Sudah masuk 7 bulan usia kandungan Diyana. Hari ini Diyana akan mendapat kakak ipar. Abang Danish melangsungkan perkahwinan dengan Rina di dewan besar. Ramai juga yang dijemput.
Diyana mengenakan dress berwarna biru muda dan tudung bawal berwarna hitam manakala Riyaz mengenakan kurta berwarna sama dengan Diyana. Nampak comel je pasangan dua orang ni.
"Rina,kau tak payahlah berdebar macam ni. Kau rileks je. Insyaallah semuanya lancar." Diyana memberi kata kata semangat kepada sahabat baiknya itu. Tak sangka sahabat baiknya akan menjadi kakak iparnya. Tak tahu nak panggil apa nanti.
"Nanti,aku nak panggil kau apa ni? Kakak? aku kau?"tanya Diyana.
"Ishh,kau ni. Tak payah nak sopan sangatlah. Aku kau je. Kau kan sahabat aku dari dulu lagi. Rasa janggal pula bila panggil kakak adik,"balas Rina.
"Baik bos,"Diyana bangun dari tempat duduknya dengan berhati-hati. Maklumlah perut dah sarat susah mahu duduk bangun.
"Jom,pengantin lelaki dah tunggu. Dah ready nak jadi isteri kepada abang aku dan kakak ipar kepada sahabatmu?" tanya Diyana kepada Rina
"Yes,i'm ready,"Diyana berjalan beriringan dengan Rina untuk majlis akad nikah. Majlis akhirnya berjalan dengan lancar. Rina selamat menjadi isteri kepada Abang Danish dengan sekali lafaz sahaja.
____________________________________
"Assalamualaikum,"seseorang memberi salam kepada Diyana dan Riyaz yang sedang berbual bual sesama mereka.
"Waalaikumsalam,"terkedu mereka berdua melihat empunya suara itu.
"Riyaz,Diyana."
"Fasha,kau buat apa dekat sini?"tanya Riyaz kepada perempuan itu.
"I datang sini sebab I nak minta maaf dekat you berdua atas apa yang I dah buat. I betul betul menyesal sebab buat you berdua bergaduh teruk. I'm sorry Dee,Riyaz,"kata Fasha dengan air mata yang berlinangan.
"Dahlah,Fasha.Benda dah jadi,nak buat macam mana. Saya dah maafkan awak. Jom masuk,"pelawa Diyana.
"It's okay. I kena pergi sekarang. I datang dengan orang lain,"kata Fasha.
"Honey,dekat sini you rupanya. I cari you merata tahu tak?"terkejut Diyana melihat lelaki itu.
"Fayyad?"
"Diyana,buat apa dekat sini?"tanya lelaki itu.
"You kenal Fayyad,Diyana?"tanya Fasha kepada Diyana.
"Kenal. Jumpa dekat kolej dulu,"balas Diyana biasa.
"Dee,aku nak minta maaf sebab buat salah dekat kau. Aku sedar aku salah and aku dah jumpa seorang yang betul betul pikat hati aku iaitu Fasha,isteri aku,"tersenyum Diyana mendengar kata kata dari Fayyad itu. Akhirnya,jumpa juga dia suri hatinya.
"It's okay aku dah lama maafkan kau. By the way,congrats. Sejak bila lagi kahwin?" tanya Diyana lagi. Riyaz hanya membatukan diri.
"5 bulan dah dan alhamdulillah Fasha pregnant dah 2 bulan,"balas Fayyad sambil memeluk pinggan Fasha dengan erat.
"Congrats bro. Bakal jadi ayahlah kita ni kan,"Riyaz akhirnya bersuara.
"Macam tu lah kan. Okaylah,kita orang balik dulu ya. Nanti, aku datang melawat bila anak korang dah lahir."Fayyad dan Fasha sudah pun menghilangkan diri.
"Lega juga akhirnya. Dia orang dah jumpa kebahagiaan masing masing."Diyana berbicara.
"Sayang,nanti kita pergi kubur jom. Abang nak ziarah arwah Azriey,"sudah hampir 4 bulan Azriey tiada. Namun,Riyaz tidak pernah melupakan sahabat dunia akhiratnya itu. Dia takkan lupakan jasa Azriey padanya.
"Okay,"balas Diyana.
Mereka berdua menuju ke kubur untuk melawat Azriey.
"Riey,aku datang ni. Sekali dengan Dee. Aku nak ucap terima kasih sangat-sangat sebab tolong aku semua benda. Kau bagi aku semangat,nasihat dan semuanya. Riey,kau lah sahabat aku dunia akhirat. Kau tunggu aku dekat sana tau,"
"Aku takkan lupa jasa kau. Aku doakan kau tenang dekat sana. Kenangan kita dari kecil aku takkan lupa. Aku balik dulu,okay. Insyaallah nanti aku datang lagi. Nanti aku datang dengan anak aku. Insyaallah," Riyaz memandang Diyana di sebelahnya dengan senyuman.
Mereka meninggalkan perkarangan kubur. Riyaz membawa Diyana ke tasik berdekatan rumah mereka.
"Abang,kenapa bawa saya datang sini?"tanya Diyana kepada suaminya.
Riyaz berdiri menghadap tasik dengan senyuman yang terukir di wajahnya tidak pudar dari tadi lagi.
"Ingat tak,ini lah tempat sayang stalk abang waktu kita form 3. Abang selalu datang sini, sebab nak lepaskan segala masalah. Sayang pula,ikut abang je selalu."
"Abang perasan ke Dee ikut abang?"tanya Diyana inginkan kepastian.
"Of course. Abang nak tegur sayang tapi abang tak nak kenal sayang,"Diyana memandang suaminya dengan pelik.
"Bagi abang,biarlah kita tak kenal. Dulu, abang malas nak layan orang semua ni. Abang rapat pun dengan Rania dan Azriey. Dorang je lah yang selalu gurau dengan abang,"
"Tapi,Dee sukalah gaya abang dulu. Nampak comel je berbanding sekarang,"
"Kenapa,abang sekarang ni tak comel ke?" Diyana menggelengkan kepala dengan kata kata Riyaz.
"Abang tak comel tapi abang hensem,"Riyaz lantas memeluk Diyana dengan erat.
"Pandai erh bergurau sekarang. Siapa ajar?" tanya Riyaz lalu mencuit hidung isterinya itu. Nasib tiada orang di tasik pada waktu begini.
"Abang yang ajar,"Diyana membuat muka dengan mencebikkan bibirnya. Riyaz mecubit pipi gebu isterinya.
"Ish,abang ni ambil kesempatan erh,"Diyana mencubit perut Riyaz dengan halus. Suaminya itu mengaduh kesakitan namun diabaikan.
Sorry pendek je.Nanti writer update lagi okay. Insyaallah as soon as possible. Thanks support.
YOU ARE READING
Kekasih Halal Mr Kerek [COMPLETED]
Romance"Memang taklah aku nak kahwin dengan kau. Mulut dahlah macam longkang pecah nasib muka je cantik tapi perangai kalah beruk atas pokok"-Tengku Riyaz Aydan "Amboi,banyak cantik mulut awak kutuk saya. Awak ingat saya nak sangat kahwin dengan awak. Dasa...