"Awak,dah sam..."Diyana memandang tempat pemandu. Riyaz tiada. Dia melihat sekeliling,sungguh kecewa. Dalam kawasan rumah dan pintu rumah terbuka. Satu benda yang buatkan Diyana rasa mahu menangis, iaitu malam. Membuatkan Diyana meremang. Dia terus keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah.
'Sampai hati dia buat aku macam ni. Apa aku dah buat dekat dia sampaikan dia buat aku macam ni,' rintih hati Diyana.
"Kau dah bangun. Aku nak keluar sekejap. Kau jaga rumah baik baik. Jangan bawa jantan lain pula," terbuntang mata Diyana mendengar kata kata Riyaz. What? Kau,aku dan jantan lain. Apa semua ni?
Belum sempat Diyana ingin membuka mulut,Riyaz sudah berjalan dan melanggar bahunya dengan kuat sehinggakan dia terjatuh. Riyaz hanya melihay dengan pandangan kosong. Apa yang menyebabkan dia berubah sebegini rupa. Pintu utama rumah ditutup dengan kuat.
"Ya allah,ujian apakah yang engkau berikan kepada hambamu ini?"air mata Diyana sudah bertakung tunggu nak jatuh je. Diyana menggagahkan diri untuk berjalan masuk ke dalam bilik.
Melihat keadaan ruang atas yang gelap membuatkan Diyana takut dan terus terduduk. Dia menangis di hujung tangga sepuas-puasnya. Tak pernah dia sangka yang Riyaz akan bersikap sebegitu.
Lama kelamaan,tangisannya reda dan dia tertidur di tangga itu dalam keadaan kepala dirapatkan dengan lutut.
Guruh yang kuat menyebabkan Diyana terjaga. Badan dia menggigil ketakutan. Hanya dia seorang yang tinggal di dalam rumah yang besar itu. Sungguh dia ketakutan.
Diyana memberanikan diri untuk masuk ke dalam bilik.Dia mengambil sepasang bajunya lalu turun ke bilik bawah untuk mandi. Takut nak duduk atas seorang diri. Dia menggunakan bilik yang ada di bahagian dapur.
Selesai sahaja membersihkan diri,dia menuju ke dapur untuk mengisi perutnya yang kosong. Dia memasak lebih untuk Riyaz,takut jikalau suaminya itu lapar.
Diyana menunggu Riyaz di meja makan. Tomyam menjadi menu utama malam ini. Hampir dua jam dia menunggu Riyaz sehinggakan perutnya berbunyi minta diisi.
Siap makan,Diyana menunggu Riyaz di hadapan televisyen. Selang 10 minit dia menjenguk luar tingkap. Namun, tiada. Jam dinding sudah menunjukkan tepat jam 2.00 pagi. Matanya sudah berat,dan Diyana tertidur di sofa itu.
Riyaz melangkah masuk ke dalam rumah apabila jam menunjukkan tepat jam 4.00 pagi. Diyana di sofa di pandang sekilas sebelum dia naik ke dalam bilik. Dia mengambil keputusan untuk ke pejabat awal. Dia bersiap siap dan terus ke pejabat. Wajah Diyana langsung tidak ditatap.
______________________________________
Diyana tidak fokus dengan percakapan Rina. Dia masih tidak faham akan sikap Riyaz yang tiba tiba sahaja berubah dingin. Dia rindukan Riyaz yang dulu.
"Woi,Dee! Fokus please,next week kita graduate. Sepatutnya hang happy. Ini aku tengok macam masalah negara jah. Kenapa? Cerita kat aku apa masalah hang?"
"Takde apalah,aku letih je,"Diyana menafikan.
"Betul ni?" Diyana hanya menganggukkan kepala.
______________________________________
Riyaz melemparkan pandangan ke luar pejabat. Fikirannya kusut,dia teringatkan perbualannya dengan Fasha beberapa hari yang lalu.
Flashback
"Ada apa kau nak jumpa aku?" Riyaz bertanya kepada Fasha di hadapannya.
"You ni,I nak bermanja dengan you pun tak boleh ke?"tanya perempuan itu.
"Eh,aku takde masa nak layan kau. Isteri aku ada,buat apa nak layan kau,"
"Oh,really? Actually,I kesian sangat dekat you sebab you dah digunakan isteri you."Riyaz memandang Fasha dengan hairan.
"What do you mean?"
Fasha menghulurkan satu sampul surat kepada Riyaz. Terbuntang mata Riyaz melihat Diyana yang sedang bermesraan dengan seorang lelaki di universiti.
Akibat amarah,dia terus menuju ke universiti Diyana untuk mengambil Diyana memandangkan isterinya sudah habis kelas. Namun,dia melihat Diyana sedang bermesraan dengan seorang lelaki di hadapan matanya sendiri.
End Flashback
"Wei Riyaz,kau kenapa dari tadi lagi aku tengok aku termenung je? Problem erk?"tiba tiba sahaja Azriey muncul di dalam pejabatnya itu.
"Takde arh,aku okay je."aku menafikan.
"Riyaz,kau tak payah nak tipu aku lah. Aku ni kawan dengan kau sejak kecil lagi tau. Aku tau semua pasal kau. Kalau kau marah,kau diam. Kalau kau ada masalah kau termenung sambil jari kau duduk ketuk ketuk meja."
"Aku nampak Diyana dengan lelaki lain,"pendek aku berkata.
"Kau ingat dia curang?"aku hanya menganggukkan kepala.
"Kau tak percayakan Diyana?"lama aku berdiam diri.
"Aku tak tahu nak cakap macam mana. Aku takut untuk percaya orang baru dalam hidup aku.Kau sendiri tahukan."
"Even isteri kau sendiri pun kau tak percaya?"diam adalah pilihan aku.
"Riyaz,aku nasihatkan kau supaya kau letakkan kepercayaan kau dekat dia. Macam mana nak bahagia kalau kepercayaan takde. Fikirkanlah bro. Aku gerak dulu.Apa apa roger,"Azriey melangkah pergi dari pejabat aku.
_____________________________________
Kaki Diyana menuju ke dapur untuk menyediakan makanan tengahari untuk Riyaz. Sudah menjadi kebiasaan.
Selesai memasak,dia menunggu Riyaz di ruang tamu. Tidak sampai 10 minit, Riyaz sudah pulang. Diyana menyambut kepulangan Riyaz dengan senyuman.
"Awak nak makan? Kalau nak makan, saya hidangkan."
"Tak payah.Aku dah makan sebelum balik kerja tadi. Aku nak rehat, jangan ganggu aku,"tersentak Diyana dengan kata kata Riyaz. Dia menahan air matanya dari mengalir.
'Kuatkanlah aku untuk harungi ujian Mu ini Ya Allah. Tabahkanlah hati hambaMu ini Ya Allah,' hati Diyana merintih.
Sedihnya Diyana.. Lepas ni apa jadi erk?Jom baca lagi...Nnti saya update banyk lagii..On process okayhh..Enjoy it!!
Don't forget to VOTE!
Don't forget to SHARE!
Don't forget to COMMENT!!aeshhy_🍒
YOU ARE READING
Kekasih Halal Mr Kerek [COMPLETED]
Romance"Memang taklah aku nak kahwin dengan kau. Mulut dahlah macam longkang pecah nasib muka je cantik tapi perangai kalah beruk atas pokok"-Tengku Riyaz Aydan "Amboi,banyak cantik mulut awak kutuk saya. Awak ingat saya nak sangat kahwin dengan awak. Dasa...