Bab 1

2.5K 86 3
                                    

Diyana ralit mengemas semua barangnya untuk dibawa ke rumah yang disewa oleh Rina untuk mereka berdua. Dekat sikit dengan kolej mereka. Puan Hayati membuka pintu bilik Diyana lalu duduk di bucu katil Diyana.

"Eh,ibu. Terkejut Dee tahu tak?" kata Diyana lalu duduk di sisi ibunya itu.

"Hehehe,bukan selalu Dee terkejut dengan ibu. Ni dah siap  kemas ke belum?"tanya Puan Hayati kepada anak bongsunya itu. Anak sulongnya itu lelaki bernama Danish Fattah.

"Dah,sikit je lagi tinggal. Nanti sempatlah simpan sekejap. Lagipun Rina datang malam ni. Dia ada hal petang ni,"kata Diyana

"Kenapa tak pindah esok je?Kesian dekat Rina nak ambil Dee malam malam,"Diyana memandang ibunya sambil tersenyum.Macamlah dia tak tahu yang ibunya itu sayang nak lepaskan anak kesayangannya itu.

"Ibu,Dee tahulah yang ibu risau tentang Dee. Haish,ibu tak payahlah risau sangat. Bukan jauh sangat pun rumah tu dengan rumah ibu. Nanti, kalau Dee bosan ke,cuti ke Dee baliklah rumah ni,"Diyana meyakinkan ibunya. Bukan senang nak pujuk ibunya itu. Nasib lah ayahnya ada untuk pujuk ibunya.

"Iya lah."balas Ibunya.Dee memeluk ibunya dengan erat. Tiba tiba,abangnya masuk.

"Eleh,dia yang nak pindah,last last dia juga yang nangis. Manja,"kata Abang Danish sambil membuat mata ke atas tanda menyampah.

"Ish,abang ni.Orang nak berdrama dengan ibu pun tak senang. Kalau tak bagi Dee pindah cakap je lah.Dee ni kan adik abang juga,bukan siapa siapa.Lagipun senanglah sikit abang nanti sebab ada orang tolong tengok tengokkan Rina kesayangan abang tu," terus membuntang biji mata Danish. Merah padam wajahnya dengan pandangan ibunya yang sedag tersenyum senyum itu.

"Mengarutlah kau ni. Dah,bila Dee nak perginya?"tanya Danish lagi. "Amboi,halau orang ke apa? Nanti kepas maghrib Rina datang ambil." ingatkan tak nak balas soalan abangnya itu. Biasalah adik beradik.

"Nanti panggil abang dalam bilik tau, abang nak mandi jap.Tunggu abang selagi abang tak siap tau,"Diyana menggelengkan kepalanya dengan sikap abang kesayangan itu.

"Dee tahulah yang abang nak jumpa dengan Rina kan!!??"tanya Diyana dengan kuat. "Kurang asam punya adik!!"balas Danish pula. Ibu hanya mampu tergelak dengan perangai anak anaknya itu.

Lepas maghrib

"Ayah,ibu..Dee pergi dulu erh. Nanti kalau ada masa Dee balik sini erh. Ibu jangan risau Dee pandai jaga diri lagipun Rina kesayangan Abang Danish kan ada," sengaja dia menekankan perkataan kesayangan abangnya itu. Merah padam wajah Rina yang berada di sebelah Diyana.

'Siap kau Dee,nanti aku kenakan kau pulak'bisik hati Rina geram dengan sikap tak habis nak kenakan orang Diyana tu.

"Iyalah,Dee. Jangan lupa call ibu dgn ayah nanti. Jaga solat,jaga makan jaga diri,"banyak betul pesanan ibunya itu. Diyana menganggukkan kepalanya memahami kata kata ibunya.

"Woii,budak manja. Hutang Dee tak habis lagi okay dengan abang," terjongket kening Diyana dengan kata kata abangnya itu. Hutang apa? Setahu aku,tak pernah aku hutang dengan abang aku.

"Hutang apa abang ni? Sejak bila pula Dee ada hutang dengan abang. Dee tak pernah pinjam duit abang sebab takut abang nak guna duit tu untuk kahwin dengan Rina nanti,"tercetus gelak dari mulut Diyana. Rina yang sudah panas hati,mencubit lengan Diyana. Mengaduh sakit dia.

"Dah lah,kalau dilayan makin melarut pula. Pergilah cepat,dah nak lewat malam ni,takut pula ibu,"Ibu memang seorang yang cepat risau akan keadaan anak anaknya. Sayanglah katakan

"Okaylah,kita orang pergi dulu ya.Bye, Assalamualaikum."Diyana masuk ke dalam kereta bersebelahan dengan Rina.

Kereta mereka sudah jauh dari rumah Diyana. Rina memandang Diyana dengan tajam.Hairan dia dengan pandangan Rina yang seperti singa itu.

"Kau pahal,Rina? Tengok aku macam nak telan je,"Diyana bersuara.

"Haaa,ye lah.Aku nak telan hang lah ni. Sedap mulut longkang hang jah duk bidaih aku ngan abang hang. Malu tau dakkk,"Diyana ketawa terbahak-bahak dengan kata kata Rina itu. Bertambah geram hati Rina melihat dia yang sedang ketawa itu.

"Alah,rilek lah.Abang aku bukan tau pun yang kau minat dia jugak,"balas Diyana selepas pulang puas ketawakan sahabatnya itu.

"Hang ni,memang mancabar kesabaran aku lah. Nasib hang bakal adik ipaq aku tau. Kalau tak,dah lama jadi arwah tau,"sambung Rina lagi.

Perjalanan mereka untuk ke rumah sewa mereka mengambil masa hampir satu jam. Mereka dengan kepenatan memunggah barang mereka terus terlelap di sofa ruang tamu. Nasib baiklah esok tiada kelas, kalau tidak mesti dah lewat.

Kekasih Halal Mr Kerek [COMPLETED]Where stories live. Discover now