?"
tanya Jordan,

"Sebab saya cintakan awak sangat-sangat."
kata Assya lalu memeluk erat Jordan,
Jordan mengucup dahi Assya,

" Saya nak nama butik ni takkan ditanggalkan sampai bila-bila."
kata Assya lagi, Jordan tersenyum,

"Jom, kita tengok kat dalam."
ajak Jordan, mereka berdua beriringan tangan masuk ke dalam butik itu.

" Cantik..."
puji Jordan,

"Betul ke?"
tanya Assya, Jordan mengangguk,

" Awk memang berbakat. Saya harap agar butik awak ni boleh pergi lebih jauh lagi."
kata Jordan,

"Bukan butik saya, tapi butik kita."
kata Assya, dia memegang kedua belah pipi Jordan,

"I really love you Tuan Jordan. "
ucapnya, Jordan tersenyum, dia mengucup pipi Assya,

"Jangan goda saya, tak pasal-pasal nanti butik ni jadi tempat erhemm kita nanti."
gurau Jordan, Assya tertawa,

"Malam nanti okay?"
kata Assya,

"Really? Wow... okay, nanti saya balik awal okay?"
kata Jordan, Assya mencubit pipi Jordan dengan manja,

"Awak ni kan... geramm saya."
katanya. Mereka berdua tertawa.

"Dengar cerita ada butik baru dh buka tak jauh dari sini."
kata salah pelanggan kepada Jasmine,

"Ye ker?"
tanya Jasmine,

"Ha aa. Owner nya Tuan Jordan dan isteri dia saya dengar orang cakap."
kata pelanggan itu, wajah Jasmine mulai berubah,

"Oh ye ke. Nanti rasa-rasa nak tengok sana lah, kot2 ada pakaian yg cantik-cantik lagi kat sana."
kata pelanggan yg seorang lagi itu,

"Pakaian sini dengan sana tak sama ke kak?"
tanya Jasmine,

"bukan tak sama, tapi kat sana tu isteri Tuan Jordan yg jahit dan design sendiri, tu yg saya nak tengok tu. "
kata pelanggan itu,

"Oh.. okay."
jawab Jasmine,

"Akak pergi dulu ye. Terima kasih."
kata pelanggan tu lalu berlalu pergi bersama kawannya tadi.

"Tak guna punya Assya! Kau sengaja nak cari penyakit lah dengan aku!"
marah Jasmine,

"Takpe, design kau dengan aku lebih kurang sama je, nanti bila bisnes kau dah maju, aku akan runtuhkan balik."
kata Jasmine sambil tersenyum sinis.

Beberapa bulan sudah berroperasi, butik Assya mendapat sambutan hangat daripada orang ramai. Ramai yg datang ke butiknya untuk menempah pakaian mereka, tidak ketinggalan juga Elva yg sememangnya tetamu tetap Assya dari dulu lagi.

Sedang Assya sibuk mengatur pakaian di butiknya, telefonnya berdering.

" Hi sayang, macam mana dengan butik hari ni?" - Jordan,
"Makin stabil awak. Bulan ni pun saya dah dapat banyak tempahan daripada pelanggan. "- Assya, ( duduk di sofa)
"Baguslah tu  " -Jordan
"Awak bila balik Malaysia?" -Assya,
"Well hurm tak pasti lagi..." -Jordan
"Oh.. hmm"- Assya,( sedikit sedih)
"Kenapa? syg rindu eh?" - Jordan
"Eh tak lah. Best la sorang-sorang tak ada awak. Takdalah orang kacau saya." -Assya
"Yerlah tu. Mungkin sebulan dua lagi kot saya balik. Tengoklah macam mana." -Jordan,
"Hm.. yerlah. Siapalah saya ni kan, dah orang tu tak rindu." - Assya (merajuk, Jordan tertawa di dalam telefon)
"Amboi, merajuk pulak.Oh ya, I need to go now. I love you syg. Muachhh!" -Jordan,
"Okay, take care husby.love you too."- Assya,
"You too syg."- Jordan.
"Okay." -Assya, (panggilan mulai dimatikan)

"Hi"
sapa seseorang dari belakang, Assya menoleh, dihadapannya berdiri seorang yg amat dikenalinya,

"Awak apa khabar?"
tanya lelaki itu,

"Oh baik."
jawab dia sepatah, lelaki itu menghampirinya,

"Kita get back boleh tak?"
tanya lelaki itu lalu bertindak untuk memegang tangannya, dia menepis

"Harith! saya tak nak get back dengan awak!"
marah dia.

"Kenapa Assya? Awak dah lupa ke apa yg kita impikan selama ni? Kita nak hidup bersama sampai tua kan?"
kata Harith, Assya tertawa kecil,

"Encik Harith, awak dah lupa ke yg awak dah ada isteri?"
tanya Assya,

"No Assya ! Saya cuma nak awak seorang je jadi isteri saya."
kata Harith,

"Sorry! Saya dah dijaga oleh lelaki yg betul-betul sayangkan saya."
kata Assya,

"Tapi Assya... "
Harith cuba menarik tangan Assya, namun ditahan oleh Aliff,

"Encik, tolong hormati puan kami.Jangan sampai kami bertindak kasar dengan encik."
kata Aliff berdiri dihadapan Assya,

"Sekarang dah ada bodyguard? Wow! Makin sombong awak sekarang Assya, takpe, saya akan pastikan awak milik saya semula!"
kata Harith,

"Encik sila keluar dari sini sekarang."
pinta Aliff,

"Takpayah halau aku, aku tahu keluar sendiri!"
marah Harith lalu berlalu pergi dari situ.

"Puan tak apa-apa?"
tanya Aliff, Assya mengelengkan kepalanya,

"Terima kasih Aliff. "
ucap Assya,

"Sama-sama puan. Itu sudah tanggunjawab saya, saya mengikut arahan Tuan Jordan."
kata Aliff, Assya tersenyum,

"Awak boleh kembali sambung makan tengah hari awak. Maaf kalau tadi menganggu awak. "
kata Assya,

"Takpa puan. terima kasih puan."
kata Aliff lalu kembali ke meja tempat dia berehat.

▪️Jordaniel Asya▪️[COMPLETED]Where stories live. Discover now