Cepat tak cepat,hari yang dinanti-nantikan Diyana dan Riyaz telah tiba. Majlis akad nikah mereka akan berlangsung pada malam hari. Dan keesokan harinya pula, majlis makan makan pula diadakan.
Debaran di dada Diyana memang tak mampu hendak dikatakan.Laju betul. Padahal,yang akan melafazkan akad nanti Riyaz bukan Diyana. Tapi cara dia mengalahkan orang nak pergi berperang.
"Tak sangka betul,Dee. Sekejap lagi,kau akan jadi isteri orang. Nanti, kau kenalah kurangkan bebelan. Takut nanti suami kau cakap dekat kawan kawan dia yang kau ni, bingit," Izzati yang merupakan salah seorang kawannya ketika kecil dan mak andam dia malam itu. Kenapa? Korang ingat aku nak pilih mak nyah ke?
"Sedap mulut kau je Zati,kan. Aku berdebar ni bukan nak tolong tenteramkan,"acah acah merajuk lah pula.
"Alah,baru akad nikah belum lagi first night,"terbuntang mata Diyana mendengar kata kata Rina tu. Minah ni spoil betullah. Tambahkan lagi aku punya debaran adalah.
"Kurang asam punya kawan korang berdua ni. Baik aku layan phone dari layan korang berdua,"Diyana mengambil phonenya di atas katil.
Satu notification muncul. Dari Riyaz aka future husband. Tanpa sedar, senyuman terukir di wajahnya. Akhirnya, Riyaz akan jadi suami dia. Rasa macam mimpi pula.
Future Husband💛
Hai,my wife.Tak sabar nak jumpa awak. Tapi sayang first night dah kena tidur asing asing.Dua kali lima je Riyaz dengan Izzati dan Rina. Tak habis habis malam pertama.
Ish,awak ni.Gatallah. Belum apa ap dah panggil wife pastu cakap pasal malam pertama. Kuning betul otak awakkan.
Future Husband💛
Bukan selalu. Otak saya kuning just dengan wife saya je. Takut jeles pula kalau kuninh dengan orang lain.Miang betullah bakal suami aku ni. Seram sejuk betullah. Memanglah malam ni selamat,tapi malam malam lain. Memang tak boleh apalah aku.
"Dee,"panggilan dari ibunya membuatkan dia tersenyum. Melihat ibunya membuatkan dia sebak. Dia akan jadi isteri Riyaz dan mungkin akan balik sini jarang sekali.
"Ibu,Dee nak minta maaf dengan ibu atas salah silap Dee yang sengaja ataupun tak sengaja. Ibu halalkan makan minum Dee dari kecil sampai sekarang eh. Dee sayang ibu. Ibu selalu faham perasaan Dee,"Diyana memeluk ibunya lalu air matanya mengalir laju.
"Ibu dah lama maafkan Dee. Dee tak buat salah apa apa pun dengan ibu. Dah lah tak mahu nangis,nanti dah tak cantik anak ibu ni,"pujuk Puan Hayati.
Diyana melihat di pintu biliknya. Wajah abang Danish betul betul beku. Dia berjalan ke arah abangnya itu lalu memeluk tubuh abangnya. Tersentak Danish diperlukan begitu.
"Abang,Dee tahu yang abang risaukan Dee. Abang risau kalau Riyaz tak boleh jaga Dee dengan baik tapi abang percayalah yang Riyaz tu mampu jaga Dee dan bahagiakan Dee,"
"Abang janganlah buat muka macam tu. Abang senyumlah,nanti Dee tak happy sebab muka abang beku,je. Lagi satu,nanti Rina takut tengok muka abang beku ni,"hidung Diyana ditarik dengan laju oleh Abang Danish.
"Sempat lagi nak usik orang erh. Takpe,nanti tiap tiap hari Rina tengok muka hensem abang.Kan?" merah padam wajah Rina apabila diusik oleh Abang Danish. Dua dua dah bagi greenlight. Senang lah nanti.
"Sudah sudahlah,jom turun. Pihak pengantin lelaki dah sampai.Tak baik pula buat oranh tunggu lama,"ibu mencelah. Rina memimpin tangan Diyana turun ke ruang tamu. Majlis akad nikah mereka diadakan di rumah ibu ayah Diyana.
Diyana duduk di atas pelamin yang disediakan. Puan Hayati berada di sisinya menemani Diyana. Diyana menggigil kerana berdebar. Dia tidak melihat jelas wajah Riyaz kerana terlalu berdebar,hanya melihat bayangan sahaja.
"Baiklah,mari kita mulakan,"tok kadi sudah bersedia. Ayah berbual sesuatu dengan tok kadi tiba tiba ayah mengambil alih tugas tok kadi. Dia ingin menjadi orang yang mengahwinkan anak perempuannya itu.
"Tengku Riyaz Aydan bin Tengku Razan,"ayah menyebut nama Riyaz dengan serius.
"Ya,saya,"lelaki itu pula membalas.
"Aku nikahkan dan kahwinkan engkau dengan anak perempuan aku, Nur Diyana Irdina binti Fadli dengan mas kahwinnya RM 500 tunai,"
"Aku terima nikahnya Nur Diyana Irdina binti Fadli dengan mas kahwinnya RM500 tunai,"hanya dengan sekali lafaz,Diyana sudah sah menjadi isteri kepada lelaki yang bernama Tengku Riyaz Aydan. Dia nampak air mata lelaki itu jatuh.
Air mata kegembiraan Diyana akhirnya jatuh. Lelaki yang dia cintai menjadi milik dia juga akhirnya. Doa dibaca oleh tok kadi. Ibu di sebelahnya dipeluk kemas.
"Adik dah jadi isteri orang. Jaga suami adik baik baik. Jangan lawan cakap Riyaz. Jaga hati dia ya,"pesanan ibunya dia akan ingat sentiasa.
"Terima kasih ibu bagi adik peluang," hanya itu yang mampu Diyana ungkapkan. Riyaz meminta izin untuk ke ruang solat bagi menunaikan solat sunat.
"Dee,"panggil ayah dengan lembut. Diyana melihat wajah ayahnya dengan dalam. Walaupun tiada air mata yang menitis di pipi ayahnya namun dia tahu ayahnya sedih untuk melepaskan tanggungjawabnya kepada Riyaz.
"Ayah,Dee minta maaf atas segala salah Dee dekat ayah. Terima kasih sebab jaga Dee dengan baik. Didik Dee jadi orang yang berguna. Terima kasih sebab kahwinkan Dee dengan Riyaz. Dee sayang ayah sangat-sangat," Diyana bersalaman dengan ayahnya.
"Ayah dah lama maafkan salah Dee sejak Dee lahir lagi. Ayah pun sayang anak ayah. Nanti,Dee dengar cakap suami Dee. Jangan lawan. Jaga dia baik baik. Kalau ada apa apa masalah cerita dekat suami Dee. Ayah yakin Riyaz mampu jaga Dee macam mana ayah jaga Dee,"kata kata ayah cukup membuatkan Dee sebak. Dia tak mampu lagi menahan air matanya dari gugur.
"Baik ayah. Dee ingat pesanan ayah," Diyana memeluk ayahnya. Riyaz sudah menghampiri mereka bagi sesi pembatalan wudhuk. Ayah memberi laluan pada Riyaz untuk berhadapan dengan Diyana.
Diyana menunjukkan wajahnya kerana malu melihat wajah tampan suaminya itu.
"Assalamualaikum isteriku," Riyaz berkata dengan begitu lembut sekali. Boleh pengsan Diyana dibuatnya.
"Waalaikumsalam suamiku,"Diyana terpaksa kerana dicuit oleh Rina.
Riyaz menggapai tangan Diyana untuk menyarungkan cincin ke jari Diyana. Diyana menghulurkan tangannya dengan perlahan lahan. Jantungnya berdegup dengan laju.
Selesai menyarungkan cincin, Diyana bersalaman dengan Riyaz. Namun posisi itu sedikit lama oleh kerana jurugambar ingin mengambil gambar mereka. Diyana hanya akur.
"Jemput makan semua. Harap berseleralah,"kata Puan Hayati. Dia telah menyediakan makanan untuk tetamu yang hadir malam itu. Hanya kecil kecilan sahaja. Maklumlah sudah malam.
Diyana hanya melihat para tetamu dengan senyuman terukir di wajahnya. Perasaan gembira hanya Tuhan sahaja yang tahu. Semoga kebahagiaan ini milik mereka. Aamiin.
Don't forget to VOTE
Don't forget to COMMENT
Don't forget to SHARE!!!!Enjoy this story okay..Kalau ada apa apa cadangan comment jer. Sorry kalau cerita tak berapa menarik sebab idea takde. Huhuhu..Enjoy okayyhh..Bye ii
YOU ARE READING
Kekasih Halal Mr Kerek [COMPLETED]
Romance"Memang taklah aku nak kahwin dengan kau. Mulut dahlah macam longkang pecah nasib muka je cantik tapi perangai kalah beruk atas pokok"-Tengku Riyaz Aydan "Amboi,banyak cantik mulut awak kutuk saya. Awak ingat saya nak sangat kahwin dengan awak. Dasa...